AdSense

Monday, February 28, 2011

KERDAU : Orang Kuat PAS Mengamuk !

Malam tadi, bertempat di Kg Kerai, saudara Rashid Wahab yang juga orang kuat parti PAS suatu ketika dahulu, kini telah sedar dan meluahkan kekecewaan terhadap parti dan pemimpin PAS yang terus-terusan membohongi rakyat. Beliau juga membongkar segala penipuan dan pembohongan dalam parti PAS. "Saya masuk PAS kerana percaya masuk syurga. Dan kerana PAS juga saya menkafirkan bapa mertua saya !" kata beliau ketika berucap. Turut hadir, Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah yang juga Pengarah Barisan Nasional Wilayah Persekutuan bagi PRK DUN Kerdau.

Dalam ucapan bersemangat beliau banyak menegaskan bahawa Barisan Nasional adalah parti yang mendahulukan rakyat. Serta mengharapkan penduduk sedar akan kegagalan parti pakatan rakyat dalam soal memerintah. Dalam nada tegas, beliau mahu rakyat membuat pilihan bijak dalam membuang undi dan tidak menggadaikan masa depan anak cucu. "Calon Barisan Nasional di DUN Kerdau ini bukan calang-calang orang dan beliau sudah pasti dapat memperjuangkan hak rakyat di kawasan ini," tambahnya.

Turut berucap, Yberhormat Dato Hassan Yaakob Ketua Biro Penerangan. Yberhormat Dato banyak menerangkan perancangan kerajaan dalam memperjuangkan hak rakyat. Dan pada sebelah siangnya, penduduk Kg Kerai bersama jentera Barisan Nasional Wilayah Persekutuan bersama-sama bergotong-royong di Kg tersebut.

Tuesday, February 22, 2011

PAS : kejap macam ni. kejap macam tu. MACAM-MACAM !

Itulah cara pembawakan parti politik yang satu ini yang mengelarkan diri mereka pejuang Islam. Ya, perjuangan yang boleh menghalalkan yang haram. Perjuangan yang boleh meminta pertolongan dari syaitan. Fatwa-fatwa yang dikeluarkan pemimpin-pemimpin mereka pula adalah mengikut situasi semasa dan dikeluarkan sesukati hati mereka. Ibarat berlambaknya 'software anti-virus' di pasaran dikala virus menyerang komputer. Hakikatnya, virus yang menyerang itu adalah dicipta oleh syarikat anti-virus tersebut. Bagi mendapatkan keuntungan, mencari makan, itulah cara mereka. Mereka cakap, "Its all about business".

Dari bidang perniagaan, kita berbalik semula kepada politik.
Terbaru, Nik Aziz Nik Mat mengatakan mengenai orang Melayu. Tambahnya, parti PAS adalah parti yang memperjuangkan Melayu. Alhamdulillah, syukur. Tetapi, kenapa sekarang baru Nik Aziz dan PAS mengeluarkan kenyataan seperti demikian? Tatkala mereka menyedari rakyat khususnya berbangsa Melayu ini sudah tidak mempercayai Nik Aziz dan PAS?

Dan PAS dalam kenyataan yang berlainan mengatakan bahawa mereka tidak berharap untuk menang pada pilihanraya kecil DUN Kerdau dan Merlimau tidak lama lagi. Mereka seolah-olah sudah mengaku kalah. 


Akan tetapi Muhyidin Yassin menegaskan kepada jentera-jentera Barisan Nasional supaya mengendahkan kata-kata PAS itu dan tambahnya mereka (PAS) hanya mahu meraih simpati dan ingin melemahkan jentera BN. Tambah Muhyidin lagi, beliau mahu jentera BN menjalankan tugas dengan kuat bagi memastikan kedua-dua PRK DUN Kerdau dan Merlimau ini dimenangi BN malah dengan majoriti yang lebih besar.


Wednesday, February 9, 2011

Bantuan Guaman : Perjuangan Pakatan

Sokongan dan bantuan kewangan kerajaan negeri Selangor kepada ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei tepat dan selaras dengan prinsip keadilan dan demokrasi yang dijulang Pakatan Rakyat, kata ahli parlimen Subang R Sivarasa.

Shuhaimi dituduh mengikut Akta Hasutan 1948 kerana penulisan di blognya didakwa biadap dan menderhaka kepada Sultan Selangor oleh Umno dan beberapa NGO pro-BN.
 
SL :
Anak perempuan DSAI 'argue' kerajaan BN mengenai jejantas yang dibina di ibukota. Membazir katanya. Tetapi jika ditanya kepada pengguna/pejalan kaki/rakyat, kebanyakannya menyokong usaha kerajaan tersebut. Memberi keselesaan kepada rakyat. Menjamin keselamatan. Itulah Najib, dalam kepala otak dia, Rakyat Didahulukan. Najib buat kerja dia, Abah kau buat apa Izzah ? SL tolong jawab. Dia masuk kawasan ini kawasan itu dok berceramah. Kutuk negara (Malaysia), itu tak betul ini tak betul. Itulah kerja Abah kau dan sekarang dah menurun pada kau pulak, 'argue' sini sana membabi buta. Pakatan Pembangkang ni bagi SL tak lebih dari parti air liur. cakap tip-top, kata orang Jepun "Sugoi" (the best) tapi, kerja tak pandai. Kata orang Cina, "habuk pon tarak"
 
Berbalik pada kes rakyat derhaka, "bantuan guaman adalah perjuangan Pakatan,"kata Siva. Izzah, yang ni membazir ke tak? pasti tak kan. mungkin ini motto Pakatan. Parti Didahulukan, Rakyat Ditipu terus-terusan. Beliau (Shuhaimi) telah mencuit sesuatu yang tak sepatutnya dia cuit. Dan dia harus terima akibatnya. Inilah berlaku apabila otak sudah dikuasai otak komunis. Banyak pepatah/perumpamaan mengenai Melayu antaranya :
1. Orang Melayu mudah lupa
2. Melayu ibarat Singa yang sedang tidur. Usah dikejut ia.


Tuesday, February 8, 2011

7,209 kesemuanya.

Jumlah pelajar dan warga Malaysia yang berjaya dikeluarkan dari Mesir melalui Ops Piramid.

Pegawai Media Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan, Mejar Marina Harun berkata, setakat pukul 10 malam tadi, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui tiga pesawat Hercules C-130 berjaya memindahkan 3,374 orang, tiga pesawat MAS (2,150) dan dua pesawat AirAsia (1,685).

Tahniah dan terima kasih kepada yang terlibat.
APA YANG PENTING? KERJASAMA. 

Monday, February 7, 2011

Naik : Harga Barang Dunia


Peningkatan Harga Makanan Dunia
1.Burger Mcd di Amerika
2. Gula di Bolivia
3. Cili di Indonesia
Bukan spekulasi tetapi ini adalah disebabkan permintaan yang tinggi.
Permintaan ini datang dari negara yang kukuh dan pesat membangun serta mempunyai penduduk yang padat seperti China, India, Russia dan Brazil.


Selain itu, cuaca buruk, pertumbuhan kukuh di negara berkembang pesat serta kadar faedah yang rendah telah menyebabkan harga komoditi ladang dan bukan ladang, meningkat pada kadar sehingga dua angka.

Bagaimanapun, pakar menjangkakan ia tidak akan berakhir dengan kejatuhan harga besar-besaran seperti yang berlaku dua tahun lalu.