AdSense

Tuesday, June 28, 2011

Kenyataan Terbaru Polis Mengenai Tangkapan P.S.M



Polis menjalankan siasatan menyeluruh terhadap Parti Sosialis Malaysia (PSM) setelah dilihat cuba menghidupkan semula fahaman komunis di negara ini,kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.Beliau berkata polis menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut termasuk mengambil kira bahan bukti yang dirampas daripada 31 aktivis PSM yang ditahan polis baru-baru ini.

"Banyak persediaan yang mereka (aktivis) sudah lakukan seperti mengedarkan risalah dan memakai baju T yang berunsurkan fahaman itu bagi tujuan untuk menghasut rakyat membenci kerajaan.Polis akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan mereka menghentikan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 122,Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Bernama Melaporkan Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat ketiga “Ops Lusuh” bersama Celcom Axiata Berhad Petang Tadi,yang bertujuan mengenal pasti tindakan untuk membanteras vandalisme.Mohd Bakri berkata siasatan itu juga dibuat demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara terpelihara.

"Tindakan yang dilakukan aktivis ini boleh mengkucar-kacirkan negara...kita akan pastikan bahawa kes ini dapat diselesaikan dalam masa yang singkat,” katanya.

Pada Sabtu lepas,polis menahan 31 orang aktivis PSM termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj di plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas, Pulau Pinang.Kumpulan berkenaan,yang menaiki sebuah bas persiaran, dipercayai dalam rangka kempen mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram yang dijadualkan 9 Julai ini.Kempen mereka ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia sejak 24 Jun lepas.

Monday, June 27, 2011

Melayu VS Melayu

BERSIH 2.0, Pencetus huru-hara dan pemecah-belah orang MELAYU!!!
PERKASA menentang BERSIH 2.0 habis-habisan.
UMNO tentang BERSIH 2.0 habis-habisan.
BERSIH disokong PAS dan PKR
PAS, PKR, majoriti adalah berbangsa MELAYU
Apa sudah berlaku wahai bangsaku, orang-orang MELAYU???


Perkasa akan berhenti dari berhimpun sekiranya Bersih 2.0 dihentikan.
UMNO bersiap-sedia dengan memohon permit untuk berhimpun bagi menghalang Bersih 2.0.
Perkasa, digelarkan 'Gerak Aman'
Pemuda UMNO pula, 'Patriot'
Gerak Aman tidak sebulu dengan Patriot
Tetapi terasa dicabar dengan Bersih 2.0
Jadi, lawan tiga penjuru, Gerak Aman, Patriot dan Bersih 2.0
Siapa menganjurkan?
Siapa pengadil?
Siapa tukang sorak?

Sunday, June 26, 2011

BUNUH???

Siapa kena Bunuh???
Salah seorang pemimpin yang membantah 'Bersih 2.0' diugut bunuh????
KLIK

Friday, June 24, 2011

Berani VS Bacul

Hari ini Malaysia menyaksikan keberanian individu yang begitu cekal dan konsisten dalam hal menegakkan keADILan. Mahkamah Persekutuan Jalan Duta menceritakan keberanian Datuk Trio yang mengaku salah atas pertuduhan menyiarkan video lucah yang dikatakan menyerupai pemimpin pembangkang. Mahkamah juga 'ditegur', "bukan menyerupai, tetapi Anwar"
Inilah yang dikatakan keberanian menegakkan keADILan. Biar apa rintangan ditempuh jua. Dan apa yang ditempuh itu adalah sesuatu yang berasas.
 Dan hamba Allah yang sedang menekupkan mulutnya itu terus-terusan MENAFIkan.

DSAI : Sumpah Laknat? Saman?
Berani atau Bacul???

Psiko DAP


DAP dalam niat menjadi kuasa besar dalam Malaysia...
Jauh disudut hati mereka, mengkuli-batakkan orang PAS dan PKR
Dan menghamba-abdikan mereka
Serta mengkambing hitamkan mereka.
PAS dan PKR telah DICUCUK HIDUNGnya..........
Hari ini dia pakai kasut dalam rumah orang Melayu/Islam.
Esok Lusa???

Thursday, June 23, 2011

Sendiri Punya Rumah Tangga pun Porak-Poranda

Sendiri Punya Rumah Tangga pun Porak-Poranda, ada hasrat mahu menunjukkan ianya yang terbaik?
Ibarat perumpamaan Melayu, 'Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia yang Lebih'.
 Pemilihan Parti PKR kecoh dan huru-hara. Insiden kerusi terbang, kertas melayang...
DSAI, dalam parti sendiri pun masih belum stabil dan kukuh...
Masih porak-poranda. Perbetulkan hal diri yang terang-terang tak betul.
Ibarat 'ketam yang mahu mengajar anak berjalan lurus'
Ditambah pula isu moral yang teruk...
Yang mana jika di negara-negara lain termasuklah TURKI, jika terdapat pemimpin yang terlibat dengan kes skandal dan seumpamanya (moral) maka mereka akan segera meletak jawatan dan mana-mana jawatan yang dipegangnya waima ianya benar atau tidak. Ia dilakukan bagi membersihkan nama parti dan diri sendiri serta bagi proses siasatan yang lancar. Di Malaysia? Ia tidak berlaku... Malah orang yang dituduh bebas bergerak kemana-mana. BAHkan boleh merancang/mempromosi/melancarkan untuk melakukan satu program yang terang-terang memesong dari maksud sebenar demokrasi...

Wednesday, June 22, 2011

Inilah 'ADIL'

Yang dituduh BERLAGAK macam tak ada apa berlaku ke atas dirinya malah ditudingnya jari kepada orang lain. Pada masa sama ada perancangan pula nak runtuhkan keamanan yang dikecapi kita selama ini. Rusuhan dalam negara telah lenyap sekian lama. Kini ia ingin dicipta lagi. Atas kepentingan diri sendiri. Mungkin kerana usianya kian lanjut dan cita-citanya masih belum tercapai, maka jalan pintas terpaksa dilakukan. Dan berbeza pula dengan orang yang ingin menegakkan keadilan. Kebenaran ditolak. Aman bertukar kepada huru-hara.


1. Huru-hara : BERSIH 2.0
2. Orang yang bersumpah atas nama Allah : ditidakkan sumpahnya (Orang yang dituduh masih menafikan)



Jumaat ini, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan rakan-rakan 'Trio'nya akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret berhubung dakwaan membabitkan penayangan video seks seorang lelaki yang dikatakan mirip pemimpin parti pembangkang. Mereka disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Tuesday, June 21, 2011

Apa yang Mereka Mahukan

(Gambar : Utusan Malaysia)

Beriya-iya mahu huru-hara kan negara. Mahu kuasa asing masuk kuasa dalam negara.
"bom sesat tersalah bedil terkena rumah Ahli Parlimen Permatang Pauh," boleh terima tak???
Jauh berbeza pemerintahan di Libya berbanding Malaysia. Di Malaysia pemerintah di bawah kerajaan Barisan Nasional adalah adil dan saksama meliputi gagasan rakyat, 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Ditambah Malaysia adalah antara negara maju. Tak mustahillah pelabur asing berani melabur dalam negara kita ni. Apa hal 'bersih 2.0' nak dilancarkan? Ini retorik politik semata-mata, lupakan, rakyat sudah bosan!

Sebut pasal Turki, si anaknya perempuan DSAI, Nurul Izzah sibuk dok desak kerajaan Malaysia adakan pilihanraya telus dan aman sepertimana di negara Turki itu. Laa... apa selama ni tak telus lagi kah SPR? Kalau tak telus, apa kata wakil-wakil rakyat pembangkang letak jawatan sekarang?
Ada berani? Cakap mesti kena serupa bikin !!!

Umum sedia maklum di Turki itu, mana-mana pemimpin yang terlibat dengan isu skandal akan meletakan jawatan mereka bagi menjaga nama baik parti dan diri sendiri dan juga bagi membersihkan nama. Apa kata Nurul Izzah desak 'papa' letak jawatan?
Ada berani? Cakap mesti kena serupa bikin !!!

Ambiga terlupa Akta Hasutan

Pengerusi Bersih 2.0 ini sedang sibuk mempertahankan 'suara rakyat'. Konon-konon Bersih 2.0 ini adalah dari gabungan NGO dan tiada kena mengena dengan politik?
*Ludah

Habis tu DSAI siap jerit-jerit melalak cakap dia akan hentikan Bersih 2.0 kalau DS Najib adakan PRU13 dengan telus? Apa kejadahnya???
JADI MAKNANYA DSAI adalah seseorang yang mengawal perhimpunan haram 9 Julai ini lah?
Orang kalau sudah biasa menipu, tak akan sedar yang dia itu sedang menipu.
Betul lah, Bersih 2.0 ini adalah jalan pintas DSAI nak capai cita-citanya ke Putrajaya.

DSAI, Putrajaya? No lah, Resort Sg Buluh? Yes!

*Berbalik pada perempuan yang bernama Ambiga ini, dalam usaha gigihnya menghuru-harakan negara, dia sepatutnya dah boleh dah dikenakan tindakan kalau bukan ISA, Akta Hasutan!

SL : Sayangkan Negara.

Monday, June 20, 2011

ANWAR ke Dinding !!!

Mana tempat lagi DSAI nak lari? Nak selamatkan diri? Nak bernafas?
Dia sudah ke dinding!!!
Sebab itu....
Benda bodoh ini nak dilaksanakan..........
Ini semua permainan politik Anwar Ibrahim dan sekutunya DAP !
DSAI sudah mengetahui bahawa dia tidak akan selamat lagi dek kerana isu-isu moralnya yang begitu busuk sehingga menyebabkan rakan-rakannya dalam PAS dan PKR tidak tahan dan tidak sanggup lagi mempertahankannya.

Disebalik itu, agenda Ambiga yang dikatakan tali barut BARAT yang sibuk nak lancar demonstrasi jalanan haram atas tiket SPR tak telus?
2008 menyaksikan 5 negeri berjaya ditawan pihak pembangkang.
Apa tidak telus lagi kah SPR?
18pilihanraya kecil, separuh dimenangi Barisan Nasional dan separuh lagi pakatan pembangkang.
Apa tidak telus lagi kah SPR?
Akses kepada media?
Selama ini mereka dihalangkah?
Mereka ada Harakah, Suara Keadilan, Roketkini dan macam-macam lagi lah !
Bagaimana pula hal nya dengan Utusan yang tidak mendapat akses dengan PAS?

Jadi isu SPR bukanlah perkara asas bagi Ambiga dan sekutunya.
Isu utamanya adalah :
Huru-hara kan negara
Dengan ini dapatlah ditunjukkan kepada BARAT akan keburukan negara Malaysia. Mereka akan mengambil gambar beberapa orang polis mahupun pihak FRU dan penguatkuasa yang sedang meleraikan perhimpunan tersebut. Dari sudut 'angel' yang menarik, gambar itu akan menampakkan seolah-olah pihak polis/FRU sedang menindas orang awam. Seolah-olah pihak berkuasa Malaysia bertindak kejam ke atas orang ramai. Dan dengan itu maka tersebarlah 'gambar' tersebut ke media BARAT. Dan BARAT pun akan secara lantang masuk campur dalam urusan negara.

PRU13
Dan 'bersih 2.0' ini juga adalah persediaan untuk pilihanraya umum 13. Pemimpin pakatan secara diam akan membuat kajiselidik dan ujikaji terhadap barua-barua dalam demonstrasi haram ini. Sejauh mana mereka diterima rakyat. Dan sepertimana agenda diatas, gambar dari sudut yang menarik juga akan diambil cuma bezanya disini, gambar-gambar tersebut disebarkan ke kawasan-kawasan kampung.

Anwar Ibrahim
Seterusnya, perhimpunan haram ini adalah untuk mengalihkan isu panas ketika ini yakni 'Anwar Ibrahim Liwat II' dan 'Anwar Ibrahim Video Seks'. Anwar Ibrahim sendiri mengetahui bahawa dirinya sudah tidak mampu berdiri lagi. Dia tidak boleh lari dari undang-undang dan tidak boleh diselamatkan lagi.
Anwar Ibrahim ke dinding !!!


Cina India Pun TAK SOKONG 'Bersih 2.0' !!!

Bersih 2.0 yang kotor ditolak masyarakat berbangsa cina dan india yang rata-rata dari mereka sayangkan keamanan negara.
bagi kaum cina terutamanya yang meletakan ekonomi di tangga teratas, mereka menolak 'Bersih 2.0' kerana ia boleh menyebabkan negara rugi dari sudut ekonominya. Manakan tidak, negara perlu mengambil masa lebih kurang 6bulan untuk pulih. Ini merujuk kepada demonstrasi 'bersih' yang lepas.
Begitu juga dengan kaum india yang menolak huru-hara dalam negara. Rata-rata peniaga dan pemandu teksi akan rugi jika demonstrasi ini diteruskan. "siapa mahu kasi kami makan?" keluh antara mereka.
Kesimpulannya, rakyat menolak kucar-kacir dalam negara.
Apa relevan 'Bersih 2.0' 9 Julai ini???

Saturday, June 18, 2011

Perlembagaan : Tak Tahu atau buat-buat Tak Tahu

Mustahil seorang yang bergelar menteri, tak tahu perlembagaan?
Hal-hal dalam Islam, payungnya adalah dibawah Duli Yang di-Pertuan Agong.
Jadi mengenai pilihanraya masjid, apa keinginan sebenar kerajaan negeri P.Pinang DAP?
Ingin membuat ujikaji?
Mungkin tak perlu, kerana negara sudah catit sejarah era 60-70an pada waktu piliharaya masjid dilaksanakan di Kelantan dan Pahang akan tetapi dihentikan kerana ia membawa kepada perpecahan orang Melayu.
Jadi kenapa DAP beriya mahu mengadakannya kembali?
 LGE: keputusan mahu mengadakan pilihanraya masjid adalah keputusan masjlis agama P.Pinang, bukan kerajaan negeri.
 Siapa mereka ('majlis agama') yang disebutkan itu?
 Dari kalangan orang PAS atau PKR?
Kenapa sejak DAP ada kuasa dan PAS/PKR dijadikan kambing hitam, hal-hal seperti ini berlaku...
1-Kalimah Allah
2-Bukan Islam membaca ayat Al-Quran
3-Bersenam dalam kawasan masjid

'Melayu bercakap pasal orang Melayu dikatakan rasis'

Friday, June 17, 2011

Saya Cabar 'Bersih 2.0' ini Dapatkan Kebenaran Dari Peniaga dan Pemandu Teksi !

"Dapatkan kebenaran peniaga!"
"Dapatkan kebenaran pemandu teksi!"
Tengku Azman Tengku Zainol Abidin, Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB)

Jangan Berlembut kerana Mencegah itu Lebih Baik dari Mengubati

Pencetus huru-hara
Pengugat keamanan negara
APA penguatkuasa lakukan?
APA menteri yang nak dikerahkan?
APA setelah berlakunya huru-hara barulah nak bertindak?
Kenapa ada peribahasa "Sudah terhantuk baru tengadah"
Kenapa ada perumpamaan "Sesal kemudian tiada berguna"
Golongan yang sedang dan akan melakkukan kucar-kacir dalam negara haruslah ditegah dari awal.
Kenakan tindakan tegas ke atas golongan ini!
Mereka tiada anak tiada mak bapak tiada ahli keluarga dan tiada sanak saudara dan kerana itulah mereka bertindak mencetus kacau-bilau di Malaysia. Apa hak rakyat yang punya ahli keluarga?
Apa hak peniaga sekitar kawasan terbabit?
Apa hak si pencari rezeki diibukota terutamanya pemandu teksi?
Apa mereka nak suap anak bini ahli keluarga mereka?
NGO-NGO dan rakyat sudah ramai membuat laporan polis.
Kenapa tak bendung dari awal perkara ini?
Tangkap yang mengepalainya.
Supaya mereka sedar, rancangan yang mahu mencetus huru-hara dalam negara adalah satu kesalahan.
Pihak berkuasa, menteri yang berkenaan JANGAN BERLEMBUT dengan golongan ini!
"Cegah lebih baik dari mengubati"

Thursday, June 16, 2011

Mat Sabu dan PAS

Kenyataan Mohamad yang disiarkan dalam sebuah laman portal pada 10 Jun lepas bahawa PAS perlu mencontohi tadbir urus yang baik seperti diamalkan di Pulau Pinang bagi meningkatkan integriti dalam pentadbiran di Kelantan dan Kedah.

Mohamad Sabu turut melahirkan kebimbangan bahawa ada anggota Exco atau Anggota Dewan Undangan Negeri daripada parti itu yang memohon tanah, didakwa terlibat dengan penyelewengan balak dan berebut mahukan gelaran "Datuk".
 Sumber : Bernama

Jadi maknanya,
1, Mat Sabu memang tali barut DAP?
2, Memang ada penyelewengan dalam pentadbiran PAS?

Takbir !!!

Selamat Kembali Dato' Seri...


Betapa rindunya hatiku akan kehadiran DSAI ke parlimen. Parlimen tidak akan kecoh dan huru-hara tanpa DSAI. Tanpa beliau maka tiadalah jeritan pekik terlolong melalak di parlimen baik dalam dewan mahupun luar dewan. Tidak sabar rasanya mahu melihat gelagat-gelagat bodoh ini yang sekurang-kurangnya menjatuhkan imej Malaysia di mata dunia. Dan sesungguhnya aku LAGI LAGI TIDAK SABAR mahu melihat DSAI ber honeymoon di resort Sg Buluh nan indah itu. Walaubagaimanapun, SELAMAT KEMBALI Dato Seri. Mudah-mudahan anda menjadi lebih rasional dan waras pemikiran (bukan taksub mengejar cita-cita) terutamanya di dalam parlimen (titik-titik perbincangan untuk MEMAJU kan negara, bukan memporak-porandakan!)


siakap senohong,
gelama ikan duri,
bercakap bohong,
kerana mahu jadi Perdana Menteri,
Bertaubatlah wahai si Al-Juburi !

Wednesday, June 15, 2011

PAS panas Bontot

Menerusi Ketua Penerangannya, PAS sudah berasa tidak senang duduk dengan penegasan badan-badan NGO di seluruh negara. Manakan tidak, 36 laporan polis telah dibuat setakat ini. Dan jumlah itu mungkin akan bertambah lagi.
Ditambah pula dengan kelantangan suara Dato' Ibrahim Ali dan Perkasa yang mahu menentang BERSIH 2.0 habis-habisan.

"Kemarahan kita sudah sampai kemuncak!" - Ibrahim Ali dalam kenyataan media semalam.

PAS dengan itu desak polis ambil tindakan terhadap mereka?
Atas alasan 'provokasi'?
Apa BERSIH itu sesuatu yang membawa kebaikan kah?
Malang sungguh si kambing hitam ini yang masih tak tahu agenda sebenar si penggugat keamanan negara.
Buat MELAYU-MELAYU yang tak ada otak dalam PAS dan PKR, kembalilah ke jalan yang benar.
(tak ada pesanan buat yang BUKAN MELAYU kerana mereka memang tak turun ke jalanan buat kerja bodoh tu)

Mereka hanya duduk rumah sambil tepuk tangan dan bersorak "Bodohnya mereka" (Melayu PAS dan PKR)

Kenali Pemimpin Anda

Ambiga Sreenevasan
Siapa wanita ini?

Wanita ini adalah Pengerusi BERSIH (demonstrasi yang akan memburukkan imej Malaysia dan merugikan peniaga-peniaga kecil MELAYU serta menyebabkan kesesakan kepada wargakota)
Pertubuhan yang mengatakan bahawa sistem pilihanraya di Malaysia tidak betul


Dan di sebalik itu wanita ini juga
Pengerusi Bar Council
Apa itu Bar Council? Ia adalah diantara mereka yang menyokong IFC.
Diantara tuntutan IFC ialah, seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam, Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang,
sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam, Orang bukan Islam tidak perlu menganut Agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Dan pelbagai lagi tuntutan mereka kebanyakannya melibatkan Agama Islam ia ini agama Rasmi Persekutuan Tanah Melayu sekarang ini Malaysia. Perkara ini juga mendapat sokongan PAS kerana sahingga hari ini mereka tidak membantah malahan mereka turut serta menyokong Ambiga Sreenevasan. (Timbalannya adalah Mat Sabu)

Dan PAS kononnya memperjuangkan Islam, senyap tanpa suara, membisu seribu bahasa malah sesetengah pemimpin mereka juga berkomplot dengan Dajjal ini.

Takbir!!!

Tuesday, June 14, 2011

BERSIH : Peniaga Rugi, Harta-Benda Rosak, Pelancong Takut,

Pengerusi Bersih,Datuk Ambiga Sreenevasan, PENCETUS HURA-HARA!!!
Apa agenda sebenar peguam ini???

 Sampai bila benang yang basah ini harus ditegakkan??? 



 Sampai bila mereka mahu mengangkat si talam dua muka ini???



 Hakikatnya penyokong taksub mereka harus berpijak dibumi yang nyata...

Monday, June 13, 2011

RAKUSNYA !!!

Rakusnya DAP Pulau Pinang!
Mana PAS/PKR di sana?
Mana suara mereka?
Ketika demonstrasi, suara merekalah yang paling kuat
Ketika mempertahankan 'benang basah' (DSAI), merekalah yang paling handal
Ni, untuk rakyat, kenapa mereka menyorok?
Kenapa mereka tidak mempertahankan rakyat?
Kata, pakatan 'rakyat'?


 Siapa DAP nak masuk campur hal-hal dalam Islam?
Mengapa mereka begitu biadap dalam urusan rumah suci Allah?
Apakah mereka tidak membaca sejarah? Ketika era 70-80an dahulu di Kelantan pernah dilaksanakan sistem ini dalam memilih jawatankuasa masjid akan tetapi dihentikan kerana ia membawa kepada PERPECAHAN umat. Demikian hal berlaku di Pahang suatu masa dulu dan lantas dihentikan pilihanraya masjid tersebut.
Dan setelah mengetahui akan akibat dari perlaksanaan ini, MENGAPA DAP BERIYA-IYA MAHU MELAKUKANNYA?


PAS dan PKR ,MEREKA INI HANYALAH KAMBING HITAM

DAP PULA ADALAH BERUK YANG TELAH MENDAPAT BUNGA TETAPI TIDAK TAHU MENGHARGAI.

"kalau dia tak buat kerja, ini bukan Anwar"

Isu lama?
Tapi sejarah menunjukkan siapa diri dia...
Apa yang berlaku pada hari-hari sudah menunjukkan siapa diri dia...
Untuk yang ke berapa kali, DSAI sekali lagi berjanji kepada rakyat...
Dia berjanji akan mengurangkan harga bahan api dalam TEMPOH 24JAM sekiranya pakatan rakyat mengambil alih kerajaan persekutuan...
Janji yang dibuat dihadapan kira-kira 500 hadirin pada satu ceramah di Brickfield hari ini.















Itu janji sebelum berkuasa...
Apa yang berlaku setelah mendapat kuasa???
Saksikan video dibawah...

Sunday, June 12, 2011

Sokong Dr M !!!


Cerita pasal parti PAS yang tak keruan sejak dua menjak ni...
SL ada bercerita mengenainya pada artikel sebelum ini
klik sini
dan
klik sini

Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa PAS menggadai prinsip kerana DAP. 

"Apabila DAP dan Karpal Singh tidak bersetuju dengan pendirian Pas, Nik Abdul Aziz telah menyemak semula Surah Al-Baqarah dan tiba-tiba selepas 30 tahun mendapati Negara Islam dan hukum Hudud boleh dibelakangkan dan diganti dengan Negara Kebajikan Pas.
"Nik Abdul Aziz sendiri berkata yang mendorong Pas ialah ketakutan orang bukan Islam kepada Negara Islam. Untuk kemenangan pilihan raya, ketakutan orang bukan Islam mesti dihilangkan dengan menggugurkan perjuangan Islam Pas," katanya dalam entri terbaru bertajuk Kejatuhan Negara Islam Pas di http://chedet.co.cc, semalam.

Beliau mempersoalkan penjelasan Nik Abdul Aziz mengenai pertukaran slogan Pas daripada membentuk negara Islam kepada pembentukan negara berkebajikan seperti ditegaskan parti itu pada muktamarnya minggu lalu.

petikan Utusan Malaysia

Friday, June 10, 2011

Apabila Budak Bawah Umur Mahu Nasihat Orang Dewasa

Kita pasti berasa lucu dan gelihati melihat gelagat budak-budak bermain. Hidup mereka penuh dengan gelak tawa. Begitu ceria sekali hidup budak-budak ini. 'Kanak-kanak' bahasa lebih enak digunakan. Jika waktu petang di padang permainan, mereka begitu asyik bermain tanpa menghiraukan sekelling mereka melainkan jika ada pakcik/apek/aney jual ais-krim atau gula-gula.

Dan kebanyakan kanak-kanak ini sebenarnya suka bertanya akan sesuatu hal yang mereka ingin tahu. Teringat iklan Hari Raya beberapa tahun sudah, "Burung apa? si bapa jawab, "Burung murai". si anak kecik terus bertanya, "burung apa"?

Maksud dari seningan diatas ialah, budak-budak akan bertanya untuk sesuatu hal. Apabila budak-budak mendahului orang dewasa, akan ternampaklah akan kekurang yang ada pada budak-budak itu. Mungkin tak cukup garam lagi dalam badan budak tu...
30 tahun lepas - dasar PAS adalah Negara Islam
sekarang - dasar PAS adalah Negara Kebajikan

30 tahun lepas - dasar DAP adalah Malaysian Malaysia
sekarang - dasar DAP adalah Malaysian Malaysia. TETAP KONSISTEN ! TIDAK BERUBAH WALAU SATU INCI ! APA YANG BERUBAH ADALAH PERUBAHAN TERHADAP PAS !

Kenapa boleh DAP ubah PAS? Sebab PAS berada dalam PAKATAN RAKYAT. Jika dulu PAS tgk televisyen pakai sistem manual, cari frequency sendiri kejap ke kiri kejap ke kanan untuk mendapatkan siaran. Sekarang dah tak perlu kerana sudah ada 'remote-control'

Thursday, June 9, 2011

Mana Pergi PKR / PAS di Selangor ???


Selepas Melayu di Pulau Pinang diusir secara kejam dari tanah dan kediaman masing-masing serta premis perniagaan mereka dirobohkan parti komunis DAP, tidak lama lagi tiba pula giliran Melayu di Selangor untuk menerima bala yang sama.
Baca di Sini

Wednesday, June 8, 2011

Big Brother semakin garang dalam mengembala kambing-kambingnya

Pengerusi Suara Anak-Anak Pulau Pinang, Abdul Ghani Abdul Jiman menganggap DAP sebagai "Abang Sulung" dalam pakatan rakyat.



Apa yang berlaku di Pulau Pinang sekarang semakin nampak akan kuasa rakus parti berkenaan. Apa tidaknya, sehingga kesucian masjid pun mereka cuba untuk campurtangan dan mempolitikkannya dengan hasrat mengadakan pilihanraya masjid. Bermacam-macam yang ingin dilakukakan. Mungkin sebelum ini mereka dibenarkan untuk bersenam di dalam kawasan masjid (dah tak ada taman rekreasi agaknya) dan sekarang jika dilihat pandangan waras, kenapa mahu adakan pilihanraya masjid ini jika tidak bukan mahu melaga-lagakan orang Islam dan Melayu itu sendiri! Inilah yang berlaku hari demi hari. Hakisan halus ini tidak mustahil akan menjadi lebih kasar dan besar dan siapa yang akan merana kalau tidak rakyat itu sendiri. Untuk isu ini, UMNO Pulau Pinang akan mengadap Agong. Tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh PKR dan PAS. Sayang sekali, kambing yang diikat hidungnya amat susah untuk bergerak.
Takbir !!!

Tuesday, June 7, 2011

Dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan - Politik

PAS sudah semakin hari semakin lupa jati diri dek kerana terikat dengan pakatan pembangkang. "Diluah mati mak ditelan mati bapa" adalah perumpamaan Melayu yang sesuai untuk parti itu. Bercelaru mencari asal-usul. Cuba lari untuk menjadi kambing hitam golongan tertentu akan tetapi hakikat dan realiti PAS dan kambing hitam tidak dapat dipisahkan. Golongan tertentu akan mencari PAS untuk kepentingan tertentu. Nak berjoget dalam masjid, carilah PAS. Nak buat salah buatlah, Pasti ada orang yang akan memaafkan dan solat hajat beramai-ramai dan timbullah fatwa-fatwa pelik. Itukah puncanya golongan ulama dalam PAS dimiskinkan pada muktamar kali ke 57 ini?

Friday, June 3, 2011

Hadi berucap Nik Aziz Tersentap

"Cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar. Jangan suka meludah. Silap hari bulan terludah ke langit, kena muka sendiri."

Sedikit peribahasa Melayu yang sesuai untuk Presiden PAS Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang sempena ucapannya dalam perasmian Muktamar PAS kali ke 57 di Taman Melewar, Gombak.

Politik wang. Hadi menyifatkan politik wang yang di amalkan oleh UMNO dan BN akan memberi kesan kepada rakyat.

Apa PAS itu tak ada politik wang KAH?
Apa PAS itu tak ada rasuah KAH?

*LUDAH !