AdSense

Thursday, May 31, 2012

Kalau puak tu main lagi isu lama ?

Isu NFC.
Puak puak pakatan haramjadah tu pasti akan terus bermain isu lama.
Dikhabarkan Shahrizat Jalil TIDAK TERLIBAT DALAM KES NFC !



Ia disahkan oleh SPRM sendiri.
Tetapi ia tidak akan berlalu begitu sahaja.
Pergi saja ke mana mana ceramah pakatan haramjadah baik ketua umumnya Anwar Al Jubs atau mana mana ceramah pembangkang, mereka sentiasa konsisten dengan bermain dan menyalak isu LEMBU.

Kononya UMNO dan Barisan Nasional mengamalkan rasuah.
Hakikatnya tidak sama sekali.
Benar, pakatan haramjadah ini sedaya upaya menimbulkan persepsi yang kononnya kerajaan BN ini sebagai kerajaan rasuah.

Ini kerana mereka pakatan haramjadah ini BANKRAP ISU !

Sekarang, SPRM sudah mengesahkan Shahrizat tidak terlibat dengan kes NFC.
Tetapi jangan kita hairan jika dalam ceramah pakatan haramjadah akan terus mendendangkan isu sama.

Ingat, PAS PKR DAP BANKRAP ISU !

Padan muke Mak Lampir!

KUALA LUMPUR 31 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminda pernyataan tuntutan samannya terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.Hakim Vazeer Alam Mydin Meera membuat keputusan itu berikutan tiada bantahan daripada Zuraida dan Mohd Rafizi.Shahrizat diwakili peguam Datuk Ahmad Redza Abdullah manakala Zuraida diwakili peguam Razlan Hadri dan peguam Ranjit Singh bagi pihak Mohd Rafizi.Pada 19 Jan lalu, Shahrizat memfailkan saman terhadap Zuraida dan Mohd Rafizi berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah beliau berhubung isu projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).Shahrizat menuntut ganti rugi am sebanyak RM50 juta dan RM50 juta lagi bagi ganti rugi teladan dan teruk daripada kedua-dua defendan.    Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau dengan cara penerbitan terhadap beliau berhubung National Feedlot Corporation Sdn Bhd atau syarikat-syarikat bersekutunya.Ketua Wanita Umno itu mendakwa kedua-dua defendan secara sistematik dan berniat jahat melancarkan satu kempen untuk 'serang, mencemarkan nama baik, memburuk-burukkan dan memfitnah plaintif' dengan menyebarkan dakwaan mengandungi fitnah terhadap beliau.Perbicaraan kes saman tersebut ditetap pada 6 dan 10 Ogos - KL POS

Wednesday, May 30, 2012

Betul ke?

Betul ke ni? Raja Petra cakap dia ada fail sulit pasal Azmin? Betul ke ni? Salah satu dokumen itu menunjukkan Azmin menerima elaun bulanan iaitu sebanyak RM15, 000 daripada Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan. Dokumen lain pula menunjukkan Azmin memiliki saham, rumah dan kereta yang bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai. Cek tersebut dikatakan telah mengalir melalui Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin. RPK mendakwa kertas siasatan dan fail terbabit adalah mengenai Azmin yang merupakan setiausaha sulit kepada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menegaskan fail terbabit menunjukkan dakwaan pelbagai transaksi saham, hartanah dan kenderaan bernilai jutaan ringgit.

Tuesday, May 29, 2012

Amy Search tolak syurga Nik Aziz!


Syukur alhamdulillah setelah sekian lama berkecimpung dalam dunia seni akhir Amy Search sedar maksud sebenar lagu yang dipopularkan kumpulan itu, ISI DAN KULIT. Sebelum ini ahlul bahlol dalam PAS berasa bangga dan angkuh yang kononya Amy Search telah menyerah borang keahlian sebagai ahli PAS. Nik Aziz yang kononya menitiskan air mata tatkala mendengar kesyahduan suara lagenda itu.
Tetapi ternyata Amy adalah seorang yang waras dengan masih mempercayai Allah untuk menjaminnya SYURGA. Bukan dengan masuk ahli PAS. Syukur kerana suatu ketika dahulu Amy kelihatan begitu rapat dengan Niz Aziz. Tetapi beliau berjaya keluar dari dakyah politik yang melacurkan agama demi kuasa. Amy berjaya, Bob Lokman terus dalam dunia khayal syurga jaminan PAS itu.
Amy Search, Mus May, Jamal Abdilah, Ibnu Reza sertai UMNO kerana mereka sayangkan negara mereka. Mereka tak sanggup agama, bangsa dan negara mereka dilacurkan!

SAH! Orang Pakatan Haram tak tau guna platform yang ada!

Dalam pakatan haram ni dia orang hanya tau melolong memekik tepi jalan.
Dia orang mana tau pakai platform yang terbuka luas.


Sebenarnya, dia orang ini tak tahu apa itu demokrasi.
Apa itu kebebasan bersuara.
Yang dia orang tau hanya memikik melolong tepi jalan, tengah jalan.
Dia orang semua sudah di asuh untuk menjadi kurang ajar dan biadap oleh Bapa Kehancuran, Anwar Ibrahim !

Monday, May 28, 2012

Tunku Aziz meroyan lagi

Bekas orang kuat DAP yang satu satu nya dari kalangan berbangsa Melayu ini meroyan lagi?
Sudah keluar parti, diam diam saja lah...

Tapi itu bukan prinsip orang lama atau 'otai' ini.
Dia akan cakap selagi boleh bercakap.
Dia akan bersuara selagi boleh bersuara.

Benar kata nya, DAP memutar belitkan kenyataan beliau mengenai BERSIH.
Tunku Aziz sokong BERSIH yang kononnya memperjuangkan pilihanraya adil bagaimanapun menolak perkara-perkara yang mengajak rakyat ke jalanan dengan mengadakan rusuhan.

Prinsip Tunku itu ada benara dan ada tidak nya.
Tapi dah dia ini jenis yang berprinsip.
MEMPERJUANGKAN PILIHANRAYA ADIL ?
Bagi Suara Lensa, pilihanraya di Malaysia ini sudah adil dah...
Takkan bila Pakatan Pembangkang menang baru lah nak kata pilihanraya itu adil?

Hanya kerana Khalid, semua ditimpa musibah

Semua akan ditimpa musibah hanya kerana seorang Menteri Besar yang ego lagi bongkak dan pembohong itu siapa lagi kalau bukan Khalid Ibrahim

Khalid Ibrahim yang rakus ini sanggup ketepikan hak rakyat!



Petikan dari blog RBF Online :

Sebab apa mereka tak malu berbohong ? Sebab ianya sudah menjadi amalan mereka. Itu rutin tetap atau makanan harian mereka.

Manusia jenis Khalid Ibrahim adalah manusia yang bodoh sombong.
Cuba anda ingat kembali kes perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor satu masa dulu.
Undang-undang dah terang dan jelas bahawa kuasa perlantikan adalah kuasa persekutuan. Tapi dia tetap berkeras juga mengatakan dia ada kuasa untuk lantik.

Berapa lama perkara itu ding...dong...ding...dong....sampai lumat Datuk Khusrin dikerjakan puak-puak PKR,PAS dan DAP.

Oleh kerana sikap bodoh sombong yang tebal dalam dirinya dia panggil pula sidang Dun khas untuk pinda undang-undang tubuh negeri.

Dia tahu yang kerajaannya tidak ada majoriti 2/3 dalam Dun dan usulnya itu tidak akan berjaya.
Tetapi dia tetap berkeras nak adakan juga. Akhirnya apa jadi ? Semuanya sia-sia,masuk angin keluar asap. Kalau bukan bodoh sombong apa yang kita boleh panggil ? Bodoh piang ?

Begitu juga dalam isu Loji Langat 2 sekarang ini.
Beberapa hari lepas Datuk Noh keluar kenyataan yang mengatakan rizab air terawat sekarang ini berada di paras kritikal.

Kemudian dia tempelak Datuk Noh dengan mengatakan air di Selangor masih banyak lagi dan Lembah Klang tidak akan hadapi krisis air dalam masa setahun dua ini.

Keesokan hari Datuk Noh sekolahkan dia balik. Datuk Noh bercakap pasal air yang dirawat. Khalid pula bercakap pasal air yang masih kotor di empangan.

Sekarang ini masalah di Selangor adalah masalah loji untuk merawat air sebelum dibekalkan kepada pengguna. Yang kerajaan pusat sedang berlawan dengan kerajaan Khalid sekarang adalah tentang pembinaan LOJI di Hulu Langat untuk merawat air. Kerajaan pusat bukan bercakap pasal EMPANGAN.

Bila Datuk Noh cabar dia minum air di empangan yang masih belum dirawat, dia pusing cerita pula suruh Datuk Noh jangan sibuk hal air dan jaga kementerian sendiri.
Dah malu lah tu....
MB apa kalau air terawat dengan air yang belum dirawat pun tak tahu ?

Dia nak perleceh Datuk Noh sebagai Menteri Pertanian kononnya tak tahu apa pasal air dan dia sebagai MB lebih tahu.
Sekarang siapa yang cerdik dan siapa yang bodoh ?
Dia ingat nak tunjuk cerdik ,rupanya kebodohan yang terserlah.

Kerana sikap keras kepala dan bodoh sombong Khalid,percayalah satu hari nanti kita semua akan menghadapi masalah air di Lembah Klang.

Sunday, May 27, 2012

Mesej Jelas buat Ketua Huru Hara

Ketua Huru Hara?
Siapa?
No 1 sudah tentulah Anwar Pembohong
Tetapi sempena dengan Hari Belia Negara, kita cakap pasal belia lah.
Ketua Huru Hara dalam kelompok belia siapa?


Ya tepat sekali, si biadap Adam Adli dan sekutu, (SMM) Solidariti Mahasewel Malaysia.

Dipendekkan cerita,
Puak-puak yang suka pada huru hara seperti si biadap Adam Adli dan mahasewel yang lain perlu sedar yang mana ideologi kotor yang telah diracuni dalam badan mereka oleh pemimpin jijik dalam pakatan itu sudah hampir ke penamatnya.



Puak puak kurang waras seperti si biadap Adam Adli itu juga perlu menerima kenyataan yang mana majoriti golongan belia dalam negara menolak agenda kotor yang menjadi perkara asas dalam kelompok pakatan pembangkang itu.


Ini dia mesej positif buat Si biadap Adam Adli dan sekutu.

Saturday, May 26, 2012

PAS Hulu Langat memulakan proses Muzakarah ?

Ada dikalangan pembangkang yang menolak program kerajaan pusat, TIDAK MASUK AKAL !
Benda yang baik kenapa perlu ditolak?
Hanya kerana perbezaan politik.

Petang tadi kelihatan Ahli Parlimen Hulu Langat dari parti PAS melawat karnival Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya.

Apakah ini titik-titik permulaan ke arah Muzakarah PAS-UMNO?
Atau YB tersebut hanya menjadi 'spy' untuk Nik Aziz?
Mahu mengorek formula 'bagaimana kerajaan mampu mendidik anak muda ke arah perkara yang positif'?

Friday, May 25, 2012

Thursday, May 24, 2012

Hattan ajak golongan muda jauhi keganasan.

Himpunan Jutaan Belia yang masuk hari kedua hari ini turut kelihatan rockers tanahair, Hattan. Tetapi kali ini beliau tidak membuat persembahan rock semata mata tetapi berdakwah dengan mengajak belia ke arah kebaikan.

Pendapat songsang yang mengatakan himpunan ini membazir adalah pendapat busuk sama sekali. Mereka terutama di kalangan pembangkang ternyata gagal untuk memburuk inisiatif kerajaan yang prihatin terhadap golongan muda.

Slot : Borak-borak Kopi O Biskut Kering.
Moderator : Saudara Fairul.
Panel 1 : Anas Azizul (Pengerusi Gerak Dakwah Gerakan Belia 4B Malaysia)
Panel 2 : Sham Kamikaze.
Panel 3 : Datuk Hattan.

Mahasiswa Bijak

inilah mahasiswa bijak. Mahasiswa dari UITM ini sedang beraksi dalam food drawing. Inilah bakal pelapis negara yang berguna. Himpunan Jutaan Belia memupuk budaya positif dikalangan remaja.

Kerajaan Malaysia tak sepatutnya saman Ambiga!

Kerajaan Malaysia memang tak patut menyaman Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga dan sekutunya. RM122 ribu untuk charge kerosakan harta benda dan ketenteraman awam? Juga kerana mencalar imej negara Malaysia.
Sebaliknya, kerajaan Malaysia perlu menyaman organisasi haram itu dengan nilai yang lebih tinggi! Suara Lensa secara peribadi, jumlah ribu itu perlu ditukar kepada JUTA. RM122 juta! Ini supaya tiada lagi pihak yang cuba menghuru harakan negara yang aman ini! Bagi Suara Lensa juga, nilai yang celah gigi buat organisasi haram yang berpengkalan di negara Yahudi seperti Bershit itu perlu diberi peringatan keras!

Wednesday, May 23, 2012

Orang Selangor nak mandi kena datang KL ?

Isu masalah air di negeri pemerintahan pakatan di Selangor kita lihat semakin kronik.
 
Dek kerana politik Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar sanggup mengenepikan hak rakyat.
 
 
 
Petikan dari Blog Sahabat Gunung :
 
“Kekurangan reserve air menyebabkan pembinaan 129 kilang diluluskan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) membabitkan pelaburan 3.8 bilion tidak dapat diteruskan di negeri itu kerana kekurangan air. Keadaan itu menyebabkan rakyat Selangor secara tidak langsung kehilangan lebih 12,000 peluang pekerjaan ditawarkan, jika kilang terbabit dibina. 
 
“Kerajaan negeri hanya pentingkan politik. Contohnya (dalam isu) cukai pintu juga, mereka janji (masa pilihan raya umum) nak turunkan tetapi kadar (cukai pintu) naik,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Banjir Fasa 2 Dewan Undangan Negeri Batang Kali Kelab Putera 1Malaysia di sini pagi tadi.
 
Turut hadir Ahli Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan; ADUN Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim; ADUN Hulu Bernam Datuk Mohamed Idris Abu Bakar; ADUN Kuala Kubu Baharu, Wong Koon Mun dan Presiden Kelab Putra 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang menyampaikan sumbangan dapur dan tilam kepada 870 keluarga mangsa banjir di kawasan itu.
 
Mengulas lanjut, Noh berkata Kerajaan Negeri Selangor seharusnya berhenti mempolitikkan isu penstrukturan semula industri air dengan meneruskan pembinaan Loji Air Langat 2 yang tertangguh pembinaannya sejak 2010 bagi memastikan krisis air tidak berlaku.
 
Katanya, Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu mengutamakan kepentingan rakyat serta tidak mentadbir negeri itu seperti sebuah syarikat yang mementingkan keuntungan tanpa mengambil kira tanggungjawab sosial kepada rakyat.
 
Sehubungan itu, Noh mengulangi cabaran kepada Abdul Khalid untuk mengemukakan jaminan dan bukti bahawa krisis air tidak akan berlaku seperti dijangkakan.
 
“Sehingga hari ini (ekoran penangguhan pembinaan Loji Air Langat 2), kerajaan membelanja RM600 juta bagi projek mitigasi air di negeri Selangor,” katanya.

Debat GAGAL, Penyokong Rafizi Emosi

Malam tadi semua maklum, Debat antara KJ sama Rafizi.
Dianjurkan oleh Sinar Harian dengan disaksikan secara langsung di Astro Awani.


Semua dapat tengok macam mana Rafizi tak fokus pada tajuk debat itu sendiri, pasal PTPTN.
Dia ambil peluang yang ada dengan cuba untuk menggunakan sentimen yang tidak kena mengena dengan hal mahasiswa.

Pasal lembu lah, pasal NFC lah, pasal bapak mertua lah (Pak Lah),
Ini bukti suara pakatan hanya bermain dengan emosi.

Walhal persoalan mengenai janji pakatan dalam manifesto lepas yang ingin memberi pendidikan percuma di tahap tadika pun tidak terlaksana !

Forum debat yang ada hanya digunakan seolah-olah pergi ceramah maki maki yang PAS PKR selalu buat tiap-tiap malam.

Walaubagaimanapun, setiap tohmahan dan cerita buruk tu dijawab dengan 'cool' oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Dan bila dilihat pada komen-komen cybertrooper PR pada artikel portal dan blog pro BN (yang memainkan isu debat ini), malah di laman You Tube sekalipun,  rata-rata dari mereka cuba lagi bermain emosi sepertimana dilakukan Rafizi malam tadi. Mereka cuba lagi spin sedaya upaya.

Dah nama pun LIVE, lintas langsung, maka nya sukarlah pihak cybertroopers PR nak menjalankan agenda jahat mereka. Setakat spin gitu-gitu aje lah. (kita kena faham mereka adalah pencacai, sorry, pekerja untuk pakatan pembangkang)


Kesimpulannya, peluang yang terbuka luas, telah digunakan Rafizi untuk bermain sentimen emosi terhadap KJ. Bukan kepada perkara asas debat itu dianjurkan, mengenai PTPTN. Rafizi sedar isu PTPTN ini sukar untuk beliau kuasai dalam debat semalam. Hinggakan dia cuba untuk menggunakan dan bermain 'fakta' nombor serta angka di negara-negara lain (tak betul pun sebenarnya, spin)

Realiti, KJ berjaya, Rafizi GAGAL !


Tuesday, May 22, 2012

MASUK KAWASAN MUSUH BARU BOLEH 'SCORE'

Kenapa begitu kenapa begini?
Apa yang berlaku lepas, hari ini terjawap.
Mungkin berkat doa si mangsa.
Mangsanya bukan seorang malah seluruh rakyat Malaysia!


Kenapa begitu kenapa begini?
Siapa dia dahulu dan siapa pula dia sekarang?
Semua sedia maklum siapa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden
Apa yang berlaku, inilah realiti.

Untuk yang masih tidak memahami permainan politik kotor yang dipandu Anwar Ibrahim ini,
sedikit petikan yang mudah difahami pembaca, dari blog otai kita ada menyebut :

Sewaktu kes liwat yang melibatkan Anwar dengan saiful hendak dibicarakan pada 2008 dan 2009, Anwar bermati-matian menolak Peguam Negara , Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai ketua pendakwaraya.

Akhirnya Peguam Negara menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan dan menyerahkannya kepada Peguamcara Negara , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Nak menang, kena masuk dalam kawasan musuh baru boleh 'score'


Tambahnya lagi,

Kemunculan bekas Peguamcara Negara , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden sebagai peguambela Anwar dalam kes rusuhan bersih di Mahkamah Sesyen KL hari ini menjawab segala persoalan -RBF Online

Silap Orang - Ezam Mohd Nor


 Senator Ezam Mohd Nor.
Siapa tak kenal, dulu orang kuat Anwar Ibrahim.
Masuk lokap sudah banyak kali.
Bila ada orang nak main ugut-ugut, cool aje mamat ni.
"Silap orang" - rileks je jawapan Ezam ni.

Memang silap orang pun.
Orang macam Ezam dan rakan-rakan seperjuangan dalam TIBAI bukan calang-calang orang.
Kebanyakkan dari mereka adalah muka lokap.
Sanggup lakukan apa sahaja untuk Anwar Ibrahim.
Ada pulak yang pengasas PKR.
Nombor ahli 0007, 0012, memang dia orang ni bukan calang-calang orang.
Ada pulak nak main SMS ugut-ugut?

Ezam dalam ceramah Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) kat Kg Kerinchi malam tadi, kaw-kaw punya kasi cuci ahli PKR yang masih buta mata buta hati.

Setuju dengan kata-kata Ezam, takkan semua benda dibeli oleh UMNO?
Sampai pakcik tua yang sejak hidup 78tahun pun tak pernah masuk UMNO, bila keluar parti DAP, terus dikatakan dibeli oleh UMNO.

 
Ezam merujuk kepada tindakan ahli pakatan pembangkang yang sekarang ni tengah rancak sebar fitnah cakap Senator Tunku Abdul Aziz bekas Naib Pengerusi DAP dibeli UMNO.
Itulah, juak pembangkang ni memang bankrap modal...

Monday, May 21, 2012

Anwar kena CABAR



"Saya cabar Anwar isytiharkan line up Kabinet bayangan dalam bulan ini juga. Selain itu, saya yakin semua pihak pasti tertanya-tanya dan mahu tahu apakah jawatan Kabinet yang akan diberikan kepada Wan Azizah (Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail), Nurul Izzah, Azmin Ali, Shamsidar Taharin serta Mohamad Sabu sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

"Sekiranya beliau (Anwar) enggan mengisytiharkan barisan Kabinet bayangan tersebut atau cuba melengah-lengahkan pengumuman itu, ternyata ia muslihat beliau kerana umum maklum sikapnya yang selalu berjanji kepada beberapa calon untuk memegang jawatan yang sama.

"Saya yakin beliau tidak mahu membuat pengumuman tersebut kerana takut muslihat serta janji-janjinya kepada beberapa calon akan terbongkar dan tembelangnya pecah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selanjutnya...

Sunday, May 20, 2012

Hak Ambiga VS Hak Rakyat


Boleh juga kita katakan, HAK YAHUDI VS HAK RAKYAT MALAYSIA Bersih 4.0 memang patut diadakan. Cuci Bersih 1,2 dan 3 adalah sesuatu yang tepat. Para peniaga yang begitu marah dan kecewa dengan tindakan Ambiga bersama pakatan pembangkang dan perusuh2 mereka 28April lepas. Kenapa Ambiga perlu berasa bimbang dan gusar dengan Bersih 4.0 ini? Kenapa Ambiga mengenepikan hak peniaga itu? Peniaga itu juga rakyat Malaysia. Kenapa Ambiga takut?

Saturday, May 19, 2012

Bekas Naib Pengerusi DAP akui kebolehan Najib


Apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri sekarang ini adalah betul dan tepat, kita perlu memberikan sokongan kepadanya," kata Tunku Abdul Aziz sambil menambah program transformasi yang Najib usahakan adalah suatu proses untuk perubahan yang sudah tentu mengambil masa. - KL POS

Untuk yang terlepas tengok...

Wahai Melayu yang mudah lupa, THINK !



Friday, May 18, 2012

Anak Muda Benci Keganasan : Jom Bersenam !!!



SEGMEN : FIT AND ACTIVE

PROGRAM : PERTANDINGAN MISS FITNESS

PENYELARAS PROJEK : SITI FARIDA BINTI AZHAR

NO. TELEFON : 03-88713190/0122942607

PENJELASAN /SINOPSIS AKTIVITI

PERTANDINGAN MISS FITNESS INI ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA PENGGIAT DAN
PEMINAT AKTIVITI KECERGASAN DI SELURUH NEGARA. PELAKSANAAN PROGRAM INI
AKAN DIADAKAN PADA 26 MEI 2012 SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA.

SETIAP PESERTA DIKEHENDAKI MELALUI 5 DISIPLIN IAITU 1RM BENCH PRESS
(KEKUATAN MAKSIMUM), CHIN UP (KEKUATAN), DEAD LIFT (KUASA), LARIAN 2.4
KM (KARDIOVASKULAR) – TREADMILL SERTA DUDUK DAN JANGKAU (KELENTURAN).



PEMENANG AKAN DITENTUKAN OLEH PEGAWAI TEKNIKAL/HAKIM MELALUI KIRAAN
MATA KESELURUHAN YANG DIPEROLEHI BAGI SETIAP DISIPLIN. SEKIRANYA
PEMENANG BERADA PADA KEDUDUKAN SERI, MAKA SATU ALTERNATIF DISIPLIN
AKAN DITENTUKAN OLEH PEGAWAI TEKNIKAL/HAKIM YANG PERLU DILALUI OLEH
PESERTA TERSEBUT BAGI MENENTUKAN PEMENANG.

-Seketeriat HBN 2012

Eli Wong memang MANTAP !!!


Lumrah manusia tidak boleh ditegur...

 Lumrah dalam hidup, sukar untuk individu untuk menerima teguran.
Apatah lagi ia kritikan.
Malah ia bukan sekadar kritikan semata-mata bahkan ia adalah kritikan membina.

Lumrah sifat manusia yang ego dan sombong, tidak boleh ditegur...

Kebiasaanya dalam dunia politik di Malaysia ini, hanya ahli PAS yang tidak boleh ditegur.
Hanya PAS sahaja yang Islam.
Selain daripada PAS, kafir.
Itu kata orang PAS sebelum ini.

Lumrah manusia tidak boleh ditegur...

Begitu juga dengan ahli PKR.
Langsung tidak boleh ditegur.
Sudahlah tidak boleh dikritik malah kita pula yang dimaki.
Bila kita dedahkan skandal seks yang ternyata rendah akhlaknya, kita pula dimarahi dengan menyebar klip video berkenaan.
Hingga aksi-aksi dalam video itu dikatakan konspirasi UMNO.



Lumrah manusia tidak boleh ditegur...

Begitu jugalah dengan ahli DAP.
Gelagat rakus seorang pemimpin DAP yang biadap dengan menghalau peniaga kedai Mamak di Pulau Pinang sudah pasti terngiang-ngiang dalam kepala setiap yang menonton baik di lokasi kejadian mahupun dengan hanya menonton video insiden itu.
Bila kita kata pemimpin berkenaan sebagai rasis, kita pula diherdik
Walhal jelas ayat 'lu pergi balik India' masih segar dalam ingatan kita.


Lumrah manusia tidak boleh ditegur...

Bukan dalam pakatan pembangkang sahaja hal ini berlaku.
Malah dalam parti keramat UMNO juga.
Walaupun kritikan dan teguran itu adalah sesuatu kebaikan, kita tidak terlepas dari mendapat balasan yang tidak sewajarnya.
Usahkan untuk berterima kasih.

Lumrah manusia tidak boleh ditegur...

Dalam isu melibatkan Papa Gomo yang setiap masa dibalun oleh segelintir golongan yang tidak senang dengan dirinya, golongan yang kemaruk mengejar populariti, malah boleh dikatakan golongan yang ego dan bodoh sombong.

Unit Media Baru, tidak seindah rupa.
Nama sedap, content parasit.
UMB, Unit Menghabiskan Beras !

THINK !


Petikan dari artikel Papa Gomo :

Inilah sikap Melayu, bila orang berjaya maka ada pihak yang tidak akan puas hati dan akan menjatuhkan pihak satu lagi. Dan inilah kuasa Wang bila sudah kenyang dimakan maka takut rezeki nya terputus. Dan inilah juga ketakutan apabila RAHSIA wang yang disonglap dan juga Projek yang dijaja kononya untuk membantu Blogger takut terdedah. Ini puncanya, ini lah jawapanya.

Gomo dah maklumkan pekara tersebut kepada beberapa pihak tertentu dan juga pemimpin parti akan apa yang berlaku. Malah bukan suara Gomo keseorang menyampaikan pekara ini sebaliknya bersama dengan Gomo adalah Brotherhood yang lain.

Apa motif kami? Kenapa kami ni terutamanya Papa Gomo menyibuk nak kacau UMB?

1) Tidak mahu wang UMNO dibazirkan

2) Elakkan UMB yang merupakan entiti UMNO dijadikan alat pemimpin tertentu.

3) Menghapuskan KASTA yang UMB selalu labelkan "Ini Orang UMB dan Ini Bukan UMB"

4) Memastikan semua pejuang maya meraih hasil yang sama rata sama rasa mengikut tugas yang dipertanggungjawapkan dan kekuataan Blog tersebut.

5) Tidak memilih puak dalam pemberian bantuan baik dari keewangan ataupun kelengkapan. "Orang UMB layak Bukan UMB tak layak"

5) Dahagakan kekuatan sebenar pejuang maya untuk disatukan tampa mengira fahaman asalkan terus menyokong Kerajaan BN. 


Lumrah manusia tidak boleh ditegur...
Buat warga sekalian umat, Agama, Bangsa dan Negara tidak boleh dijualbeli dengan wang ringgit !

Thursday, May 17, 2012

Kerajaan Selangor 'terpakai' 1 Juta Duit Rakyat ?


 Baru-baru ini Kerajaan Negeri Selangor telah merayakan Ulangtahun Ke-4 Pakatan Rakyat menjajah Selangor. Perayaan tersebut diadakan pada 7 April 2012 di Stadium Melawati, Kuala Selangor dan dikatakan kononnya amat berjaya serta dihadiri oleh ramai orang Selangor.

Berjaya atau tidak, sebenarnya ia boleh disangkal. Apatah lagi kebiasaan Pakatan Rakyat ialah, mereka gemar membesar-besarkan perkara yang kecil sehinggakan angka peserta BERSIH 3.0 yang jumlahnya tidak sampai 30,000 orang pun boleh ditukarkan menjadi 250,000 orang.

Namun yang hendak diperkatakan di sini ialah kos penganjuran perayaan itu yang dilaporkan mencecah RM1 juta. Perkara ini disahkan sendiri oleh beberapa orang pegawai dan kakitnagan Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan SEtiausaha Sulit Menteri Besar iaitu Norzatun Aini.

Kos penganjuran tersebut adalah bersamaan dengan 1000 hadiah Anak Masuk Universiti yang sehingga kini gagal dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat setelah mereka membuat janji pada kempen PRU12 lalu. - sel13.com

Lihat Video dan baca komen pencacai PR pasti membuatkan anda tergelak

Biasalah, pencacai PR akan spin seberapa boleh.
Air milo pun dia orang akan cakap air suam.
Dia orang memang tak boleh terima kenyataan....
Saksikan video kebenaran ini serta jangan lupa tengok kebodohan pencacai PR dalam komen-komen bodoh dia orang. Kah kah kah

Wednesday, May 16, 2012

Anak Muda Benci Keganasan : Syukur berada dalam negara harmoni seperti Malaysia



Ya, jika anda manusia waras, sudah pasti akan berasa bersyukur hidup dalam negara aman damai seperti Malaysia.

Dalam masyarakat berbilang kaum, kita bebas mengamal agama dan budaya masing-masing tanpa halangan.

Kaum utama dalam negara kita, Melayu, Cina dan India menjadi sesuatu yang unik dalam budaya masing-masing yang secara tidak langsung menjadi daya tarikan pelancong asing.

Ya, Malaysia penuh dengan budaya. Antara program yang akan dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan Negara pada Himpunan Jutaan Belia 23hb-27hb Mei ini akan menampilkan budaya unik dalam negara kepada orang ramai.

Secara tidak langsung ia akan mendekatkan pelancong asing untuk mengenali budaya Malaysia yang unik ini.

Indian Classical Dance
Antara budaya masyarakat India yang sangat unik
Gambar dibawah merupakan butiran acara itu yang akan diadakan di Putrajaya.
Dan untuk maklumat lanjut hubungi

EN. SHANMUGAN (016-6018009)

- Seketeriat HBN 2012 



Perkara seperti ini akan tercapai dalam negara yang harmoni seperti Malaysia. Dan hal ini lah yang menjadi perkara pokok anak muda pelapis negara yang mendokong usaha kerajaan untuk memastikan golongan pelapis ini menjadi insan berguna kelak.

Sesuai dengan perasmian TPM, Tan Sri Muhyiddan Yassin yang merasmikan Hari Belia 2012 semalam, 'Belia Sahabat Keamanan'

Jadi, 
Datanglah beramai-ramai ke Putrajaya !!!

Majlis Peguam Malaysia bersifat berat sebelah

 

KUALA LUMPUR 16 Mei - Anggota Majlis Peguam Malaysia Mohd Khairul Azam Abdul Aziz telah memfailkan permohonan mahkamah agar membatalkan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang diadakan baru-baru ini.
 
Beliau telah menamakan Majlis Peguam, Badan Peguam Malaysia, Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee dan setiausahanya Tony Woon Yeow Thong sebagai defendan bagi tuntutan tersebut.
 
Menerusi tuntutan tersebut, Mohd Khairul Azam telah mengemukakan beberapa tindakan yang diantaranya adalah : -
 
1.  Suatu pengisytiharan bahawa notis EGM bertarikh 4 Mei tidak sah dan menyalahi Akta Profession Undang-udangan 1976.
 
2.  Suatu pengisytiharan bahawa usul yang dicadangkan oleh defendan pada 4 Mei tidak sah kerana antaranya tidak memberikan masa mencukupi kepada penerima memberikan respons.
 
Khairul Azam yang merupakan Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya sebelum ini mendakwa Majlis Peguam Malaysia bersifat berat sebelah dan sentiasa menyatakan pendirian yang tidak mempamerkan sebuah badan yang berintegriti serta berkecuali. - KL POS

Banyak 'event' untuk anak muda elak dari membuat perkara tak berfaedah

 Lebih 500 acara untuk anak muda khasnya golongan belia pada 23hb hingga 27hb ini di Putrajaya dalam program Himpunan Jutaan Belia.

Dikecualikan dari terkena gas pemedih mata, event anjuran Kementerian Belia dan Sukan ini sudah pasti membawa perkara-perkara berfaedah untuk golongan belia.

Anak Muda yang sayangkan keamanan dalam negara sudah pasti tidak akan melepaskan peluang berguna ini.

Selain program untuk mereka mencari peluang-peluang kerjaya sepertimana artikel SL sebelum ini, Colour of Malaysia Youth juga pasti memeriahkan  lagi Himpunan Jutaan Belia 2012!

Datanglah beramai-ramai ke Putrajaya !!!

keterangan lanjut hubungi EN. SAIFUL ADLI (013-3718080 / 019-4008223)

- Seketeriat HBN 2012

Tuesday, May 15, 2012

Anak Muda Benci Keganasan : Cari Rezeki Halal dalam Negara Harmoni



Gerbang Kerjaya adalah program yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama
JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia dan ia adalah salah satu
program Hari Belia Negara.

Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan diadakan di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012. Belia-belia lepasan SPM, Diploma dan Ijazah serta kelulusan lain yang diikhtiraf boleh
berkunjung ke Gerbang Kerjaya bagi mendapatkan maklumat dan info serta
khidmat nasihat yang berkaitan dengan kerjaya.

Sebanyak 100 Booth pameran di mana melibatkan lebih 70 agensi / syarikat yang akan
bersama-sama menyertai program ini.

Para pengunjung boleh mendapatkan segala info dan maklumat yang
berkaitan seperti, bengkel motivasi kerjaya, panduan & khidmat nasihat
kerjaya, kaedah menulis resume, kaedah temuduga & etika berpakaian dan
sebagainya.

Gerbang Kerjaya juga turut menawarkan temuduga secara
terbuka kepada semua selain daripada permohonan secara kaedah online.

Bagi membantu para pengunjung yang hadir, JobsMalaysia turut
menawarkan khidmat perunding kerjaya dan padanan kerjaya kepada bakal
pekerja.

Kepada semua rakyat Malaysia dan bakal pekerja, datanglah
beramai-ramai ke Himpunan Jutaan Belia 2012 di Gerbang Kerjaya untuk
mendapatkan info dan maklumat berkaitan pekerjaan dan peluang kerjaya
yang bakal ditawarkan kepada anda.

Datanglah beramai-ramai di Presint 3 Putrajaya !!!

Untuk Lebih Lanjut sila hubungi EN.NORAZMI MOKNI (019-9710776)

- Seketeriat HBN 2012

BONGKAR!!! Khalid Ibrahim RAKUS



Semakin ramai penduduk di Ijok mula mendedahkan pembohongan yang dilakukan oleh ADUN mereka, Khalid Ibrahim ...

Khalid Ibrahim kini semakin rakus merampas kuil, tanah wakaf perkuburan, tempat rehat dan padang bola penduduk setempat untuk dijadikan 'projek mee segera' beliau untuk kroni-kroni atas nama pembangunan.

Difahamkan juga ada 'certain pecentage' kos projek pembangunan ini akan dipindah masuk kedalam tabung dana PKR untuk pilihanraya umum nanti.

Cukup menjijikkan ... Khalid Ibrahim selaku Exco Agama Selangor telah meluluskan tanah yang telah diwakafkan bagi pembesaran tanah perkuburan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor untuk projek pembangunan.

Habis segalanya dirembat oleh Khalid Ibrahim.
Ini bukan kali pertama pendedahan yang dilakukan oleh penduduk Ijok ...
Pertengahan April 2012, beberapa penduduk di Ijok turut membongkar sikap lepas tangan Khalid Ibrahim terhadap kebajikan rakyat marhaen di sini. - Gelombang Wangsa Maju

Bosan la PR ni asyik KANTOI menipu je....

Monday, May 14, 2012

Anak Muda Benci Keganasan : Cheerleading Competition 2012 Mampu setaraf Antarabangsa



National Youth Day Cheerleading Competition 2012


"Penyertaan terbuka kepada pasukan sekolah untuk Full Routine, dan
kepada semua untuk Cheer Pom. Kategori pertandingan adalah:
- All-Girl (School) full routine
- Co-Ed (School) full routine
- Cheer Pom (Open)"

Untuk Lebih lanjut hubungi  Y - AVENUE - EN. SABRAN B. ABD BAHAR
(019-2230365/03-88713747)

- Seketeriat HBN 2012

Anak Muda Benci Keganasan : Jom Main Yo-Yo



"Yoyo merupakan aktiviti yang terdiri daripada dua cakera sama saiz
yang diperbuat daripada plastik, kayu, atau besi, disambungkan dengan
gandar, yang dibelit dengan tali. Pertandingan ini merupakan kali
kedua diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara dan dipertandingkan
dalam kategori berikut :
1A (Single)
2A (Double A)
4A (Offstring)
5A (Counterweight)




Pertandingan ini terbuka kepada semua pemain Yoyo di Malaysia tidak
kira sama ada di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak yang berumur 10
tahun dan ke atas. "

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi

EN. SABRAN B. ABD BAHAR (019-2230365/03-88713747)

- Seketeriat HBN 2012

Puak Pakatan Haram Boikot Johan Raja Lawak ??? Apa Cerita ni Der ???


Puak Pakatan Haram terutamanya dari puak BERSIH 3.0 nampaknya mula meroyan dan angin satu badan dengan Johan Raja Lawak berikutan tindakannya berlakon dalam beberapa siri klip jenaka,Bangkang Dari Longkang.Mungkin dengan anggapan hanya mereka layak menjerit-jerit di tengah bandaraya meluahkan pandangan mereka,maka tindakan Johan dilabel secara negatif.ada yang telah membuka fan page memboikot pelawak terkenal itu.takkan marah kot.ini lah sikap penyokong Puak Pakatan Haram.penyokong BN juga baik tak pernah boikot mana-mana artis yang menyebelahi pakatan haram untuk membuka Fan Page Der,benda macam ni pun takkan nak marah kot.saya lihat sampai Puak Pakatan Haram ni dah sampai ke tahap mahu memaksa Johan tampil dengan video khas bagi memohon maaf kepada penyokong BERSIH.aik,kenapa pulak nak minta maaf ??? benda tu hanya lawak jenaka.takkan sampai macam tu sekali kot...Kalau tak ikut apa yang mereka nak,maka mereka akan memastikan Johan hilang rezeki kerana akan hilang peminat.sampai macam tu sekali puak pakatan haram ni

Seorang lagi artis,Afdlin Shauki juga terlibat dalam klip berkenaan tapi dia tidak diserang sangat,ini yang menghairankan saya.Tumpuan marah banyak berarah kepada Johan.apa pun,dalam klip-klip berkenaan,tidak ada pun mereka sebut nama BERSIH 3.0, PKR,DAP,PAS atau Ambiga,entah kenapa puak Pakatan Haram ni terasa sangat.Sampai nak paksa orang buat itu,buat ini,maki hamun apa semua.Johan seorang artis,apa yang dibuat itu sebahagian daripada kerja artis sepertinya,berlakon.Takkan kena usik sikit dah melenting begitu sekali.Ia hanyalah klip yang dibuat secara umum,cuma siapa yang makan cili,dialah terasa pedasnya kan.agaknya mereka dah makan cili kot ??? sampai tercirit mereka kena.huhu..baru tegur sikit melenting,kata nak kebebasan.ini malaysia der,baru buat lawak dah melenting dan angin satu badan

Menurut salah satu komen di fan page boikot Johan Raja Lawak,semasa Zizan bersama Ustaz Azhar Idrus dulu,dia dilihat kononnya pro Pakatan Haram,maka dia dipuji,Johan berlakon dalam klip berkenaan dan dilihat pro pemerintah,maka dimaki hamun.Sikap double standard yang nyata sekali.Jangan terbalikkan kereta Johan sudah lah yer,hari tu kereta polis dah terbalik.kesian abang-abang polis yang korang pukul tu.sampai wartawan pun korang belasah.

Sunday, May 13, 2012

Anak Muda Benci Keganasan !!!

Ini KOTOR !!!
Putrajaya - “Ia merupakan satu transformasi kerajaan untuk
mengumpulkan belia-belia Malaysia untuk melakukan pelbagai aktiviti
yang bermanfaat bukan sekadar hiburan semata-mata bahkan ia juga melibatkan kerohanian, pendidikan dan karier,” - ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji
Ibrahim dalam taklimat Hari Belia Negara  (HBN)  2012 bersama 25
peguam muda profesional di Sekreteriat Hari Belia Negara di
Sekretariat HBN 2012, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS)

HBN yang bakal berlangsung selama lima hari bermula 23 sehingga 27 Mei
disajikan dengan lebih dari 500 acara di 24 pentas yang sediakan
khasnya untuk belia-belia Malaysia menunjukkan kreativiti dan
bakat-bakat masing-masing.

Menurutnya lagi, peguam-peguam muda dapat memberi sumbangan dalam
pembentukan negara dan dapat menyumbangkan bantuan guaman secara
percuma berkaitan dengan undang-undang negara dan sebarang
permasalahan kepada pengungjung-pengungjung yang  hadir pada  HBN kali
ini.

Di samping itu, KBS  menggalakkan belia-belia profesional dan
badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkerjasama dalam menjayakan HBN
yang bakal mengumpulkan dua juta generasi pemimpin masa depan negara.

Peguam Muda bersama Dato' Razali Ibrahim. Ini baru lah pelapis negara!

Anak Muda Benci Keganasan : Kenali Pasukan Bomba dan Penyelamat



Demonstrasi Menyelamat

Pasukan bomba dan peyelamat Malaysia akan melaksankan demonstrasi
menyelamat pada 26 mei 2012 bertempat di sektor x  jam  4.00 petang
hingga 5.00 petang . Antara  demonstrasi  yang akan dipersembahkan
adalah situasi menyelamat mangsa kemalangan jalanraya.

Selain dari itu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia akan mengadakan
demontrasi menyelamat yang mana dilaksanakan pada 26 mei 2012
bertempat di sector x  jam  5.30 petang hingga 6.30 petang iaitu
demontrasi menyelamat mangsa runtuhan bangunan (Urban Rescue) .

Manakala  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan melaksana
demontrasi menyelamat di tasik putrajaya pada 27 mei 2012 bermula jam
5.00 – 6.00 petang . Penganjuran tersebut akan diuruskan oleh pasukan
StarTeam APMM.

Demonstrasi Menyelamat Mangsa

Tarikh/Masa: 3.00 - 4.00 Petang (25 Mei 2012)

Kerjasama: Polis Diraja Malaysia

Untuk Makluman hubungi EN. AHMAD SYAMMIEL BIN MOHAMED KARIM (019-6208284)

- Seketeriat HBN 2012

Saturday, May 12, 2012

Ini Baru Perhimpunan orang yang bertamadun

 
 
UMNO sudah makin lemah. UMNO sudah tidak releven. UMNO sudah tua. UMNO nyanyuk. Macam2 gelaran dari Pembangkang malah cuba dijadikan label terhadap Parti ini. Sampai sanggup menggambarkan situasi yang menjengkelkan jika ada manusia di Negara ini yang masih menyokong UMNO.

Namun malam ini menjadi saksi sokongan terhadap UMNO masih utuh. Lebih dari 90 Ribu penyokong UMNO hadir memberi sokongan padu kepada parti. Jumlah ini merupakan satu rekod paling besar setakat ini sejak berakhirnya PRU12 yang lalu. - Gelombang Rakyat

Friday, May 11, 2012

Janji Punai Sihat jika menang Pilihanraya

Macam biasa la kawan, janji Punai Sihat kewangan Selangor ini...
INI HARI KITA MENANG, ESOK HARGA MINYAK TURUN !



Tahun 1998 dia jadi menteri kewangan.
Jadi konon-konon dia masih arif dalam selok belok kewangan?
Tahun 1998 di bandingkan dengan 2012 ini, adakah cerita dalam bidang kewangan dunia masih sama?

Dan berbalik kepada kisah hitam politik negara era reforbasi 1998 itu, siapa yang sarankan kepada Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir agar meminta bantuan dari Bank Dunia kalau bukan Punai Sihat Anwar Ibrahim !

Dan kini Punai Sihat masih lagi berlagak kononnya hebat dalam kewangan negara?
Ini mimpi ngeri buat rakyat jelata jika menerima bulat-bulat janji manis Punai Sihat tersebut.
Rakyat pasti kebulur dek menagih janji manis semata-mata ini.

Anwar bukan lagi menteri kewangan, dia bercerita dan berceramah berpandukan fantasi kosong ciptaan sendiri.

Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim.
Lelaki lewat 60an yang masih berdendam kepada Tun M dalam mengejar impian sendiri menawan Putrajaya.

Ingat !, dendam Anwar masih belum pudar...