AdSense

Monday, May 30, 2011

Selangor Paling Atas

Sebanyak 50 697 rumah terbengkalai

Mana pergi 'pakaut' kewangan negeri Selangor?
Orang paling bijak pandai ekonomi tu?
Tak sumbangkan buah fikiran untuk atasi masalah ni?
Tak habis lagi ke jelajah masuk FELDA kasi racun kat peneroka-peneroka FELDA?
Orang skrg maju ke depan, dah takda masa nak ceramah-ceramah cakap kosong.
Cakap saja lebih, hasilnya habuk pun tiada

Tapi tak boleh pakai jugak buah fikiran dia, silap hari bulan Negeri Selangor dijualnya. Sedang negara gawat 1998 sibuk nak pimjam IMF.Maksudnya, sekiranya Malaysia pinjam dana IMF, semua dasar-dasar “affirmative action” yang diamalkan oleh kerajaan akan dihapuskan kerana IMF mewujudkan persaingan global. Tidak ada subsidi diberikan kerajaan kepada rakyat kerana IMF menuntut pulangan modal yang lebih lumayan. Ketika itu ekonomi Malaysia dikawal seluruhnya oleh Amerika.  Pakar ekonomi??? Pimpin negara??? APA PUN TAK BOLEH ! masuk pertandingan auta pidato boleh la kot...

Sunday, May 29, 2011

Barat - Halang Gay


Ibunegara Russia, Moscow dah bertahun-tahun menghalang perarakan gay di negara itu. Datuk Bandar Moscow, Serfei Sobyanin didesak oleh kumpulan hak asasi gay. Mereka berhimpun di tembok Kremlin bersama poster dan menaikkan bendera pelangi dan berlaku pertempuran antara kumpulan penentang.
Kira-kira 40 orang ditahan dalam insiden tersebut.
Sumber Reuters.

Barat pun tak mahu negara mereka menjadi sepertimana tenggelamnya dunia pada zaman Nabi Luth.

Najib kecewa

Harapan beliau yang mengjangkakan pasukan Manchester United menang tidak kesampaian apabila pasukan itu kalah 3-1 di tangan Barcelona.

DS Najib berada di Putrajaya menyaksikan perlawanan bolasepak juara-juara Eropah. Bersama belia-belia. Ini barulah pemimpin yang bagus. Bersama-sama golongan muda. Mendalami minat dan hobi anak muda. Mendekati orang muda. Ambil perhatian pada anak muda. Tak macam yang sorang tu asik ceraaaaaaaaaaamah aje. Taw la otai pidato.

Papepun SL penyokong tegar Barcelona. he he he

Friday, May 27, 2011

Anwar Masuk FELDA lagi

Anwar sekrang ni dok sibuk masuk ke kawasan FELDA-FELDA di sekitar negeri Pahang. Bermula esok malam DSAI akan 'menyanyi' di dalam daerah Temerloh. Agenda utamanya adalah ingin merampas kawasan tersebut. Orang-orang FELDA sibuk bercerita Anwar nak kasi hakmilik Tanah Plantation kepada mereka. Hurm... Taburan janji yang hanya tinggal janji? Manifesto lepas masih banyak tertunggak dok sibuk rancang yang baru. Satu-satulah Dato' Seri Anwar... Tamak sangat lah you ni. Dan yang pasti siri jelajah Anwar ini tidak lain tidak bukan adalah bagi mengatakan kpd orang ramai mengenai isu video seks yang dikatakan konspirasi. Sedang pemimpin yang lain dok sibuk tarik pelabur melabur di Malaysia, orang sibuk nak memajukan kan negara, DSAI masih pada takuk lama. Ceraaaaaaaamah aje. Taw la otai pidato. Tambah lagi, suka sangat tuding jari kt orang lain padahal jari lagi tiga batang tu kena kat diri sendiri.

Buatlah berapa banyak siri jelajah, rakyat tak bongok macam ahli PKR

Thursday, May 26, 2011

Golongan muda terpegun keprihatinan Menteri

Golongan muda ni sebenarnya tidak disisihkan. Mereka ni walaupun sering dikatakan liar dan agresif tapi hakikatnya mereka juga perlukan perhatian. Sedia maklum, Kementerian Belia dan Sukan sedang sibuk mempromosikan Program Himpunan Sejuta Belia yang akan dilancarkan perayaannya di Putrajaya pada 27-29Mei 2011.
Malam tadi, Dato' Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia dan Sukan, bersama mengedarkan risalah program kepada orang ramai di Wangsa Maju.




Wednesday, May 25, 2011

Anak Perempuan DSAI Berpuisi Penuh Syahdu

Andai Sultan Melaka memerintah
Menyingkap kembali sejarah saya tertanya apakah mungkin budaya politik negara dan nasib rakyat dibawah pemerintahan seorang raja yang mulia lagi beriman dan budiman?



Rangkap selanjutnya, baca disini



Tuesday, May 24, 2011

PAS Lancarkan BULANKINI ???


Semalam DAP lancarkan portal baru yang mengkhususkan penggunaan Bahasa Melayu dalam penulisannya. Jika Lee Kuan Yew dalam parti PAP di Singapura mahu bersara setelah melihat kebangkitan parti lawan, berbeza di Malaysia. Parti DAP terus berusaha dalam mendapatkan undi orang Melayu dan Bumiputera tidak kira apa cara. Pendekatan ini adalah bagus. Biarlah rakyat tahu perjuangan semua parti, biarlah rakyat sentiasa mengetahui perkembangan setiap parti di Malaysia ini dan untuk mesra pengguna, gunalah bahasa kebangsaan. Syabas Roketkini.com. Ada udang di celah-celah mee. PAS??? Bila mahu lancar BulanKini? Gunakan bahasa Mandarin dalam penulisan. Senang, supaya masyarakat Cina khususnya tahu perkembangan dan info-info terkini dalam PAS. Mudah-mudahan perniagaan ubat kuat dalam portal Harakahdaily bertambah laris jualannya. Oh! terlupa pula, PAS sekarang sedang sibuk dengan Muktamarnya. Okay, take your time. Semoga perjalanannya lancar tidak seperti pemilihan dalam PKR.

Monday, May 23, 2011

Kedai Baru di Buka!!! Hati-hati dengan diskaun yang dipaparkan.



Ini lah berlaku ketika zaman sebelum pemerintahan parti PAP di Singapura suatu ketika dahulu. Mereka TERLALU MELAYU. HARI-HARI MASUK KAMPUNG MELAYU. MASUK KAWASAN MELAYU. Apabila berjaya mendapat apa yang dimahukan, lu pikirlah sendiri 'Habis Madu Sepah diBuang'

Sesuai sangatlah nama Roketkini.com. Bagi anak-anak muda, roket itu sendiri membawa maksud 'mencuri' atau 'rompak'. Dan sesetengah yang lain, roket itu adalah bermaksudkan 'rogol'.
Curi hak rakyat?
Rompak wang rakyat?
Rogol kedaulatan negara?

Sunday, May 22, 2011

Tanah Runtuh : Peringatan Untuk Semua

Memilukan apabila melihat mayat bertindih sesama mereka dalam usaha menyelamatka diri ketika kejadian tanah runtuh di kediaman mereka. Seorang demi seorang mayat ditemui sehingga cecah belasan orang.
Gambar di atas dirakam kira-kira jam 1:30am. Dan setakat jam 5:00am hari ini, angka korban meningkat kepada 16 orang. Sedih dengan apa yang berlaku dan semoga roh-roh mereka ditempatkan di tempat orang beriman.
 Al-Fatihah...


Friday, May 20, 2011

Boom Boom Bang!!! AMK kenakan Utusan Malaysia, Polis dan ORANG RAMAI





Angkatan Muda Keadilan yang sebelum ini beriya-iya mahu berpiket di hadapan pejabat Utusan Malaysia dipercayai kecut perut dan membatalkan hasrat di saat akhir. Gentar atau ahli mereka tidak mencukupi? Puak-puak mereka dipercayai berjaya dikesan tidak sampai 50 orang? Setelah puas berkempen mengajak,mengatur dan menyerang Utusan Malaysia 2 hari sebelum, ia kelihatan tidak mendapat sambutan? Mereka hanya berhangat tahi ayam. Jadi, betullah sangkaan ramai AMK hanya tinggal beberapa kerat sahaja?


SL : Macam bos dorang jugak, cakap boom boom meletup tapi apa pun tadak ! Sebagai jurufoto pasti berasa hampa kerana tak dapat nak rakam aksi-aksi baring atas jalan hari ini. Hampa... Walaubagaimanapun, Meh layan gambar-gambar ahli PERKASA dan UMNO yang serah memorandum kepada Utusan Malaysia.

Monday, May 16, 2011

Kes Liwat : Kak Wan Terangsang Pening-Pening

Dengan keputusan mahkamah hari ini yang memutuskan Anwar Ibrahim membela diri. Keputusan itu membuatkan Wan Azizah yang juga Presiden PKR terangsang pening-pening. Selepas ini mungkinkah beliau terpaksa masuk ke kandang saksi? Apa yang Kak Wan akan jawab kepada pihak pendakwaraya nanti? Itulah yang membuatkan Jijah terlalu terangsang pening-pening memikirkannya...

Hakim Zabidin memutuskan tarikh untuk Anwar Ibrahim membela diri adalah pada 6hb Jun sehingga 30hb Jun 2011.

Thursday, May 12, 2011

Satu Lagi Permainan Politik PAS

Tak perlu baca sampai habis pun dah boleh faham tajuk berita mukadepan lidah rasmi PAS ini. Kerana politik PAS sanggup menghalalkan yang haram. Yang benar di salahkan. Apa salah kita membuktikan sesuatu kebenaran? "Tapi aku rase tak patut gak Datuk T dedahkan video tu, aib orang" sampuk kenalan SL ketika bersembang di kedai kopi. "Tapi, kalau Datuk T tak dedahkan, dia just cerita kat luar, ada ke orang nak percaya? sedangkan keluarkan video pun ada yang tak percaya disebabkan politik", celah kenalan lain. "Fikir logik akal la, ini kes kena batang hidung KETUA PEMBANGKANG, cakap-cakap tanpa bukti, orang buang longkang saja." tambahnya.
Hakikatnya, UMNO bukanlah satu parti lucah yang didakwa lidah PAS tersebut. Siapa porno? Siapa juburi? Siapa lacurkan agama demi politik? Wahai pengikut-pengikut PAS/PKR/DAP, rakyat TIDAK BUTA !!!

SL : Orang-orang dalam PAS kata banyak mengaji, konon-kononya dia seorang sahaja yang alim, sumpah laknat yang dibuat saksi tu macam mana? Sumpah menegak kebenaran. Salah ke? Bukan mudah  seorang yang beragama Islam untuk melafazkan sumpah laknat ini.

Anwar Sudah Kehabisan Duit ???


Sejak Datuk Trio menggemparkan negara dengan pendedahan klip video seks yang melibatkan Anwar Ibrahim atau dikenali Petualang Bangsa itu dikatakan ke seluruh pelosok negara untuk berceramah bagi menafikan bahawa lelaki didalam klip video tersebut adalah bukan dirinya. Kempen-kempen tersebut dan ditambah dengan kos-kos 'si penutup-penutup' lubang najisnya yang memakan belanja besar. Dan hal yang demikian telah menyebabkan wang dalam simpanan Anwar Ibrahim telah semakin menipis? Adakah ini puncanya Anwar Ibrahim bergegas ke Bahrain? Untuk mendapatkan wang ihsan atau sedekah dari pihak Yahudi? Di tambah pilihanraya umum yang dijangka akan tiba beberapa purnama lagi? Bahrain? melutut pada Yahudi? ATAU Pembikinan jam tangan Omega yang baru? Walau apa pun muslihatnya kali ini, rakyat sudah tahu akan kebusukannya. Ini sudah terbukti tatkala tiap kali dia berceramah yang banyak menggunakan ayat yg bersifat "triggering people's anger" dan ianya hanya digunakan ahli politik yang desperado atau kehabisan modal perdebatan.

Tuesday, May 10, 2011

PERHATIAN!!! Anwar mahu melarikan diri!


Kepala Melayu Bangsat ini kemungkinan dalam perancangan mahu melarikan diri setelah tidak mampu menepis segala macam masalah yang menimpanya. Dato' Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang ini yang juga dikenali sebagai Petualang Bangsa, akan mencari pelbagai helah untuk meloloskan dirinya. Jangan lepaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang BANGSAT ini !!!
Baca di Sini

Monday, May 9, 2011

Cerita di Markas Pembangkang

Kasihan apabila melihat perjalanan kisah duka dan duka dan selama-lamanya duka parti pakatan terutamanya PKR dan PAS (DAP suka aje tiada duka)
Mula-mula, Tabur Janji. Cerita/Ceramah yang maha hebat. Sampaikan digelar ANUGERAH ! Wow...!
Cerita sana sini bahawasanya dia lah pemimpin yang layak menerajui Malaysia. Dia seorang sahaja yang mampu memimpin negara. Dia seorang sahaja yang boleh memberi rakyat kemakmuran. Tetapi sebaliknya berlaku. Sejarah, ketika pemilihan parti lepas, berlaku kekecohan. Sebelum itu, berlaku di Perak. Berebut kerusi. Berebut pangkat. Hai, dalam dewan kecil pun tak mampu nak urus, macam mana mahu tadbir negara yang ada 14 buah ini? Belum lagi ditambah dengan isu moral yang teruk.
Sendiri punya kesalahan dituding jari pula kepada orang lain. Dikatakan konspirasi. Masih terus membuat penafian sehingga tidak mampu untuk menjawab 3 soalan cepumas (DNA, Omega, Sumpah Laknat) Tiga benda yang amat sensitif baginya.


Kemudian, lancarkan perang 'Lawan Tetap Lawan'. Sampai orang nak bersumpah pun dihalang. Yalah, lawan tetap lawan. Orang yang mahu bercakap benar dengan tuhannya pun dihalang. Itu urusan dia dengan tuhannya, jika dia berbohong, dia akan dilaknat. Wahai kesemua ahli PKR dan PAS seluruh Malaysia, What is your problem?

Sudah-sudahlah dengan perjuangan sia-sia kalian itu. Sudah jelas parti kalian tidak relevan lagi. Tak mampu untuk mendahulukan rakyat pun ! Sedarlah bahawa Anwar Ibrahim itu adalah petualang bangsa dan pemecahbelah kaum di Malaysia ini !

Malaysia : Orang Luar Memuji, Orang Dalam Mengeji

Kazakhstan, Malaysia dipilih sebagai Pengerusi Persatuan Agensi Jaminan Kualiti Negara Dunia Islam (AQAAIW) pertama, minggu lalu.
Dan  kerajaan juga berminat menjadi tuan rumah Mesyuarat Keempat Menteri-Menteri Pelajaran Asia Eropah (ASEMME) pada 2013. Pemilihan yang dibuat di Kazakhstan itu adalah untuk menjadi presiden pertama bagi membantu membangunkan jaminan kualiti di kalangan negara Islam.
Sedangkan negara luar mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan keyakinan luar terhadap Malaysia adalah pada paras tinggi. Kenapa pula ada segelintir puak yang menidakkan kejayaan demi kejayaan yang dicapai kerajaan dibawah pimpinan Dato' Seri Najib Tun Razak?
Hanya kerana terlalu taksub kepada satu-satu orang yang digelar 'de facto' tetapi dipenuhi dengan isu-isu moral yang teruk. Sedang negara luar memuji Malaysia, 'anu ghairah' ini terus mengeji Malaysia dan memecah belahkan perpaduan kaum.




Melayu Cina India Iban Kadazan Dayak Orang Asli dan lain-lain hidup AMAN DAMAI TANPA ANWAR IBRAHIM si kaki kelentong! Cakap pandai habuk pun tarak! Kencing dan kencing lagi!
1.DNA?
2.Omega?
3. Sumpah Laknat?

Sunday, May 8, 2011

KJ Hairan Kebenaran Depan Mata Ditolak

Bercakap di Majlis Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju semalam. Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Malaysia menyentuh isu video seks yang dikatakan mirip ketua pembangkang. Beliau berasa hairan dengan segelintir masyarakat yang sedia maklum telah didedahkan kebenaran tetapi menolaknya mentah-mentah. Akan tetapi beliau percaya bahawa 'masyarakat' yang dimaksudkan adalah penyokong-penyokong tegar pembangkang yang terlalu taksub kepada DSAI yang mana hati mereka sudahpun hitam. Menyebut mengenai sumpah laknat Eskay, "Bukan mudah untuk seseorang yang beragama Islam untuk melakukannya," katanya. 

Friday, May 6, 2011

Orang-orang biadap dalam masjid dipanggil polis


Shamsul Iskandar Mat Akin, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) bakal dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kekecohan di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul baru-baru ini. Insiden kekecohan tersebut mendapat perhatian. Apa tidaknya, masjid yang menjadi tempat suci dan rumah ibadah bagi umat Islam menjadi gelanggang kebiadapan. Insiden yang melibatkan orang Islam itu sendiri hanya kerana politik. Sebelum ini kita mungkin pernah dengar mengenai dua imam didalam satu masjid. Atau dua solat Jumaat di satu kawasan. Ini berlaku hanyalah kerana politik.


Politik yang sepatutnya membawa kepada kebaikan telah menjadi sebaliknya. Terbaru, kebiadapan dan pengeluaran kata-kata kesat didalam masjid yang dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Jelas, parti yang satu ini ditubuhkan semata-mata untuk si kepalanya, bukan untuk isinya atau buahnya mahupun akarnya.

Jika kepala berasa pening, kepalalah yang perlu ditampal koyok. Bukannya di lengan atau kaki.

Thursday, May 5, 2011

Karier Anwar Ibrahim semakin hampir menuju liang lahad



Zulkifli Noordin ahli PAS yang bertanding dan menang kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu dibawah tiket PKR bercerita mengenai peranan Karpal Singh sebagai peguambela Anwar Ibrahim dalam kes liwat Saiful Bukhari.

Sumber : minaq-jinggo

Wednesday, May 4, 2011

Anwar pemimpin 'hebat' !!!

Hebatnya Anwar Ibrahim ini sehingga mengenepikan pemimpin-pemimpin dunia yang lain. Antara contoh pemimpin dunia yang berjaya dikalahkan Anwar adalah seperti berikut :

1998, dunia gempar dengan pendedahan skandal seks Bill Clinton dengan pelatih White House, Monica Lewinsky. Bill Clinton yang berkhidmat dari 1993 hingga 2001 merupakan Presiden AS yang ke-42 dan mengakui secara terus-terang bahawa perbuatan curang dengan Lewinsky sebagai satu kesilapan moral yang teruk.

 Gabenor New York dari Parti Demokrat, Eliot Spitzer terlibat dengan skandal seks bersama seorang pelacur kelas atasan di sebuah hotel mewah.
Kejadian dengan pelacur tersebut yang hanya dikenali sebagai Client -9 berlaku di bilik 871, Hotel Mayflower di Washington pada 13 Februari 2008.
Kegiatan Spitzer ini sememangnya sesuatu yang menggemparkan kerana ia melibatkan perkhidmatan pelacuran dan berdasarkan siasatan Biro Siasatan Pusat (FBI), beliau telah melanggan pelacur sebanyak tujuh atau lapan kali dan membelanjakan AS$15,000 (RM45,000) untuk tujuan itu.

Ahli politik AS yang terlibat dalam skandal seks ialah Senator Republikan, Larry Edwin Craig yang ditangkap selepas melakukan perbuatan lucah berunsur homoseksual di dalam bilik air lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Minneapolis-St. Paul pada tahun 2007.
Segala-galanya bermula apabila akhbar Capitol Hill mendedahkan berita penahanan Craig yang juga Senator Idaho kerana melakukan perbuatan tidak senonoh itu pada 27 Ogos 2007.
Akibat skandal itu, Craig telah ditolak dari menganggotai politik kerana bimbang ia akan mencemarkan imej Parti Republikan yang terkenal dengan imej konservatif.

Dan banyak lagi skandal seks pemimpin yang berjaya didedahkan umum yang mana ianya adalah semata-mata untuk mencelikkan rakyat supaya tidak terus tertipu dengan pemimpin yang mereka sendiri pilih. Rata-rata pendedahan tersebut diakhiri samada dengan pengakuan, pemohonan maaf mahupun pengunduran.
TETAPI itu tidak berlaku di Malaysia. Sedangkan rata-rata pemimpin yang terlibat dengan sesuatu kejadian tidak senonoh tersebut mengenepikan sifat angkuh walhal mereka antara 'orang besar' didalam negara mereka.


TERBARU di Malaysia yang melibatkan orang besar sebelah parti pembangkang.
1. DNA
2. Jam tangan Omega
3. Sumpah laknat
4. Twitter
Empat perkara yang terus menjadi misteri tatkala orang yang dituduh itu terlalu sensitif dengan empat benda tersebut.
Persoalan, Anwar tidak dapat melaksanakan, menunjukkan empat perkara itu malah terus menafikan lelaki didalam video seks itu adalah dirinya.
Angkuhnya beliau. Sampai bila ?
Penafian tanpa bukti. Ibarat membuat anak sperma diluar ovari

Che Det SAKIT !!!


Jarang sekali Dr M tidak mengemaskini blognya. Di bloglist Suara Lensa tertera 'che det updated 4days ago'.
Che Det diserang malware, virus seakan trojan tetapi sistem peranakannya lebih hebat sehingga melumpuhkan si ibu. Blogger-blogger sekalian, gunakan aplikasi yang 'trusted' dan hati-hati dengan virus yang dicipta oleh si anti-virus itu sendiri.
Semoga che det cepat sembuh !

Tuesday, May 3, 2011

'Pembunuh' Teoh Beng Hock : SOGOK DUIT lepas diri???

Dalang-dalang didalam kes kematian TBH masih menyorok menikus. Masih menyorok dibalik parti rasis itu walhal kebenaran semakin jelas. 
Sedarlah...
ANDA SEMUA TIDAK BOLEH DAN TIDAK DAPAT MENYOGOK DUIT JUTA-JUTA ITU
means, WE GOT YOU !!!

p/s :Tunggu keputusan mahkamah

Lelaki dalam klip video seks itu bukan Anwar Ibrahim ?

Haaa? Ketika orang sibuk mengiyakan kebenaran klip video seks itu adalah Anwar Ibrahim, P. Uthayakumar pula sibuk menafikannya?
Sedang saksi telah bersumpah laknat, Setiausaha Agung HINDRAF ini menidakkan?
Adakah waktu tika ini HINDRAF adalah suara Anwar Ibrahim tatkala PAS membisu?