AdSense

Wednesday, February 29, 2012

SAH!!! Pembantu Badrul Amin kena ikat ?

“Ketika saya berada di Kuantan, pembantu saya didatangi enam lelaki dengan nada memujuk dan mengugut meminta supaya memberikan kerjasama.




Malah Ostaz Badrul juga mahu mengenakan saman terhadap surat khabar dan televisyen yang mengeluarkan cerita beliau di tangkap khalwat???


Ambil trademark Azwan Ali...
AMBOI.... AMBOI..... AMBOI......
Sudah la tuduh UMNO/BN melakukan konspirasi, surat khabar dan TV juga KENA???
Apa negara ini...?
Kalau macam ini, siapa lagi yang nak melaporkan berita???
Wartawan pun kena maki sama Anwar Ibrahim
Inilah dia Pakatan Pembangkang, bila kena tang hidung mereka, mereka akan senang-senang menyalahkan orang lain.
Senang kan kerja mereka....?

Monday, February 27, 2012

TERBAIK!!! MANTAP!!! Depa bikin najis depa kata 'Ini Konspirasi' HAPTUI !!!



Badrul Amin seperti dilaporkan Mstar menuduh kesnya itu sebagai perangkap terancang yang didalangi UMNO.

Menurutnya, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.

“Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.

“Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya,” katanya.

Tuduhan Badrul itu turut dilaporkan FMT yang mendakwa suami wanita itu, samseng, polis, pejabat agama, dan blogger-blogger UMNO turut terlibat dalam konspirasi itu.

“Peristiwa yang berlaku mungkin dirancang oleh suami wanita tersebut dan Umno membuat persiapan yang cukup lengkap membabitkan (samseng, polis dan pejabat agama). Perkara ini kemudiannya dimainkan secara sensasi oleh blogger-blogger Umno.

“Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan.

“Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat. Mereka adalah sahabat seperjuangan saya. Saya akan jawab selanjutnya berhubung hal ini selepas bertemu dengan JAIP pada petang ini,” katanya
www.anwaraidc.com

Saturday, February 25, 2012

Ni BAPAK SETAN !!! Kantoi Check-in



Mufti Perlis yang GILA???
Ni bapak Setan !
Antara yang keluar dari mulut Badrul Amin, lelaki yang ditangkap khalwat di Swiss Garden Pahang
Beliau dikatakan di tahan oleh Jabatan Agama Islam Pahang pada 2.45 petang tadi.

Ni bapak setan...
Kejadian ini berlaku di Pahang.
Kenapa di Pahang?
Kerana pimpinan PKR yang lain sedang berkampung di Negeri tersebut sebagai persediaan menghadiri Himpunan Hijau 2.0 esok.

Ops! gambar pertama itu gambar hiasan aje. Ini baru betoi nama dia Ustaz Badrul Amin. Meh layan video 'bapak setan' dia pulak meh




uuuuuuuuuiks.....
pakai kopiah, lawa, suci, sejuk mata memandang, Muslimnyeeeee....
Tapi kantoi BERKHALWAT la pulak.....
Apa cerita ini.....

Badrul Amin ditangkap khalwat bersama pasangannya yang bernama Zatiwani yang berkerja sebagai juruteknik di Kolej Komuniti Rompin Pahang. Zatiwani juga merupakan Isteri kepada seorang lelaki bernama Fazli Pungut.

Friday, February 24, 2012

Tun Mahathir suruh Anwar pakai otak bukan cari publisiti murahan???



Pada sidang akhbar, sejurus selepas tamatnya program Bicara Minda Bersama Tun M - Transformasi Kepimpinan Belia Meniti Cabaran Wawasan 2020, Tun M ditanya oleh seorang wartawan berkenaan dengan cabaran debat oleh Anwar Ibrahim terhadap DS Najib, berhubung dengan isu pelaburan asing dan keadaan ekonomi dunia.

Apa Tun M jawab?

"Wasting of time!". "Ini kerana DS Najib ada pandangan, dan Anwar ada pandangan tersendiri. Yang penting, pelan ekonomi negara sedang berjalan".

Begitulah mudahnya Tun M menjawab. Bagi GT, cabaran ini hanyalah cara untuk Anwar meraih populariti murahan. Dan janganlah hendaknya DS Najib membuang masa melayan manusia meroyan itu.

Andai benar hebat, Anwar seharusnya menyelesaikan janji-janji pilihanraya 2008 Pakatan di Selangor. Bukankah Anwar dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor? Harta anak syarikat negeri habis terjual, nilai simpanan tunai semakin merosot, pelaburan asing semakin menurun.

Cuba pulihkan Selangor dahulu. Jangan cakap tarak serupa bikin! :-Gerakan Timur

Hilmi Balak si Eli hidup mewah di Indonesia? "makan tanggung berak cangkung "

KUALA LUMPUR – Kesukaran hidup dan keaiban yang dilalui oleh Hilmi Hazimin Malek dan bekas kekasihnya, Elizabeth Wong dipercayai berpunca daripada permainan kotor politik Pakatan Rakyat sendiri.


Hilmi yang menjadi buruan polis Kuala Lumpur sejak 2009 bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar-gambar bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan itu bagaimanapun tidak tahu siapakah musuh dalam selimut yang menganiayanya itu.


“Saya tidak menolak kemungkinan ada musuh dalam selimut yang menyimpan dendam atau dengki kepada saya atau Eli (panggilan untuk Elizebeth).


“Namun saya tidak tahu siapakah orang itu dan motif mereka bertindak begitu,” kata Hilmi yang enggan mengulas lanjut mengenai dalang itu. - KOSMO, 23 Februari 2012.


Kes yang tergendala sejak 16 Februari 2009 mampu diselesaikan oleh PDRM dengan seberapa segera setelah Hilmi Malik diekstradisi kembali ke tanah air.

Kes ini bakal membongkar siapa sebenarnya yang menyebarkan gambar-gambar porno Elizabeth Wong selama ini.

Kes ini juga bakal membongkar Exco Selangor ini pernah didera dan dipukul oleh Hilmi Malik.Paling penting, siapa dalang PKR yang membiayai sepenuhnya perbelanjaan sepanjang berada di Indonesia.- Gelombang Wangsa Maju

Thursday, February 23, 2012

Pasir Selangor kena telan dek batu belah batu bertangkup

 Kerajaan Negeri yang bersikap ‘double standard’ kerana apabila ada kes melibatkan bekas pemimpin BN, Selcat telah dijalankan secara terbuka tetapi bila ada dakwaan penyelewengan melibatkan pemimpin pakatan pembangkang semuanya ditutup.

“Apabila kes tidak diselesaikan Selcat, sudah tentu isu pasir tidak boleh dibangkitkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri. Apakah Selcat ini ditubuhkan hanya untuk mencari keburukan dan kelemahan pemimpin BN sahaja, tetapi apabila melibatkan pemimpin pakatan pembangkang semuanya didiamkan?” katanya.

Terdedahnya 'linking' dalam pentadbiran negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Khalid Ibrahim.

Baru sepenggal memerintah kerajaan negeri penyelewengan berlaku merata-rata. PR yang kononnya 'bersih' dari segala kotor nampaknya hanya cakap kosong semata-mata. Kata orang Cina, "Cakap tak serupa bikin".

Eh Eh kenapa cerita pasal PASIR tapi taruk gambar 'cute' Eli Wong?
SUPAYA kita JANGAN LUPA kepada Yang Berhormat yang 'bermoral' ini.
Gambar Bogel, Hilmi, PKR, Dokumen palsu, Indonesia, adoi... semakin parah PR ini...

Kapal Israel??? Ini Jawapan untuk kaki fitnah !!!


Kumpulan kira-kira 80 orang (BETUL ke tu... hahaha) yang diketuai Ketua Penyelaras Jingga 13 Fariz Musa itu berhimpun sejam sambil melaungkan slogan anti-Israel.

Perhimpunan itu berlangsung aman dan hanya diperhatikan kira-kira 20 anggota polis yang bertugas.

Turut kelihatan Naib Ketua Pemuda PKR Azmizam Zaman Huri dan aktivis popular siswa Adam Adli.Fariz ketika dihubungi selepas itu berkata, perhimpunan itu dianjurkan hari ini kerana mereka mendapat maklumat terdapat lagi kapal dari Israel yang berlabuh di situ hari ini.

"Kita kesal dengan hubungan dagang ini kerana ia seolah-olah membantu negara haram Israel membeli peluru bagi membunuh rakyat Palestin," katanya.

Katanya, banyak lagi perhimpunan akan diadakan selepas ini, bermula dengan perhimpunan di kedutaan Palestin pada 29 Februari. - Malaysiakini, Jimadie Shah Othman, 6:31PM Feb 22, 2012


Puak PR, Belajar dulu ilmu perkapalan secara mendalam sebelum membuat kenyataan bodoh. ishk ishk ishk, kuat sungguh membuat cerita fitnah juak juak PR ini...
Kepada kaki fitnah PR, Nah... Ini Jawapan kepada fitnah yang kalian canang itu... Dan lagi satu, JANGAN DIAM membisu pula sepertimana isu-isu terdahulu yang mana apabila dapat dijawab mereka terus lari balik kampung !




 

Khalid RAJA PASIR bisu

 Agaknya Selcat dah lupa beberapa perkara. Pertama Selcat harus menjemput 9 orang kakitangan yang dipecat kerana merekalah first level yang patut dipanggil kerana dipecat selepas mengadu berlakunya penyelewengan di dalam KSSB. Betul kata Suhaimie Kota Raja bahawa mereka dipecat atas alasan disiplin tetapi itu semua hanya satu strategi untuk membuatkan mereka terkeluar daripada KSSB.

Kedua adalah krebiliti SELCAT itu sendiri, Hasan Ali ketika menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor pernah mempertikaikan kreabiliti SELCAT. Klik

Ketiga apakah yang mampu dibuat oleh SELCAT sekiranya terbukti ada penyelewengan berlaku? Selcat ini wujud hanya untuk menjaga kepentingan kerajaan negeri Selangor dan juga mencari kesilapan orang lain. Natijahnya mereka sendiri tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman terhadap sebarang dakwaan.

Keempat adalah Khalid Gagap masih belum menjawap apa bentuk tindakan yang akan diambil oleh beliau andai terbukti wujud penyelewengan di dalam KSSB. Noh Omar memberi 3 tindakan yang perlu diambil.Pertama MB akan letak jawatan, Keduanya memecat Exco dan Adun yang terlibat dan ketiga membubarkan dun Selangor.

Aku yakin Noh Omar tidak takut untuk memberi kenyataan tetapi apa yang penting adalah kreabiliti badan induk tersebut untuk menjatuhkan hukuman. Noh Omar mahu Selcat diteruskan bukan bermakna dia mengakui kreabiliti Selcat tetapi mahu supaya rakyat tahu bahawa Selcat hanyalah satu jawatankuasa menjaga kepentingan kerajaan PKR Selangor. Walaupun ada 2 wakil BN didalam Selcat tetapi sebarang keputusan akan dibincang terlebih dahulu sebelum di bentangkan ketika prosiding Selcat. - KitaGempur.com

Wednesday, February 22, 2012

Mari-Mari !!! Majlis Bersama Bapa Pemodenan


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) akan menganjurkan Program Bicara Minda bertemakan Transformasi Kepimpinan Belia: Meniti Cabaran Wawasan 2020. YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersetuju untuk menyampaikan ceramah sepertimana berikut:

Untuk makluman, program ini dapat memberi kefahaman terhadap konsep kepimpinan yang efisien dan berketerampilan dalam menghadapi arus perubahan perdana di samping membuka ruang perkongsian pengalaman dan penetapan hala tuju antara tokoh pemimpin negara dan peserta.

sehubungan dengan itu, MBM ini berbesar hati menjemput YB/Dato/Saudara/Saudari. Peserta yang dicalonkan diharap memenuhi kriteria berikut :
i. Pemimpin belia yang berumur 18 hingga 40 tahun.
ii. Pemimpin yang memegang jawatan dalam pertubuhan belia di pelbagai peringkat.


ATURCARA
PROGRAM BICARA MINDA
BERSAMA YABHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Tarikh : 24 Februari 2012 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tgh.
Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur

>MASA ACARA
8:00 pg Pendaftaran Peserta & Sarapan
9:00 pg Ketibaan Tetamu Jemputan
9:20 pg Ketibaan YB. Timbalan Menteri Belia dan Sukan I & II
9.25 pg Ketibaan YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia
9.30 pg Ketibaan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana
9.40 pg Nyanyian Lagu Negaraku
9.45 pg Bacaan Doa
9:50 pg Aluan oleh: YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek Menteri Belia dan Sukan Malaysia
10:00 pg Program Bicara Minda oleh: YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana
“Transformasi Kepimpinan Belia: Meniti Cabaran Wawasan 2020”
11:00 pg Sesi Soal Jawab
12:00 tghari Sidang Akhbar
Jamuan Tengah Hari
Bersurai



Helo Helo Dah dapat sedap, tinggal???

Kita bcakap pasal ketua menteri selangor.
Ops bukan ketua menteri, menteri besar.
Ketua menteri tu kat penang.

Khalid hari ni terduduk dek kerana isu pasir.
Pengbongkaran demi pengbongkaran didedah.
Tedesak punya pasal sampai berlagak hero dan berani memcabar supaya ditunjukkan bukti.

Walhal bukti telahpun didedah sebelum ini.
Noh Omar juga mencabar Khalid jika bukti2 lain didedah, mampu kah menteri besar itu menanggung risiko dengan melepaskan kerusi empuk di kerajaan negeri itu?

Walaubagaimanapun Khalid si menteri besar selangor telahpun diccheck-mate!

Tuesday, February 21, 2012

Pencacai DSAI Solat Sampai Lutut Longlai tapi lupa ambil wudhuk !!!

Pendekar-pendekar tempang PKR tidak buat homework terlebih dahulu sebelum menabur fitnah. Mereka tidak belajar bagaimana untuk mengetahui sesuatu kapal dari negara mana. Itu perkara asas yang perlu diketahui terlebih dahulu.

Boleh diibaratkan seperti orang solat. Apa guna solat berpuluh rakaat sampai lutut lemah longlai dan dahi sampai lekuk, tetapi tidak berwudhu terlebih dahulu sebelum solat ?



Untuk pengetahuan rakyat Malaysia sekalian, untuk entry kali ini kami akan jawab terlebih dahulu pembohongan paling utama pencacai-pencacai PKR sepertimana tulisan yang kami merahkan diatas, iaitu kapal tersebut adalah kapal israel. Kemudian kami akan susuli dengan penjelasan mengenai kehadiran kapal tersebut di Pelabuhan Klang dalam entry seterusnya.
KLIK : www.selangordaily.com

Dokumen DI DEDAH !!!

Hari ini hangat diperkatakan mengenai institusi pendidikan Bumiputera ini.
Seorang yang berjawatan tinggi dikatakan melakukan korupsi?
Benarkah?
Sedangkan seperti yang dilapor portal pembangkang semalam, menyiarkan artikel yang secara terang menafikan.
Erti kata lain, menunjukkan individu terbabit tidak terlibat langsung???
Kenapa portal pembangkang 'back up' mamat ini gila babi?
Siapa mamat ini?
Bagaimanapula dengan dokumen ini?











PARASIT yang ada ini, yang sentiasa berdampingan dengan anak-anak Melayu yang masih belajar, HARUS dan WAJIB ditentang habis-habisan !

Monday, February 20, 2012

Kereta Anwar kena pecah : Siapa dalang. Taliban atau Hammas?

Teori Ahli PKR dan pakatan pembangkang masih ditakuk sama.
Sama seperti dulu-dulu lagi.
Apa yang kena pada parti mereka itu, pasti menyalahkan UMNO.


 Kejadian kereta Anwar yang dipecahkan juga dikatakan dilakukan UMNO.
Mungkin benar dakwaan itu. Dan mungkin tidak.

Tetapi kenapa mereka tidak fikir, mengapa insiden seperti itu berlaku?
Sedangkan sebelum ini mereka bebas berceramah merata-rata tanpa sebarang gangguan?



Kenapa mereka tidak terfikir sejak kebelakangan ini kenyataan Anwar serta kelakuannya mengundang rasa marah rakyat?
Dengan isu Israelnya, agama pluralisme dan macam-macam lagi lah !

Apakah salah jika rakyat mahu melepaskan geram atau marah mereka?
Bukankah ini negara demokrasi?

Baling membaling, campak mencampak juga amalan dan budaya yang sering dilakukan pakatan pembangkang dalam demonstrasi jalanan dan sebagainya yang kononnya melakukan protes kepada negara.
Kini rakyat protes kepada pemimpin mereka, Anwar Ibrahim, apakah itu juga satu kesalahan?

Sunday, February 19, 2012

Macam biasa, Wan Azizah akan cuci segala taik Anwar


Isteri kepada Ketua Pembangkang ini kalau kita lihat, akan menjadi satu mesin atau alat pencuci yang akan mencuci segala najis Anwar Ibrahim yang suka ber#k merata-rata.


Anwar dilihat semakin goyang dek kerana keterlanjurannya di Wall Street Journal.
Mungkin Anwar mahu mengguna 'format' anak Melayu anak saya, anak Cina anak saya, anak India anak saya', tetapi format itu tidak menjadi buat negara barat.

Dan Dr Wan Azizah jugalah yang menjadi mesin pencuci.

Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta Umno dan penyokongnya tidak mempolitikkan kenyataan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa mengeluarkan kenyataan menyokong usaha-usaha melindungi keselamatan negara Israel. - Sinar Harian

 
Inilah yang digelar isteri mithali, akan melakukan apa sahaja demi suami. Tidak perlu dipersoalkan, kerana apa yang dijelaskan oleh Dr Wan Azizah itu hanyalah kenyataan seorang isteri yang mempertahankan suaminya. Sedangkan jika seseorang isteri yang mahu melawat ibubapa kandungnya jika tanpa izin suami pun adalah menjadi kesalahan. Tahniah dan syabas kepada Dr Wan Azizah kerana tabah serta cekal malah begitu sabar kerana mempunyai suami seperti Anwar Ibrahim.



Dalam pada kita bercakap mengenai kenyataan Anwar yang pertahan Israel, jangan kita lupa pada SAIFUL, CHINNA DOLL dan manifesto-manifesto yang hingga kini masih belum mampu ditunaikan. Juga termasuk rakyat-rakyat yang ditipu !

DAP Penang PEROMPAK berprofil tinggi !!!

DAP Penang di bawah ketiak Lim Guan Eng, darah daging Lim Kit Siang dan komunis komunis lain kini digelar PEROMPAK berprofil tinggi.

Mana tak tinggi, hak milik rakyat di Pulau Pinang kini habis disedut kroni kroninya!



Petikan dari blog Dr MiM :

Skandal tanah Bayan Mutiara menjadi satu topik hangat yang bakal menyebabkan Lim Guan Eng tersungkur malu!

Penafian demi penafian serta putar belit Lim Guan Eng tentang isu nilai pasaran komoditi terpenting di Pulau Pinang iaitu kawasan tanah tidak mungkin akan dapat ditutup.

Persoalan nilai RM240 psf yang dipertikaikan tidak mungkin akan terjawab dengan terdedahnya nilai tanah di kawasan berdekatan yang melibatkan syarikat CP Land. - Selanjutnya






Kerajaan Selangor CURI pasir. (Noktah atau simbol ?)

Kerajaan negeri Selangor begitu jelas bersikap 'double standard' dalam banyak hal.
Menurut Noh Omar dalam blognya;

Kerajaan Negeri yang bersikap ‘double standard’ kerana apabila ada kes melibatkan bekas pemimpin BN, Selcat telah dijalankan secara terbuka tetapi bila ada dakwaan penyelewengan melibatkan pemimpin pakatan pembangkang semuanya ditutup

“Apabila kes tidak diselesaikan Selcat, sudah tentu isu pasir tidak boleh dibangkitkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri. Apakah Selcat ini ditubuhkan hanya untuk mencari keburukan dan kelemahan pemimpin BN sahaja, tetapi apabila melibatkan pemimpin pakatan pembangkang semuanya didiamkan?” katanya.

Berhubung isu pasir yang mana MB Selangor, Khalid Ibrahim minta bukti, Noh mengharapkan supaya mahkamah rakyat digunapakai.

Saturday, February 18, 2012

RAKUS!!! Memerintah kerajaan negeri, TANAH SELANGOR 'GHAIB'



- Kehilangan tanah bernilai RM250juta

- Ada kaitan pembabitan beberapa Adun pakatan

- Tanah milik Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB)

- KHSB ditubuhkan pada 2001 dan disenaraikan dalam Bursa Malaysia pada 2003.
Ia merupakan aset hartanah Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB).

-  Pegangan pajak berkeluasan 234ha di Gombak disita oleh Kerajaa Selangor, pemegang saham terbesar dalam KHSB.

- Tanah yang dimiliki SAP Holding Bhd (anak syarikat KHSB) dirampas oleh kerajaan negeri pada Ogos lalu. Tempoh pegangan pajak itu hanya berakhir pada 25 Jun 2090.

- SAP Holding Bhd terlibat dengan beberapa projek pembangunan di Selangor dan syarikat itu mengendalikan pengurusan projek, pembinaan dan pengurusan kelab dan tempat peranginan dan pembangunan hartanah.

- Pengerusi KHSB, Raja Idris Raja Kamaruddin, abang kepada penulis blog, Raja Petra dan Hashim Kamil Harun bertindak sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya. Raja Idris juga merupakan Pengarah KDEB yang diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.



"Saya meninggalkan Anwar kerana.....

Seorang sahabat lama yang mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sama-sama menuntut di Universiti Malaya (UM) tidak lagi menyokong beliau kerana Ketua Pembangkang itu dikatakan cenderung kepada fahaman pluralisme agama.

Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, beliau ‘meninggalkan’ Anwar setelah mendapati Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berpegang kepada fahaman yang boleh merosakkan akidah.




BONGKAR!!! Penyebar Fitnah Najib DIDEDAH !!!

Blog dan lidah lidah pakatan pembangkang riuh rendah dengan gambar DS Najib yang sedang dicalit dalam upacara keagamaan agama Hindu.

Teknik ini berjaya dari segi keseluruhannya akan tetapi tidak pada sudut 'colour tone' yang mana muka DS Najib kelihatan lebih cerah berbanding 'background' yang kelihatan agak kusam atau disebut 'overlight'.

Selain itu jari wanita yang sedang mencalit itu juga mengurangkan lagi peratus fitnah ini untuk berjaya. Antara aktiviti 'crop' mahupun meniru kembali bentuk manusia, bahagian-bahagian kecil seperti jari adalah perkara rumit yang biasa di alami pengguna Photoshop/Illustrator.
Dan perkara ini kita boleh lihat pada jari wanita terbabit yang kelihatan seolah-olah terapung-apung di awangan.

FITNAH kotor seperti ini harus ditentang habis-habisan !
Pencacai Anwar Ibrahim ?!!





Good job pencacai, please try again later...
Pembongkaran awal oleh blog Gelombang Wangsa Maju

Friday, February 17, 2012

SAH!!! Telur Anwar dalam pegangan Yahudi


Bukan niat mahu memerli ahli ahli taksub PKR yang berbangsa Melayu terutamanya, cuma mahu memberitahu yang mana Malaysia bakal menjadi negara pluralisme yang mendokong Israel dibelakangnya jika PR memerintah.


Itu jika. Insyallah, dengan kuasa Allah, perkara itu pasti tidak berlaku.
Apa yang cuba disampaikan, hari semakin hari, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim semakin terdesak mengejar cita-cita peribadi hinggakan perkara yang melibatkan akidah, moral, kemanusiaan dan sebagainya, tidak dipedulikan. Ibrata kata, semua benda dia langgar, dalam usaha mengejar cita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Utusan Malaysia
Ingatlah, Anwar Ibrahim akan melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya baik dari dalam mahupun luar negara.

Dokumen didedah, Khalid runsing

Surat tawaran dari KSSB kepada Jendela Teguh untuk membeli pasir pada harga RM 8.00/tan

Surat ditandatangan oleh pengarah eksekutif KSSB

Persetujuan menerima tawaran

Terdedahnya 'linking' dalam pentadbiran negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Khalid Ibrahim.

Baru sepenggal memerintah kerajaan negeri penyelewengan berlaku merata-rata. PR yang kononnya 'bersih' dari segala kotor nampaknya hanya cakap kosong semata-mata. Kata orang Cina, "Cakap tak serupa bikin".

Laporan polis daripada kakitangan KSSB yang diugut bunuh melalui satu panggilan telefon.

Akuan Bersumpah salah seorang kontraktor pasir yang dipermainkan oleh kakitangan KSSB


Rakyat Selangor terus dibutakan mata dengan pemberian air percuma yang bernilai lebih kurang RM11.00, (kerajaan pusat beri lebih dari itu) BR1M RM500, RM100 untuk anak-anak sekolah, RM200 voucher buku untuk pelajar.

Itulah pakatan pembangkang, telur sebiji riuh sekampung.
Habis seluruh pelusuk ceruk negara mereka bangga kan dengan pemberian 'air percuma' itu.
Dan ini hanyalah untuk menutup 'kebocoran' yang sedang berlaku di Selangor.
Khalid bersama pentadbiran negeri Selangor begitu seronok mengaut keuntungan hasil rompakan pasir. Inikah pemimpin yang dikatakan 'bersih' ?


Kenapa Eli Wong lari dari wartawan ???



Adun PKR Bukit Lanjan, Elizebeth Wong dilihat terus lari dari pihak wartawan.
Apakah yang menyebabkan Exco Kerajaan Negeri pakatan Selangor itu begitu takut?
 
 
Malah beliau terus membisu setelah tercetusnya isu penangkapan kekasihnya Helmi Malik dan pejabat Menteri Besar Selangor pula hanya mengeluarkan kenyataan media sekali sahaja itupun selepas beberapa hari kekecohan tersebut tercetus. Dan apa yang dinyatakan pejabat MB Selangor adalah, akan menyiasat lebih lanjut isu itu.
 
 
 
Kenapa pula Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor begitu mempertahankan Eli Wong?