AdSense

Saturday, March 31, 2012

betapa BEBAS dan DEMOKRASI nya Malaysia ni



klik di sini

Friday, March 30, 2012

Kerajaan Selangor ZALIM undang kemarahan Belia!



ISU KENAIKAN KADAR SEWA KOMPLEKS BELIA SELANGOR KEPADA MBS



1) Majlis Belia Selangor (MBS) yang mewakilli semua persatuan belia di negeri Selangor kesal dan kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor di bawah syarikat milik Menteri Besar Selangor (Perbadanan) iaitu MSNS HOLDINGS SDN BHD yang mengenakan kadar sewa yang begitu tinggi kepada MBS untuk menyewa dan menjalankan aktiviti di Kompleks Belia.



2) Tersergam indah di seksyen 7 Shah Alam, Bangunan Kompleks Belia ini telah dibina pada tahun 2001 oleh Kerajaan Negeri ketika itu. Bangunan serta dewan besar Raja Muda Musa telah terbina atas dasar keperihatinan, pengiktirafan dan wawasan pemerintahan kerajaan negeri akan peranan persatuan-persatuan belia di dalam negeri Selangor. Menjunjung Merapat sembah, sukacita kami maklumkan, penaung kami ialah DYTM Raja Muda Selangor Darul Ehsan, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu melihat aktiviti belia di negeri ini digerakkan secara aktif dengan terbinannya kompleks ini.



3) MBS telah menghuni bangunan kompleks ini dari awal tahun 2001 sehinggalah sekarang. Sebelum tahun 2008, MBS beroperasi di lantai empat dan lima tanpa dikenakan sebarang bayaran sewaan. Akan tetapi setelah kepimpinan kerajaan negeri beralih kuasa, untuk pertama kalinya pihak pengurusan bangunan yang di bawah penyeliaan Setiausaha Kerajaan Negeri telah mula mengenakan sewaan kepada kami dengan kadar RMXXXXX sebulan termasuk elektrik dan air pada <bila bulan tahun> untuk searas tingkat. Tanpa belas kasihan, pihak pengurusan seakan memekakkan telinga mereka menolak rayuan kami agar tidak dikenakan sewa bulanan. Dengan rasa pilu kami terpaksa merela dan melepaskan penggunaan tingkat aras 4 kerana tidak mampu membayar sewa yang dikenakan dan hanya beroperasi di aras 5 sahaja.



4) Sekali lagi kami dikejutkan apabila syarikat pengurusan sekali lagi pada awal 2012 telah menaikkan sewa kepada RM5,280 + RM900 (penggunaan elektrik, air dan sinking fund) dan deposit sebanyak RM10,560 (sewa 2 bulan) yang ditetapkan. MBS adalah persatuan belia, bukan syarikat perniagaan. Daripada mana kami hendak mendapatkan sewa sedangkan kami sendiri tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap.



5) Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, kami teraniaya. Slogan Selangor Negeri Kebajikan dan perutusan “Tabung Warisan Anak Selangor” atau TAWAS oleh Menteri Besar Selangor, “Saya dan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor terus berusaha mengutamakan kebajikan dan kualiti hidup rakyat Negeri Selangor tanpa mengira keturunan, bangsa, agama mahupun dukungan politik”, hanyalah retorik untuk meraih sokongan rakyat.



6) MBS dianak tirikan oleh kerajaan negeri. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Persoalannya sekarang mengapakah Kerajaan Negeri masih menutup telinga dan tidak mendengar permasalahan kami. Sudah terlalu banyak permohonan pengurangan berkenaan sewaan kami ajukan kepada pihak pengurusan tetapi tidak diendahkan.



7) Sejak dari tahun 2008, kerajaan negeri tidak pernah satu sen pun menghulurkan bantuan kewangan kepada MBS mahupun kepada persatuan-persatuan belia di bawah payung MBS. Mengapakah peruntukan kewangan hanya diagihkan kepada pengerak belia tempatan (PeBT), Rakan Muda PBT dan Generasi Idaman Selangor (GeMS)? Di manakan ketulusan dan keikhlasan kerajaan negeri memegang amanah yang suatu masa dahulu melaungkan, “Mewujudkan kerajaan beramanah, adil, bersih dan berkebajikan”?



8) Jika kerajaan negeri betul-betul serius mahu melestarikan persatuan-persatuan belia dan belia di Selangor khususnya, mereka tidak akan mengenakan kos sewa yang tinggi kepada MBS untuk menyewa di bangunan ini dan menggunakan prasarana yang dibina untuk kemudahan belia di negeri ini. Justeru kami mendesak kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mempertimbangkan semua kadar sewa tersebut. Atau tukar sahaja nama kompleks ini kepada kompleks perniagaan jika kerajaan negeri benar-benar mahu memikirkan keuntungan daripada memikirkan aktiviti belia di negeri ini digerakkan.



Sekian.

Terima Kasih.



Badrul Hisham Badrudin

Timbalan Presiden


Sumber : Kita Gempur

Thursday, March 29, 2012

Orang-orang UMNO ni bodoh?

 Sudah sampai masa UMNO ini menunjukkan sikap terbuka dan profesional.
Terutama di kampung-kampung
Usahlah berlagak dengan kereta mewah lagi.
Jangan ditiru cara pemimpin pakatang pembangkang yang berbuat sedemikian.
Bagi mereka, bawak masuk kereta mewah ke kawasan pedalaman secara tidak langsung dapat memartabatkan imej sebagai seorang 'leader'.
Akan tetapi ia akan membuatkan rakyat menyampah jika ia dilakukan pemimpin UMNO.
 Itu adalah persepsi masyarakat.

Dan apabila menyentuh soal keperibadian individu bergelar ahli UMNO pula, berapa ramai ahli cerdik pandai cendiawakan?

Tun Mahathir adalah seorang yang suka bercakap jujur.
Walaupun ia pahit, namun ia harus ditelan.
Perumpamaan, pahit itu ubat. Manis itu racun mungkin perlu dipandang serius oleh kepimpinan tertinggi dalam UMNO.
Jika tidak dapat ditegur sesuatu virus itu, hapuskan saja.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.


"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di Melaka semalam.

Wednesday, March 28, 2012

JAWAB la Azmin please please please kamu jangan 'nakal'...

Salah satu persoalan, menurut Hasan, beliau mahu Azmin menjelaskan dari mana sumber kewangannya bersama isteri untuk membeli saham mencecah RM2juta pada 1992 hingga 1994.

Katanya, Azmin juga perlu menafikan laporan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia S.A Vickneswaran yang mendakwa dia bersama isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham mencecah RM8.5juta pada awal 90-an.

Hasan terus menuntut Azmin untuk menafikan tuduhan adik kandunganya, Ummi Hafilda yang mengatakan dia sudah lapan bulan tidak menziarahi ibunya yang kini berusia 78 tahun dan berada dalam keadaan uzur.

Malah, Hasan berkata, Azmin juga perlu menyahut cabaran para blogger yang memintanya untuk menjalankan ujian DNA ke atas anaknya di klinik diiktiraf kerajaan untuk menentukan kesahihan biologinya.

Menurutnya, beliau mahu Azmin menafikan tuduhan dibuat dalam buku karangan Syed Hussin Al-Attas bertajuk 'Tuhan, Politik dan Seks' yang mendakwa Azmin mengetahui hubungan intim isterinya bersama Penasihat PKR merangkap ketua pembangkang.

Hasan menegaskan, beliau menimbulkan persoalan tersebut kerana padanya Azmin tidak mempunyai 'locus-standi' untuk berbicara mengenai soal intergriti, ketelusan dan soal kredibiliti.
- Sinarharian.com.my 

JAWAB la Azmin please please please kamu jangan LARI...

SIAPA Nalla ni ???

Semua benda dia tahu.
ALAMAK!
Cuak la Anwar Ibrahim selepas ni...
Lepas satu, satu dibongkar oleh Nallakaruppan.

KUALA LUMPUR 28 Mac - Presiden Parti India Malaysia (MUIP) Senator Datuk Nallakaruppan bertegas tidak akan mengubah pendiriannya dalam membuat pertuduhan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa merupakan seorang Biseksual.



Beliau berkata tindakan penyokong Anwar yang telah membuat ugutan terhadapnya agar menghentikan segala tuduhan-tuduhan beliau langsung tidak akan dipedulikan malah telahpun menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis.



Malah Nalla turut membuat satu lagi pertuduhan secara terbuka mengenai hubungan Ketua Umum PKR itu bersama isteri kepada Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.



"Ya. Anwar ada hubungan sulit dengan Shamsidar," katanya pada Sidang Media yang diadakan di sini sebentar tadi. Turut serta bersama Nalla 2 orang peguam yang bakal mewakili dirinya pada kes saman tersebut.



Nalla juga menambah, beliau akan terus mencabar dan menunggu untuk mengadili segala pertuduhan yang beliau lemparkan terhadap Anwar di mahkamah.



Anwar sebelum ini telah menfailkan saman berjumah RM100 Juta baru-baru ini terhadap Nalla yang mengaitkan dirinya terlibat dalam aktiviti hubungan Biseksual.



Ia disusuli dengan laporan polis Nalla kelmarin kerana mendakwa telah diugut oleh sekumpulan penyokong PKR yang mahu beliau menghentikan kesemua pertuduhan yang dilemparkan. - KLPOS

SAH!!! Rafidah Aziz 'comeback'



Semua orang sudah tahu Rafidah ada membuat kenyataan yang pedas antaranya mahu Shahrizat berundur dari menerajui Wanita UMNO kerana isu yang melibatkan suaminya itu.

Makanya beliau berdepan dengan banyak soalan hadirin sepanjang lebih sejam setengah dailog berkenaan berlangsung.

Rafidah tetap dengan stail lamanya...cakap tegak. straightfoward  macam peluru mesingan.

Salah satu soalannya tentulah apakah beliau bercadang untuk membuat comeback memimpin Wanita UMNO?

Cakap-cakap mengenai isu ini sudah pun berlegar.

Malah ketika menjawab soalan ini beliau mengakui ada menerima beberapa SMS yang mempersoalkan nawaitunya mengkritik Shahrizat.

Yang pasti Wanita UMNO tidak perlu merasa ragu pada kemungkinan beliau ada menyimpan hajat untuk masuk gelanggang semula.

"Tidak...tak ada niat..tak ada minat," - itu kata-kata tegas Rafidah menolak dakwaan beliau hendak buat comeback.

Lantas beliau kesal teguran yang dibuat berdasarkan maklum balas dari akar umbi telah disalahtafsirkan, malah ada yang kutuk dan dilabelnya sebagai orang tua tak sedarkan diri.

“Daripada awal saya kata kat Shahrizat, kalau dia fikirkan bahawa dia membebankan parti dan kerajaan, ambillah keputusan supaya parti kita dapat terlepas daripada penjejasan ini.

“Mungkin dia tak nak lepaskan kerana dia anggap ia tak menjejaskan. Itu terpulang kepada orang ramai yang tahu dia untuk memaklumkan. Kalau saya bercakap, lain pandangannya.

Rafidah turut diminta pendapat mengenai tindakan Naib Ketua Wanita, Datuk Kamilia Ibrahim yang turut mendesak Shahrizat meletak jawatan.

“Siapa nak komen, komenlah. Ini negara demokrasi. Saya setuju. Janganlah apabila kita nak komen lain sikit arah alirannya kita pula dikecam. Saya lebih suka bercakap dari hati walaupun benda itu pahit.Ubat biasanya pahit. Racun yang manis,” katanya.Agenda Daily

Tuesday, March 27, 2012

'Spin' Pakatan Pembangkang tak menjadi lagi

Sudah lah tak menjadi, terkena pula pada batang hidung sendiri.
Apa yang berlaku sejak dua menjak ni, memperlihatkan pakatan pembangkang asyik terkantoi aje...
Malu woo...



Anak cina Melaka yang kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang bertanya soalan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop tentang bekas CEO Petronas, Tan Sri Hassan Merican.

Dia punya goreng baikkkkkkkk punya.... 

Puji dan lambung Tan Sri Hassan bukan main lagi, kemudian kutuk kerajaan kerana tak pandai jaga Tan Sri Hassan hinggakan dia terpaksa berhijrah dan kini Singapura lebih menghargai beliau kerana melantik Tan Sri sebagai Pengerusi Singapore Power Limited.

Menteri rileks ja dengar luahan hati anak cina Melaka tersebut. 

Nor Mohd Yakcop bukannya seorang menteri yang bagus untuk bercakap atau berhujah dalam Dewan Rakyat, apatah lagi apabila dia diserang pembangkang. Dia tidak pandai bercakap atau berpolitik tetapi dalam bab kerja dia bagus.

Tapi hari ini boleh dikira sebagai sejarah dalam Dewan Rakyat apabila seorang menteri yang tak pandai berpolitik dengan mudah ja check mate seorang ahli politik yang kaki putar alam.

Menteri kata, dalam tahun 2008 sewaktu YB baru dilantik sebagai KM Pulau Pinang, YB pernah berkata tentang perbelanjaan mewah pegawai-pegawai tinggi Petronas termasuklah penggunaan pesawat Petronas oleh Tan Sri Hassan Merican. 

Boooooooooo....dia kena sorak. Masa tu muka anak cina itu merah padam walaupun dia tersengih-sengih dan bangun lagi untuk bercakap.- RBF Online

Monday, March 26, 2012

Agak-Agak bila UMNO akan tiru gaya PAS ?

Tiru apa?
Gaya pentadbiran?
Bukan.
Gaya berceramah?
Bukan
Gaya Berdemo?
Ya.


Gaya berdemo, cukup sinonim dengan PAS dan Pakatan Pembangkang.
Berdemo kerana tidak puas hati.
Berdemo kerana dendam kesumat.


Apa yang mahu diketengahkan dalam artikel kali ini ialah, gaya orang-orang munafik dalam PAS yang sanggup melibatkan anak kecil mereka ke kancah politik yang mana mereka si anak itu tidak tahu apa itu politik.

Ini berlaku mungkin kerana mereka ahli ahli taksub agama PAS kurang penyertaan dalam kumpulan mereka. Tidak cukup orang yang mahu mengangkat sepanduk barangkali.


Sedih, amat menyedihkan tatkala anak-anak orang lain sibuk mentelaah pelajaran, sibuk membuat ulangkaji, sibuk mengejar kejayaan (dunia dan akhirat), sibuk mencapai cita-cita, anak-anak PAS pula sibuk ditengah panas terik, menjadi pejuang muda yang kononnya membawa ke syurga. Astagfirullahalazim. Umpama lelaki yang belum cukup umur dipaksa melakukan perkara didalam kawalan 18SX.
Lucah, tidak selucah kerakusan Adun Perupok.


Tidak selucah aksi hebat bersama Doll Doll Doll.


Tidak selucah di dalam bilik hotel Swiss Garden.


Apabila disebut, 'paksa', tak ubah seperti rogol.
Biarkan anak anda di'rogol'?

Pengakuan seorang Mahasiswa




Yang menariknya, dalam politik mahasiswa sekarang pun dah pandai lompat 'parti'. Kalau di dalam Politik Mahasiswa dilabel sebagai apa? Salah seorang pendokong Pro Mahasiswa dan pengikut Kumpulan Adam Adli seperti video di atas telah menyertai Pro Aspirasi. Kenapa? Tonton dan sebarkan. Pro Mahasiswa taknak berdemo ke bila ada kawan dah tinggal Kumpulan kamu? Berdemo saja. - Gelombang Rakyat

Cute nye...... Pelapis Anwar Al-Jubs

Saturday, March 24, 2012

Kerajaan Pakatan Rakus semakin SYOK...

Apa mau jadi dengan kerajaan Pakatan Rakus di Negeri Selangor ini?
Publisiti murahan?
Syok sendiri?
Masuk dalam bakul, sendiri angkat?


Eh eh, banner yang bersepah-sepah ditepi jalan ini jika ianya dari Pakatan Rakus, tidak menjadi masalah.
Tidak menjadi isu.
Halal.
TETAPI
Jika ia datangnya dari kerajaan Barisan Nasional maka jadi lah ia sebagai PEMBAZIRAN...
Jadilah ia isu...
Jadilah ia HARAM....

TERIMA KASIH Khalid !
Kasihan Rakyat...


Friday, March 23, 2012

Shahrizat sanggup dikorbankan


"Beliau (Shahrizat) mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai menteri meskipun beliau belum dibuktikan bersalah dari segi undang-undang.

"Tetapi tanggungjawab moral itu disebabkan ia (isu NFC) melibatkan keluarganya.

"Namun atas dasar dan prinsip kita (UMNO) kerana beliau belum dibuktikan bersalah, maka tidak ada sebab jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO harus dikorbankan atau Shahrizat perlu meninggalkan jawatan itu,"kata Najib. - Agendadaily.com

Pendedahan Buat Rakyat : 32 Dosa Kerajaan Negeri Selangor



Berdasarkan kepada bukti-bukti dan beberapa pendedahan tersebut, rakyat Selangor boleh menilai prestasi Kerajaan pakatan pembangkang Selangor selama empat (4) tahun tempoh pemerintahannya. Bukan sahaja gagal menunaikan semua janji-janji PRU 12, tetapi tidak mampu menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kestabilan politik Selangor yang sentiasa bergelora sepanjang pemerintahannya. Jika kerajaan ini terus diberi mandat baru, akan kucar kacirlah pentadbiran negeri. Rakyat berpuak-puak. Kemungkaran berleluasa. Maksiat di sana sini. Matlamat Selangor negeri maju tidak tercapai. Malahan Selangor menoleh ke belakang.

Semua bukti-bukti di atas melibatkan isu-isu pokok iaitu isu kredibiliti Kerajaan, ketelusan, pertanggungjawaban, dan kecekapan selaras dengan prinsip-prinsip tadbirurus baik. Inilah asas-asas perincian kepada keyakinan dan kebolehpercayaan rakyat kepada Kerajaan. THE TRUST ON THE GOVERNMENT terutama yang melibatkan tubuh badan YAB MB dari Ijok yang selalu digembar gemburkan sebagai tokoh korporat berwibawa tapi indah khabar dari rupa.

Difahamkan tidak berlaku banyak interaksi dan dailog terbuka diantara Penasihat Ekonomi Selangor dengan lain-lain Anggota Exco Kerajaan apalagi dengan Ketua-ketua Jabatan serta agensi Kerajaan negeri Selangor. Apa yang berlaku hanya berdua sahaja – antara beliau dan YAB MB. Di mana ketelusannya?

Fikirkan Bersama
Hancur Pakatan!!
Sumber






Thursday, March 22, 2012

Misi Menyelamat Syarikat-Syarikat Kroni, Ini tindakan Kerajaan Negeri

Ada di kalangan kontraktor yang dilantik yang tidak pun mempunyai lori sampah. Mereka angkut sampah dengan menggunakan lori biasa dan air lelehan air sampah jatuh keatas jalan raya serta tidak kurang juga masalah sampah yang diangkut bertaburan.

Untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni yang telah diberi kontrak mengutip sampah dan demi menyelamatkan tembolok juak-juak mereka, kerajaan negeri pula yang belikan lori untuk digunakan oleh kontraktor yang telah diberi kontrak. Ronnie Liu sendiri yang mengakui perkara tersebut.

Wednesday, March 21, 2012

MURTAD : DAP bising PAS bacul

Sidang DUN Selangor gamit dengan kelantangan Hasan Ali dalam isu murtad.
Adun Kg Tuanku yang berasal dari DAP berasa tidak senang tidak suara Gombak Setia itu.
Begitu juga dengan Adun Meru, Abdul Rani.
Apa yang hendak ditakutkan oleh PR ini?


"Meru hanya menyerang peribadi saya semata-mata kerana beliau tidak dilantik sebagai exco (Selangor) selepas saya telah digugurkan"

"Beliau harus berjumpa dengan seorang pakar psikologi untuk mengubati masalahnya," katanya sambil disambut dengan tepukan beberapa ADUN yang menyokongnya.

Tuesday, March 20, 2012

Tender diberi secara terus !!! Apa muslihat???


RPK juga pernah menggunakan artikel 'No Open Tenders : MCA Files Report' dari portal ini dalam mendedahkan penyelewengan projek yang diberikan terus tanpa tender oleh Khalid Ibrahim & Co.

Rakyat pasti tertanya-tanya gerangan apakah yang menyebabkan portal ini memadamkan artikel ini? Apa sebenarnya kandungan artikel ini sehingga dipadamkan oleh portal Free Malaysia Today?

Barangkali artikel ini dipadamkan bagi mengalih perhatian sidang DUN Selangor yang sedang berlangsung ketika ini. - Gelombang Wangsa Maju

Hilang Akal Kerana Undi Bukan ISLAM : YDP PAS sembahyang dalam tokong???

Apa sudah jadi dengan orang-orang PAS ni?
Gila ka apa???
Tahu la pilihanraya sudah dekat.
Janganlah kerana UNDI, Aqidah sanggup dikorbankan!



Itulah yang berlaku apabila Timbalan Yang Dipertua PAS Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Pertubuhan Pertahankan Tanah Warisan Kita, Ishak Surin, 75, menunjukkan perangai talam dua mukanya terhadap umat Islam. ‘Ajaran’ yang ditunjukkan oleh Ishak Surin nyata merupakan satu bidaah besar yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin muktabar Islam, baik dari zaman Nabi s.a.w sehinggalah ke mutakhir ini, kecuali yang melibatkan golongan yang menyokong liberalisme, pluralisme dan moderat keterlaluan.


Monday, March 19, 2012

PANASSS!!! Anwar dicabar pakai SKIRT !!!

Semakin hari Anwar tak senang duduk.
Semakin panas punggung dek kesilapan-kesilapan silam

Anwar mungkin hari ini menyesal dengan penafian yang pernah dibuat.
Anwar mungkin juga perlu bersiap sedia untuk meminta maaf kepada para wartawan yang pernah diherdik, dimaki dan yang paling utama beliau perlu bersiap sedia untuk meminta maaf keatas penipuannya kepada rakyat Malaysia.

Sahabat Anwar sejak 30 tahun lalu hari ini sekali lagi membuat pendedahan, siapa Anwar yang sebenarnya. Ini dilakukan hanya untuk memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia.
 
Pengerusi Malaysia United Indian Party (MIUP) Dato' Nallakaruppan tidak gentar jika Ketua Umum Pembangkang itu mengambil tindakan saman ke atasnya atas pendedahan yang dilakukan.

Anwar Biseksual : Dato' Nalla cabar Anwar untuk mengheretnya ke mahkamah.
Apakah Anwar yang dikenali sebagai kaki saman itu akan berani menyahut cabaran bekas orang kanannya itu?

DEDAH!!! Nikmat Anwar di Kota Bangkok

Ada yang kata mengapa perlu diaibkan Anwar Ibrahim dengan mengeluarkan video seks nya. Ada yang kata video tersebut tidak patut dikeluarkan kerana menjatuhkan maruah Anwar Ibrahim. Macam macam pihak yang menghalang video Seks Anwar Ibrahim dari tersebar malah dari kalangan pihak pro kerajaan juga ada yang menentang.


Tak kurang juga ada dikalangan Blogger pro UMNO ataupun yang bernaung dibawah UMNO menolak mengeluarkan video seks Anwar Ibrahim kerana beranggapan Video Porno Anwar Ibrahim tidak patut dimainkan dalam media maya. Emmmm itu kata mereka. Kata Gomo pulak?


Rakyat perlu sedar bahawa yang bakal menjadi Perdana Menteri adalah Anwar Ibrahim jika pakatan PAS,DAP,PKR menang pada PRU13 nanti. Apakah kita ingin rakyat yang tidak sedar siapa Anwar Ibrahim ini ditipu dengan memberikan sokongan kepada seorang Bakal Perdana Menteri yang mempunyai masaalah moral? - Papa Gomo


Sunday, March 18, 2012

Najib tak sama dengan Anwar



"Kita mesti konsisten. Bila kita kata kita mengamalkan demokrasi dan kita bersifat terbuka, yang mana dia selalu salahkan kerajaan dengan mengatakan kerajaan (Barisan Nasional) tidak demokratik dan tidak terbuka.

"Tetapi sebenarnya, kalau kita lihat dari segi tindakan mereka seperti tidak membenarkan sesetengah akhbar serta mengharamkan menghadiri persidangan akhbar mereka, apakah itu konsisten dengan apa yang diluahkan mereka selama ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wan Hwa 2 yang bernilai RM9 juta di Mengelembu dekat sini, hari ini.- House PK

Saturday, March 17, 2012

Apa pencacai Anwar masih belum nampak atau

Belum nampak atau sudah nampak tapi buat tak tahu kerana gelap mata dengan kemewahan dari Yahudi?
Yahudi memang lah banyak duit
Tetapi maruah negara bolehkah dibeli?
Berapa harga sebuah negara bernama Malaysia, termasuk mak ayah anak dan isteri/suami ?
Sudah bersedia untuk bertuan kan Yahudi?

DEMOKRASI : Anwar penakut - Raja Petra

Anwar Ibrahim cukup tidak berani berhadapan dengan RPK lalu menghubungi Wikileaks dan meminta supaya Raja Petra dikeluarkan dari forum yang akan dilakukan secara live ini, bersama-sama dengan pengasas Wikileaks Julian Assange. - Gelombang Wangsa Maju

Friday, March 16, 2012

SAMAN : Noh Omar tak main-main

Ini orang UMNO, Barisan Nasional semakin berani dalam mempertahankan hak !
Dulu kononnya UMNO, Barisan Nasional dijaja dengan nama 'penfitnah'
Fitnah itu fitnah ini
Hakikatnya hari ini, orang-orang pembangkang lah yang sedemikian rupa.
Pelbagai fitnah direka semata-mata mahu memburukkan UMNO, Barisan Nasional.
Tindakan Noh Omar yang dilihat antara pemimpin UMNO, Barisan Nasional yang 'alert' dengan sebaran fitnah pembangkang.

Perlu diingat bahawa PR dewasa ini sedang giat menjalankan kegiatan memburukkan pemimpin UMNO, Barisan Nasional. Dan oleh yang demikianlah wahai pemimpin UMNO, Barisan Nasional perlu berhati-hati dan ALERT dengan usaha jahat itu.

Usah dibiarkan dakyah busuk seperti itu mendapat tempat dihati masyarakat.
Jangan terlalu leka di kerusi yang diduduki sekarang kerana PR akan tidak memberi peluang.
Seperti orang gila yang akan 'buang' merata-rata, dan jabatan/majlis perbandaran lah yang akan membersihkannya.

Dalam erti kata lain, UMNO, Barisan Nasional perlu ajar PR supaya tidak sesuka hati membuat busuk.

Dan oleh yang demikian, eloklah diajar mereka ini dengan SAMAN!
Mungkin bagi mereka nilai wang ringgit tidak menjadi masalah dek kerana 'fund' yang melimpah limpah dari 'founder' yang kita sedia maklum datangnya dari PKR, dan asalnya dari Yahudi, tetapi sedikit sebanyak dan secara tidak langsung memberi tauladan buat orang-orang PR yang lain, yang mana membawa maksud, membuat cerita dan fitnah itu adalah satu KESALAHAN !