AdSense

Tuesday, April 30, 2013

Tutup Kes : Mustafa Ali beli surat nikah?!!! Kes Chinna Doll Macam Mana???


Video Seks Mustapha Ali sudah sebulan lebih berada di alam maya, sehingga ke hari ini Setiausaha Agong PAS, Mustapha Ali tidak dapat mempertahankan dirinya, parti PAS dan keluarganya. Dia berdiam diri, maknanya jika berdiam benarlah berlaku perbuatan Zina itu.

Semakin hari kami ahli PAS semakin malu hati kami untuk mempertahan PAS, bagaimana hendak Istiqamah jika video SUA PAS Mustapha Ali ini sedemikian rupa, amat memalukan.

Minggu lalu, jamaah kami di Rusila banyaklah memberi hujah mereka bagaimana mahu membantu SUA PAS, Mustapha Ali yang kini sudah berzina sejak sekian lama rupanya.

Sekarang kami dengar pula kononnya SUA PAS, Mustapha Ali mahu buat Kenyataan Akhbar pada 3/5/2013.

Soalnya selepas lebih sebulan kenapa baru 3/5/2013 nak buat, kenapa tidak hari pertama lagi? Kenapa tidak menafikan dan angkat sumpah Wallahi Wabillahi Watallahi yang dua ekor itu bukannya Mustapha Ali dan wanita simpanan? Kenapa tunggu nak dekat Pilihanraya baru nak buat?
Baca Seterusnya di sini

Stopa punya kes....

Ni Bang Nuar Berahi punya kes takkan nak senyap aja???
Oh ya, tak mungkin dia nak beli surat nikah? Jauh nak balik raya ke rumah mertua, China, agaknya...

Monday, April 29, 2013

BN Utamakan Rakyat, bukan macam pembangkang!!!


Perlaksanaan Pelan Tranformasi Negara (GTP) adalah antara dasar kerajaan bercorak positif yang berkembang dalam usaha penambaikan. Menurut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, konsep GTP yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu antara lain mementingkan keutamaan rakyat bahkan ia juga sebagai sebuah janji yang ditepati.

"Pusat Transformasi Luarbandar (RTC) ini bukti landskap baru di Kahang. Inilah agenda transformasi nasional untuk rakyat. "Janji ditepati, bukan retorik semata-mata seperti pembangkang,"
Baca Seterusnya

Pembangkang mula angkuh !!!


"Karpal Sigh kata nak tangkap mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, Anwar pula mendoakan Tun Mahathir meninggal awal, mereka tuduh menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) gunakuasa, mereka kata kerajaan pakai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk tindas rakyat."

"Ini kata-kata orang yang belum berkuasa, sudah tunjuk niat. Tunjuk belang sebenar mereka, nak gunakan kuasa. Biar rakyat menilai sendiri."

Petikan media

Sunday, April 28, 2013

Kenyataan Bekas Menteri Kewangan ada asasnya.

Ya, benar.
Kenyataan Daim, bekas menteri kewangan yang mengatakan negara akan hancur sekiranya Anwar Ibrahim memegang tampuk pemerintahan negara.

Manakan tidak, Anwar hanyalah seorang bekas banduan, terlibat dengan salahlaku rasuah. Malah juga terlibat dengan masalah moral yang teruk!

Jika itu pun tidak mahu dititik beratkan mengenai ciri-ciri pemimpin, kita juga perlu melihat dari segi pengalaman Anwar untuk memimpin sebuah negara.

Kerajaan BN sedia ada telah berjaya membawa Malaysia ke arah yang lebih baik. Setapak demi setapak, kini Malaysia mengecapi satu kebanggaan yang setanding dengan negara maju.

Anwar dan pakatan pembangkang cuba untuk memerintah. Walhal rakyat sudah memberi mereka mandat di beberapa buah negeri. Hakikatnya, negeri yang dikuasai pakatan dilihat kucar kacir, bahkan mereka bertelagah sesama sendiri.

Bagaimana Anwar dan pakatan mahu memerintah jika hal dalam rumah mereka sendiri pun tidak mampu diselesaikan.

Ditambah dengan perkembangan ekonomi global yang tidak menentu, Anwar dan pakatan yang tiada pengalaman matang ini sudah tentu tidak mampu membawa Malaysia sebagaimana yang dilaksanakan BN.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, April 27, 2013

Hari ke 7 berkempen, sokongan kepada BN terus memberangsangkan!

Hari ke 7 dalam kempen pilihanraya menyaksikan sambutan begitu meriah.
Perang poster, bendera sudah semakin rancak.

Ceramah-ceramah parti BN dan pembangkang semakin panas. Pembangkang dalam ceramahnya macam biasalah, maki hamun, tabur janji manis palsu, sebar fitnah.

Tetapi PRU13 ini bukan pilihanraya biasa. Rakyat bukan mudah untuk diperbodohkan. Fitnah sememangnya ditolak sama sekali.

Senario hari ini menyaksikan sokongan kepada BN semakin hari semakin bertambah dan padu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, April 26, 2013

Kajian Palsu Umcedel GAGAL, Anwar BERTAMBAH GILA


Sifat-sifat gila Anwar mula wujud sejak sekian lama.
Mata Lebam, 16 September, 'raptai' angkat sumpah jadi PM, bla bla bla bla....

Baru baru ni ntah kajian mana yang didakwa kajian bagus punya, kata rakyat Malaysia suka Anwar berbanding Najib.

Inilah dia angan angan yang mengalah si Mat Jenin...
Anwar suka maki hamun dan bercita cita nak jadi Perdana Menteri?

Nampaknya, fitnah yang cuba di spin geng dalam pakatan ini gagal lagi...
apa depa fikir rakyat mudah diperbodohkan begitu saja???

Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Profesor Dr Azmi Hassan menegaskan hasil kaji selidik itu tidak mewakili aspirasi 28 juta rakyat negara ini serta 13.2 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini. 

"Kalau berdasarkan jumlah pengundi yang layak mengundi pada PRU13 ini, kaji selidik itu terlalu kecil kerana responden hanya 0.010 peratus daripada jumlah pengundi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Kaji selidik itu yang dilaporkan beberapa portal berita, hanya melibatkan 1,407 responden sahaja berbanding lebih 13 juta pengundi.

Kaji selidik itu tidak menyatakan kaedah kaji selidik, profil responden serta lokasi kaji selidik. Sambil menegaskan hasil kaji selidik itu tidak logik dan rakyat tidak harus mempercayainya, Dr Azmi menarik perhatian pergolakan dalam pembangkang sendiri jelas mencerminkan ia tidak layak menjadi pemerintah.

KECEMASAN!!! PRU13 : TIBA MASA PAS LACUR AGAMA!!!

Apa ni...?
Apa punya putar belit mainan politik ni?

Nak dekat pembuangan undi 5 Mei ini, PAS lantang sangat bersuara pasal isu perlaksanaan hukum hudud?

Nak raih undi Melayu ke pakcik?
Kononnya 'PAS akan KELUAR pakatan kalau DAP, PKR tolak hudud???

"Tiada di dunia ini yang kekal selama lamanya, termasuk hubungan dalam pakatan yang terdiri daripada PAS DAP dan PKR" - Haron Din

Hello, sejak dulu lagi DAP sangat konsisten, tolak hudud, kalau nak buat jugak, langkahlah mayat Karpal Sigh tu dulu.

PKR pun sama, Khalid Ibrahim cakap hudud tak mungkin akan dapat dilaksanakan.

Udah udah ler pepakcik PAS, usah kau perdaya pengundi Islam, pengundi Melayu lagi...

Usah kau bawak hal hal berkaitan agama ke dalam kancah politik terdesak...

Sama juga dengan isu kalimah Allah.
PAS begitu TUNDUK kepada DAP.

Jika benar PAS ikhlas dalam wadah perjuangan memperjuangkan Islam, PAS sudah bangkit sejak isu murtad yang diperjuangkan Hassan Ali suatu ketika dahulu di Damansara Utama Church.

PAS sanggup pecat Hassan Ali semata mata takut kepada DAP, sayangkan undi kaum bukan Islam.

Kini hal hal berkaitan agama, sekali lagi PAS cuba mempolitikkannya.

Demi undi, PAS sanggup gadai apa sahaja.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, April 25, 2013

LAGI ahli PKR tak tahan kena kencing, keluar parti!!!



Kira-kira 1,500 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Klias dan Kuala Penyu dijangka keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat.

Perkara itu dinyatakan bekas Ketua Cabang PKR Beaufort Abdul Jarih @ Ramli Ukin yang juga adik kepada Datuk Seri Lajim Ukin, calon PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias.

Katanya, mereka kecewa kerana Lajim terlalu banyak campur tangan dalam urusan pentadbiran PKR negeri dan ini menimbulkan banyak masalah terutama kepada 25 orang ketua cabang PKR negeri."

Klik seterusnya

PERSOALAN adik PAP Cuba Tawan Johor PERLU DIJAWAB





Semua sedia maklum yang mana ideologi PAS PKR dan DAP tidak pernah sekata dan seiring serta senada.

Permainan politik mereka hanya meraih undi untuk kepentingan mereka.

Hudud, kalimah Allah, siapa Perdana Menteri, kabinet bayangan dan pelbagai isu masih dalam simbol tanda tanya, masih dalam perbalahan, masih belum ada jawapan tetap dan utuh.

Gabungan pakatan ini hanya untuk kepentingan diri masing-masing, satu fakta yang boleh dinafikan melalui ceramah-ceramah dan kenyataan media tetapi tidak secara realiti dan pemikir akal waras.

Bukan agenda si bapa dan anak semata-mata tetapi lebih daripada itu.
 

Pilihanraya, kerusi panas, antara lain di Gelang Patah.
Kit Siang meninggalkan pengundi beliau, beralih arah ke Gelang Patah, Johor, sempadan Singapura.
Persoalan kenapa tindakan sedemikian di ambil, mungkin ramai yang sudah mengetahuinya apatah lagi semua sudah maklum siapa DAP dan siapa pula PAP, parti yang berkuasa di Singapura.


Ambil masa sejenak untuk meneliti fakta dan sejarah di bawah ini, supaya pengertian, persoalan di sebalik keinginan Kit Siang dan adik PAP beriya iya menawan Johor :




Kawasan Parlimen Gelang Patah yang mengikut demografi geopolitik dihuni oleh seramai 106,864 pengundi. Sebanyak 34.28 peratus adalah pengundi Melayu, 52.41 Cina, 12.49 India dan 0.83 peratus lain-lain kaum. 

Kawasan itu yang merupakan kubu tradisi MCA dan pada 2008 dimenangi oleh Tan Ah Eng dengan majoriti 8,851 undi. Di bawah pentadbiran Ghani, wujudnya pusat pentadbiran negeri yang baharu di Kota Iskandar. 

Langkah itu telah membuka luas Gelang Patah kepada pembangunan, pelaburan dan busines. Jika orang Cina bercakap mengenai soal-soal itu, tiada alasan untuk mereka menolak Ghani. Sebahagian besar pelaburan Iskandar bermula di Gelang Patah. 

 
Di kawasan sekelilingnya didirikan kawasan perumahan baharu kategori mewah Medini, terletaknya taman tema Legoland dan Puteri Harbour. Gelang Patah turut dilengkapi dengan universiti dan kolej, jajaran lebuh raya dan jalan biasa yang baik. 

Kawasan perumahan di Nusajaya, misalnya dilimpahi dengan kemudahan prasarana yang lengkap dan terkini. Skudai ialah sebuah kawasan bandar yang cukup pesat dan penduduk semakin padat. Rumah mampu milik didirikan di Mutiara Rini. 

Hak milik tanah kampung-kampung baharu semua sudah diberikan, termasuk di Kampung Poh Chee Lin. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dipindah ke tempat lebih baik dan dibantu pembinaannya. Tapak turut diberikan. Pertubuhan NGO Melayu, Cina dan India dibantu dengan peruntukan. Kuil dan tokong diberi hak milik dan dibantu dengan keperluan yang sepatutnya. 

Pendek kata Ghani telah melengkapkan segala-gala di Gelang Patah dan sekelilingnya. Tiada alasan untuk rakyat kawasan Parlimen itu menolak Ghani. Namun, sebab-musabab mengapa Maharaja DAP melompat ke Gelang Patah juga merupakan satu persoalan. Sumber

Wednesday, April 24, 2013

Mat Sabu kena 'boo' kat Kluang


Ceramah oleh Mat Sabu dan Teresa Kok bukan sahaja dibumbui dengan janji-janji yang belum pasti bahkan penuh dengan dakwaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah memperjuangkan nasib rakyat dan pembelaan sewajarnya menyebabkan ceramah anjuran pembangkang tidak mendapat sambutan rakyat.

Mat sabu, dalam ceramahnya lebih banyak mendakwa BN tidak membawa isu pembangunan dan dokus terhadap isu perkauman untuk memenangi pilihanraya umum.

Beliau turut memperlekehkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang didakwa tidur di atas pelantar minyak dan membandingkan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa Mat Sabu tidur di mimbar masjid. KLIK

Apa pula komen pasal Calon PKR jual pil kuda???

"No comment, sudah selesai," jawabnya ringkas kepada wartawan KLPOS di sini semalam, selepas merasmikan Pejabat PAS Kluang.


PRU13, nok serang BN guano laie? - Hadi Awang


Buang undi lagi bapo ari jo laie ni...
Nok serang guano lagi ni....
Kerajaan Barisan Nasional doh jelas jaga kebajikan rakyat...
Kito dalam PAS ado gapo?
Dok ceramoh maki maki hamun aja...
Nok serang BN guano?
Fitnoh?
Kalu kito dok hari-hari tabur fitnoh, rakyat perasan pulok nanti...


“Kita tidak nafikan apa yang dilakukan kerajaan BN untuk kebajikan rakyat,” katanya berucap di hadapan kira-kira 700 penyokong yang hadir pada ceramah umum di Kerteh, malam tadi. 

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara selama ini menjaga kebajikan kepada rakyat.

Katanya, kerajaan memerintah melaksanakan pelbagai program berteraskan kebajikan seperti membina masjid, membantu golongan miskin, membina stadium dan sebagainya.

Tuesday, April 23, 2013

PIL KUDA : Hadi SAHKAN kebenaran video-video pakatan



PAS PIS PUS Pas tidak tentang calon kawan-kawan.
tapi kalau ada calon yang kita khuatir... (seperti gambar di atas?)

Begitu lantang ke kenyataan Hadi Awang ni?
Baru sekarang kononnya bersuara? pertahan apa yang patut?
Dibalunnya budak-budak Anwar dengan gelaran 'penjual pil kuda'
Jadi benarlah yang mana video-video pemimpin pembangkang buat perkara tak elok tu?




Dan apa pula maksud Hadi nak usir SYAITAN-SYAITAN?
Siapa syaitan itu?
DAP atau Anwar?
atau Nik Aziz?


 

Monday, April 22, 2013

Ucapan Anwar yang cukup 'menyayat hati'


Anwar kemaruk nak jadi Perdana Menteri...
Bekas banduan yang terlibat kes rasuah, mempunyai masalah moral ini tetap mahu menjadi Perdana Menteri.

Jika kita perhatikan ucapannya ini, cukup menyayat hati...
Meruntun kepada sesiapa yang mendengarnya...
Inilah ucapan orang gila...



Lebih teruk daripada Mat Jenin yang popular dengan angan-angannya.
Ucapan yang menyayat hati kepada si pendengarnya kerana mereka cuba diperbodohkan Anwar Ibrahim dengan kata-kata manis.




"Mereka umum (kemenangan) lewat 2 pagi, jadi tidak boleh angkat sumpah sebab Yang di-Pertuan Agong sudah tidur, kena buat esoknya.

"Lepas (angkat sumpah) itu, TV3 dan RTM datang beratur nak temuramah. Saya kata pi belakang dulu, kasi pengajaran sikit," katanya dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 1,500 penyokong pembangkang di Kampung Teluk Sena, Lambor Kiri di sini malam tadi. - Utusan Malaysia

Sunday, April 21, 2013

SEMAKIN RAMAI TOLAK DAP !!!



Seramai 70 anggota DAP di sini mengumumkan keluar parti dan berikrar memberi sokongan penuh kepada semua calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Beruas dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Baharu dan Pantai Remis pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Lima puluh anggota DAP cawangan Changkat Kruing dan 20 anggota dari Taman Bintang di sini mengambil tindakan itu kerana kecewa dengan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang mereka dakwa menindas pengundi India di Parlimen Beruas.

Timbalan Ketua DAP cawangan Changkat Kruing G K Haridas memberitahu sidang media di sini hari ini, mereka kecewa dengan Ngeh yang tidak pernah turun padang menyelesaikan masalah penduduk setempat. 

"Tindakan keluar parti DAP diambil sebulat suara oleh ahli-ahli DAP Beruas sebagai protes dan bantahan secara terbuka kepada Ngeh dan calon DAP di DUN Pantai Remis dan Pengkalan Baharu.

"Kami berjanji akan memberi sokongan padu kepada calon BN yang sentiasa menjaga nasib orang India di kawasan Parlimen Beruas.

BERITA HARIAN

Anwar TABUR Duit Melimpah Ruah untuk pengundi Permatang Pauh?!!!


Bekas banduan Anwar Ibrahim yang terlibat dalam kes salah laku rasuah sekitar 90an lalu menyaksikan individu sama masih dengan tabiat lampau, sogok....

Gejala rasuah yang dibudayakan lelaki bernama Anwar Ibrahim yang sah selaku calon di Permatang Pauh ini semakin kemaruk kuasa untuk menjadi perdana menteri, biarpun tercalit dengan masalah moral yang teruk, bertentangan dengan ciri-ciri pemimpin Islam.

Strategi Anwar Ibrahim yang mula menabur wang pada hari ini kepada setiap pengundi di Permatang Pauh.

Lawan Anwar, Dr Mazlan Ismail, bekas pemimpin PAS yang bertanding atas tiket Barisan Nasional.

Ternyata, populariti Anwar semakin menyosot berikutan Dr Mazlan dilihat mampu untuk menumbangkang si boneka barat, Anwar Ibrahim.

Perilaku buruk Anwar ini (rasuah, moral) sememangnya tidak boleh diangkat menjadi pemimpin apatah lagi perdana menteri.

Pengundi di Permatang Pauh sudah pasti malu apabila pemimpin mereka tiada kredibiliti, jadi, TOLAK ANWAR IBRAHIM!

Kita bercakap mengenai MORAL

Kita bercakap mengenai MORAL

Islam membenarkan amalan Pluralisme?

Bercakap bohong adalah permainan Anwar... Setiap janji yang dibuat hanya untuk kepentingan diri sendiri dan paling penting, setiap apa janji yang keluar dari mulutnya itu TIDAK AKAN DITEPATI !

SPR Kena WARNING?!!!


Kesilapan pegawai SPR yang dipertanggungjawabkan mengendalikan proses pengiraan undi telah mengisytiharkan PAS, DAP, PKR sebagai satu PAKATAN yang sah dan telah mengesahkan keputusan tersebut.

Kemenangan ini membolehkan mereka menubuhkan kerajaan yang baru. Umum mengetahui PAKATAN RAKYAT bukan satu pertubuhan yang sah dan tidak berdaftar dengan ROS.

Mereka bertanding atas kapisiti parti masing masing dan membuat satu persefahaman untuk menentang BARISAN NASIONAL. Pada PILIHANRAYA UMUM 2013 ini mereka masih membentuk satu persefahaman untuk bertanding menentang BARISAN NASIONAL dengan menggunakan simbol parti masing masing.
KLIK DISINI

Friday, April 19, 2013

Penamaan Calon : Datang Awal, Jangan Bawa Ramai Penyokong

Begitu antara nasihat SPR.

Datang awal supaya nanti tak adalah kelam kabut. Ditambah dengan kesesakan lalulintas lagi.

Dan tak perlu bawa penyokong yang ramai, dikhuatiri berlaku suasana tegang. Bagi Suara Lensa, puak pembangkang pakatan aja yang suka buat kecoh berperangai macam monyet.

SPR juga nasihatkan calon agar melengkapkan segala borang atau dokumen yang diperlukan, supaya proses berjalan lancar dan cepat. Sejam aja proses tersebut. 9pagi sampai 10pagi.

Untuk proses penamaan calon esok di seluruh negara, semoga ia berjalan lancar.


*DAP tanding pakai lambang PAS, PKR. So esok siapa bawak bendera DAP kita suruh dia balik atau ambil masa sedikit untuk ajar depa cara demokrasi.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, April 18, 2013

Foto Najib mesra bersama artis tersebar


"Saya menerima lawatan daripada ikon dan persatuan seni budaya tanah air di Seri Perdana petang semalam.

Saya amat berterima kasih kepada para artis kerana selama ini kerana tidak pernah kenal erti penat untuk menghiburkan kita semua.

Sebab itulah, semalam saya mengumumkan bahawa Kad Diskaun 1Malaysia akan diberi kepada penggiat seni yang berdaftar dengan mana-mana persatuan seni di negara ini.

Kami di Barisan Nasional akan sentiasa mengambil perhatian setiap suara dan pandangan daripada para artis kita. "

Sumber : Facebook Najib Razak

Tempoh merajuk 24 jam tamat sebelum bermula



Kita sedar ada yang tersentak,diam terpak!u bila mendengar ataupun membaca nama-nama calon yang disenaraikan untuk menyambung perjuangan UMNO dan Barisan Nasional dalam kegetiran berdepan dengan PRU13 pada 5 Mei nanti namun sesekali kita harus berlapang dada serta berjiwa besar terutama sekali kepada nama-nama yang tidak terpilih untuk menjadi calon,pasti ada sebabnya dan pasti ada hikmahnya bila berlaku sedemikian.


Contohi sikap serta tindakan Dato Mohamad Aziz( bekas MP Sri Gading) dan Dato Safri (bekas ADUN Bukit Ibam) serta beberapa nama lagi yang tidak disenaraikan bilamana mereka begitu berlapang dada serta berjiwa besar memeluk dan mengangkat tangan pengganti mereka dan sekaligus menyatakan sokongan serta menerima keputusan parti yang tidak menyenaraikan mereka walaupun mereka masih mampu menyumbang untuk parti,rakyat dan negara.


Semua orang mungkin terkejut bila nama Mohamad Aziz tidak tercalon kerana beliau adalah antara hulubalang UMNO bukan sahaja di dalam prti tetapi menjadi Laksamana Perang di Parlimen hinnga pembangkang kecut perut bila MP Sri Gading ini bersuara namun sebagai yang menjadikan UMNO itu darah dagingnya,beliau langsung tidak kecewa,merajuk dengan keputusan yang dibuat oleh parti.


Begitu juga dengan Safri,seorang anak muda,exco Kerajaan Negeri Pahang,bila nama beliau tidak tercalon,beliau menerima denga berlapang dada serta menunjukkan jiawa besarnya dengan memeluk Jamaludin Jaris,Ketua Bahagian Rompin.Kita mahu setipa pemimpin yang tidak terpilih ataupun dicalonkan semula memeiliki sifat dan sikpa seperti mereka yang secara terbuka menerima keptusan tersebut dengan tenag dan redha malah terus istiqamah dalam perjuangan masa depan demi memastikan BN menang besar di PRU13 ini.


Mereka ini meletakkan parti lebih penting,perjuangan bangsa serta agama lebih utama dan tidak tersenarai semula bukan menjadi halangan atau beban kepada mereka untuk terus mempertahankan Barisan Nasiona (BN) bagai memenangi PRU13 nanti.Mereka tidak merajuk,putus asa,menangis berguling-guling ataupun mengerahkan penyokong untuk memboikot calon yang telah dipilih oleh parti.

Baca seterusnya

AKU JANJI BN Selangor


"Keamanan Kestabilan, Kemakmuran" 
menumpukan kepada tujuh agenda utama, iaitu: 


Masa depan lebih cerah 

Bantuan Sara Hidup minimum RM250 kepada ibu tunggal, warga emas, OKU dan rakyat miskin yang layak

Klinik Rakyat 1Malaysia di seluruh Selangor dan penubuhan pusat setempat untuk hemodialisis, penyakit kronik dan kesuburan wanita.

Naik taraf Taska KEMAS kepada PERMATA Pusat jagaan kanak-kanak dan warga emas di bandar utama

Semakan dan penurunan cukai pintu, cukai tanah dan cukai perniagaan yangdinaikkan kerajaan pakatan pembangkang

Pengecualian cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah dan rumah PPRyang berdaftar dengan e-Kasih

Perkhidmatan pengangkutan awam yang menghubungkan taman perumahan dengan stesen KTM Komuter, LRT dan MRT

Kedai Menu Rakyat 1Malaysia di kawasan bandar dan separuh bandar

Biasiswa Kecil Yayasan Selangor RM80 sebulan untuk pelajar sekolah rendah dan RM150 untuk pelajar sekolah menengah yang memerlukan

Baju seragam sekolah dan beg sekolah percuma kepada pelajar sekolah miskin

Kupon pengangkutan 'Sayangi Selangor' percuma ke sekolah untuk pelajar miskin yang layak.


Masyarakat lebih prihatin lebih penyayang 

Dana khas aktiviti kemasyarakatan RM5,000 setahun kepada persatuan penduduk, kampung tradisi dan kampung baru

Dana khas pengurusan RM5,000 sebulan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB)berdaftar

Mewujudkan Majlis Perwakilan Perbandaran dengan peruntukan RM5,000 setahun

Dana khas RM5,000 setahun kepada JK Penduduk Ladang (JKPL) Bantuan peruntukan pengurusan sehingga RM1,000 untuk kelab sosial tempatan berdaftar dan Persatuan Perkhidmatan Awam negeri

Insentif sehingga RM5,000 setahun untuk Rukun Tetangga tempatan Bantuan kewangan, pengurusan dan pembangunan sehingga RM5,000 mengikut kadar setara kepada masjid, surau dan rumah ibadat bukan Islam berdaftar

Menyedia dan menaiktaraf krematorium yang sistematik dan canggih untuk bukan Islam di semua sembilan buah daerah di Selangor

Menyediakan kemudahan WIFI dan Pusat Jalur Lebar percuma untuk komuniti di kawasan strategik seluruh Selangor

Menyediakan kemudahan taman tema, pusat rekreasi tempatan dan kemudahan sukan di setiap daerah untuk rakyat terutama golongan sudah berkeluarga


Kualiti kehidupan lebih selamat dan sejahtera 

Menaiktaraf dan menambah bilangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada 12 kepada 14 PBT baharu: Majlis Perbandaran Bangi dan Majlis Perbandaran Kota Raja (Klang Selatan)

Bandar dan komuniti selamat (Selangor safe city) di kesemua 14 PBT akan diperluas ke seluruh Selangor menjelang 2020.

Meningkatkan infrastruktur keselamatan berintegrasi untuk mencegah jenayah, keselamatan dan bencana.

Memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berisiko tinggi berlaku jenayah

Menyediakan pasukan Rapid Response Team berkaitan jenayah, kemalangan dan bencana.

Pusat Khidmat Rakyat Selangor (PAKAR) di semua 14 PBT untuk bantu permasalahan rakyat dan memperkasa sistem maklum balas kerajaan dan fasilitasi janji Manifesto BN Selangor.


Perumahan lebih mampu milik 

Kembalikan peranan utama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat Selangor

Skim perumahan mampu milik untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana 25,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan PPRT untuk penduduk pinggiran/luar bandar bernilai RM50,000 15,000 unit rumah berkeluasan minimum 850 kaki persegi untuk golongan berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan dengan harga jualan di bawah RM80,000

Skim Perumahan Patriot Sayangi Selangor untuk Bekas Tentera, Polis dan Penjawat Awam/agensi kerajaan negeri

Perumahan awam dan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) untuk masyarakat pinggiran/luar bandar dan pekerja ladang Lif, utiliti gunasama dan penyelenggaraan mengecat bagi rumah pangsa PKNS dan rumah kos rendah PPR - perbelanjaan berkaitan akan ditanggung kerajaan negeri

Air percuma 20m padu dan membiayai kos menukar meter bekalan air pukal kepada meter individu secara percuma

Bantuan baik pulih rumah untuk rakyat miskin di bawah 1MDB Penyelesaian komprehensif untuk perumahan generasi kedua dan ketiga Felda

Menyediakan dan menambah bilangan Rumah Transit Rakyat Sayangi Selangor untuk individu bujang dan baru berkeluarga yang baru berhijrah ke kawasan bandar seperti Gombak, Ampang, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang

Pembukaan kawasan baharu petempatan tersusun dengan kemudahan infrastruktur dan bayaran premium minimum di Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang, Kuala Selangor, Selayang, Klang, Kuala Langat, Hulu Langat, Hulu Selangor dan Sepang.


Selangor lebih inovatif, lebih daya saing 

Mengembalikan peranan utama Yayasan Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dan Universiti Selangor sebagai institusi kecemerlangan pendidikan anak Selangor

Peruntukan pembayaran sekaligus sebanyak RM500 bagi setiap kelahiran baharu anak Selangor sebagai deposit awal tabung

Skim Simpanan Pendidikan Nasional Biasiswa untuk golongan miskin dan Pinjaman Boleh Ubah sehingga RM80,000 untuk anak Selangor cemerlang ke universiti untuk ijazah pertama

Baucar Buku Sayangi Selangor RM200 untuk pelajar Selangor yang menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM

Baucar Siswa Sayangi Selangor sebanyak RM1,000 bagi anak Selangor yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA bagi kursus Diploma dan RM1,500 bagi Ijazah Sarjana Muda Interaktif

Tuisyen Rakyat Sayangi Selangor, tuisyen percuma untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM secara dalam talian

Meluaskan Kedai Buku 1Malaysia

Tabung Khas Pendidikan RM10 juta bagi anak-anak pekerja ladang dan Orang Asli Meneruskan penubuhan UiTM Selangor di Serendah, Hulu Selangor

Menubuhkan MRSM Yayasan Selangor untuk anak Selangor yang cemerlang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah

Pengukuhan institut pendidikan asas masyarakat Menaiktaraf Sekolah Rendah Agama JAIS dari segi prasarana dan kurikulum pendidikan

Semakan semula yuran persekolahan tahunan Sekolah Rendah Agama, Sekolah Agama Rakyat dan Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) sebagai galakan pembentukan sahsiah generasi muda Selangor

Menaikkan gaji atau elaun minimum guru SAR, SRA dan KAFA kepada RM1,500 Menaiktaraf SRJK (C) dan SRJK (T) terpilih di kawasan-kawasan yang dikenalpasti untuk dijadikan sekolah berprestasi tinggi untuk rakyat Selangor


Selangor lebih progresif 

Membangunkan Koridor Baharu 'Selangor Global Logistic Hub' di kawasan antara Pelabuhan Klang, Kota Raja dan KLIA Sepang, menarik pelaburan asing dan membuka 560,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat Selangor

Pusat Transformasi Bandar di kesemua 14 PBT bagi menjana ekonomi dan IKS rakyat setempat, sebagai sokongan kepada Selangor Global Logistic Hub

Pusat khidmat setempat BISNES SELANGOR untuk mengurangkan kerenah birokrasi berkaitan perniagaan dan industri

Skim Mikrokredit Sayangi Selangor: Dana - RM250 juta untuk modal permulaan perniagaan


Selangor lebih mesra, alam lebih bersih 

Modenisasi pengurusan sampah menggunakan konsep kitar semula dan penjanaan tenaga diperbaharui dengan kaedah baharu

Skim Pinjaman Janasuria Sayangi Selangor sehingga RM40,000 bagi rakyat yang ingin menyertai program Feed In Tariff menggunakan Tenaga Solar

Program dan Insentif Khas bagi pengurusan tenaga alternatif diperbaharui dan pemeliharaan alam sekitar yang efisien dan mesra untuk rumah, premis perniagaan dan perindustrian

SUMBER

Wednesday, April 17, 2013

PRU13 - BUKTI Pakatan Pembangkang RAKUS !



Pertindihan pencalonan wakil Pakatan Pembangkang yang menyaksikan pertembungan kerusi sesama sendiri di dalam satu kawasan merupakan bukti jelas kerakusan parti-parti pembangkang untuk berkuasa di mana secara tidak langsung memperlihatkan kerjasama DAP, Pas dan PKR hanyalah satu sandiwara untuk mengelabui mata rakyat.

Menurut Ketua Penerangan UMNO Selangor, Shukur Idrus, ketidaksefahaman mereka semakin terserlah dan kepincangan rebut kawasan terus meruncing apabila pembahagian kerusi untuk PRU ini dilihat begitu caca marba dan tidak tersusun sama sekali.

“Sebagai contoh di Negeri Sembilan, Pakatan masih tidak dapat mengumumkan calon-calon mereka di negeri itu. Saya yakin ini adalah kerana, wujudnya ketidaksefahaman antara parti-parti sehingga pengumuman calon terpaksa ditangguhkan.

“Begitu juga di Selangor di mana saya mendapat maklumat, parti pembangkang akan meletakkan dua wakil calon dari dua parti yang berbeza untuk bertanding di kawasan Kota Damansara misalnya. Begitu juga Kuang, saya difahamkan terdapat calon bebas serpihan ahli PKR yang akan menentang calon dari PKR sendiri,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini

Justeru itu, beliau mengingatkan rakyat agar lebih berhati-hati dan jangan tertipu dengan lakonan calon-calon wakil dari Pakatan Pembangkang dari parti yang berbeza tetapi tetap bekeras mahu bertanding di kawasan yang sama.

Tuesday, April 16, 2013

Senarai nama Calon BN Wilayah Persekutuan


Tahniah kepada calon-calon Barisan Nasional yang terpilih pada PRU13 ini.
Semoga dapat terus memperjuangkan suara rakyat.

TAHNIAH dan SELAMAT BERKEMPEN


P114 Kepong, Chandrakumanan A/L Arumugam, PPP. 
P115 Batu, Dr Dominic Lau Hoe Chai, Gerakan.
P116 Wangsa Maju, Datuk Dr. Shafei Abdullah, UMNO.
P117 Segambut, Jayanthi Devi A/P Balaguru, Gerakan.
P118 Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari, UMNO.
P119 Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani, UMNO. 
P120 Bukit Bintang, Frankie Gan Joon Zin, MCA.
P121 Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, UMNO.
P122 Seputeh, Nicole Wong Siaw Ting, MCA.
P123 Cheras, Teoh Chee Hooi, MCA.
P124 Bandar Tun Razak, Tan Kok Eng, MCA.
P125 Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, UMNO.
P166 Labuan, Rozman Isli, UMNO.

Sumber

Monday, April 15, 2013

PRU13 - PSM Berang sama PKR



Jangan terperanjat...
Parti pembangkang sememangnya masih berebut dalam segala hal.
PAS berebut dengan DAP, DAP berebut dengan PKR, PKR bergaduh dengan  PSM...
Mereka dalam pembangkang ni masih dengan agenda masing-masing, nama saja 'pakatan' tetapi tidak sepakat pun.

Menjelang PRU13, bertambah menjadi-jadilah perangai mereka,
Semakin ketara ketegangan dalam parti pembangkang ini.
Kini, mereka tidak lagi berselindung kerana tanpa disengajakan, mereka telah mendedahkan identiti mereka yang sebenar.

Jelas, pakatan yang tidak sepakat ini kian rapuh...

Terkini :
PKR dan sekutu dekatnya Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih gagal mencapai kata sepakat berhubung penggunaan lambang dalam pilihan raya umum 5 Mei nanti.

Kegagalan ini menyebabkan dua parti itu bakal bertembung tiga penjuru dengan BN di tiga kerusi – parlimen Sungai Siput, Perak dan DUN Kota Damansara dan Semenyih, Selangor.

Calon-calon PSM di kerusi tersebut berjumpa dengan Anwar Ibrahim petang semalam selama sejam di Petaling Jaya.

Tetapi kedua-dua pihak masih dengan pendirian masing-masing.

Penyandang Sungai Siput Dr D Jeyakumar, setiausaha agung PSM S Arutchelvan (calon Semenyih) dan pengerusinya Mohd Nasir Hashim (penyandang Kota Damansara) bertegas mahu menggunakan logo genggaman tangan kiri parti itu.



Ketiga-tiganya bertanding atas tiket PKR di kerusi tersebut pada 2008 sebelum kerajaan meluluskan pendaftaran PSM selepas pilihan raya umum lalu.




Sunday, April 14, 2013

Najib tanya, buat apa UBAH?



Tepat sekali pertanyaan Datuk Najib, BUAT APA UBAH?
Ubah kerajaan sedia ada walhal sekarang ini sudah cukup baik.

"Ada pihak tertarik dengan perkataan 'ubah'.
Seolah-olah yang penting itu ialah untuk mengubah daripada apa yang mereka ada pada hari ini. Tetapi sebaliknya yang penting ialah bukan mengubah yang sedia ada, tetapi keberhasilannya.

"Itu yang patut kita tanya pada diri kita. Samada perlu kita mengubah kerajaan yang ada hari ini untuk mendapatkan keberhasilan yang diharapkan ataupun kita kekalkan kerajaan yang ada pada hari ini kerana kerajaan hari ini telahpun membuktikan keberhasilan yang mampu diperjuangkan oleh kerajaan sedia ada," katanya ketika berucap merasmikan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan (BTS) di sini hari ini.


ANWAR arah blogger, DESAK Mustafa Ali BERSUMPAH?!!!

Suara Lensa mendapat maklumat Anwar telah mengarahkan beberapa blogger pro pembangkang untuk mendesak Mustafa Ali yang hangat bersama video seksnya untuk bersumpah, menafikan dirinya adalah individu di dalam klip video yang berdurasi 11minit lebih itu.

Adakah benar dakwaan ini?
Kenapa Anwar beriya-iya mahu perkara sedemikian sedangkan beliau sendiri enggan bersumpah di dalam isu video seksnya bersama Chinna Doll?

Mungkinkah kerana Mustafa Ali membawa bersama parti PAS dengan jawatan sebagai Setiausaha Agung PAS?

Jika seorang yang kononnya memperjuangkan Islam, tidak salah untuk Mustafa Ali memegang Al Quran?

Seperti sedia maklum, Mustafa Ali adalah antara orang 'penting' yang 'mampu' memporak porandakan Anwar Ibrahim, apakah usaha Anwar untuk menyekat pergerakan pemimpin PAS ini berjaya?

Berbalik kepada soal bersumpah, jika benar dakwaan seperti maklumat yang diperolehi Suara Lensa, beranikah Mustafa Ali sahut cabaran itu?

Dan apa yang memeranjatkan, blogger pro pembangkang Tulang Besi adalah antara individu yang mendapat arahan berkenaan?

Beranikah Tulang Besi untuk MENDESAK Mustafa Ali BERSUMPAH?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, April 13, 2013

PRU13 - AGENDA JAHAT DAP terbongkar!!!



1. Pada hari ini, saya telah mendapat satu maklumat yang agak mengejutkan daripada kenalan saya yang bekerja di Singapura dan juga merupakan antara orang kuat Parti PAP.

2. Beliau telah mendedahkan (sengaja atau tidak saya tidak tahu) bahawa Kerajaan Singapura telah memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei, Jumaat dan 6hb Mei, Isnin. Selain itu, Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas.

3. Keistimewaan ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia berbangsa Cina akan pulang untuk mengundi DAP khasnya di Johor.

4. Lebih mengejutkan apabila pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAP sepanjang tempoh berkempen. Sekiranya terdapat perhimpunan besar-besaran DAP, sedarlah bahawa ada antara mereka bukan warganegara Malaysia dan pekerja parti PAP.

5. Beliau juga ada menyampaikan bahawa salah seorang 'taikun' besar di Singapura akan menyumbangkan 7 buah bas kepada mereka yang tiada kenderaan untuk pulang.

6. Nampaknya hubungan antara PAP-DAP ini semakin erat dengan kehadiran Lim Kit Siang di Gelang Patah sebagai calon.

7. Bersungguh-sungguh PAP dari Singapura ini untuk membantu DAP membuktikan bahawa selama ini mereka sebenarnya tidak pernah berpecah. DAP menjadi sebagai cawangan PAP di Malaysia.
SUMBER

Friday, April 12, 2013

Adakah VIDEO Rakyat KENA TIPU ini juga 'besi'???


Parlimen sudah bubar.
Penamaan calon pada 20 April 2013.
Mengundi pula pada 5 Mei 2013.

Jadi masa berkempen telah digerakkan.
Buat rakyat Malaysia, di negeri pemerintahan Pakatan Rakyat terutamanya, JANGAN TERPEDAYA dengan janji palsu mereka!

PR sekarang ini sedang memperhebat usaha mereka menabur janji yang ternyata tidak mampu mereka tunaikan.

Janji manis semata-mata.
Janganlah kalian lupa apa yang berlaku kepada rakyat Selangor terutamanya...
Janji PR kepada rakyat Selangor sehingga kini tidak ditunaikan.

JANGAN TERPEDAYA lagi...
Cukuplah sepenggal mereka PR memerintah.
Kembalikan kerajaan negeri kepada Barisan Nasional.
Hanya Barisan Nasional yang mampu mendahulukan rakyat, mengutamakan pencapaian.
Hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu menunaikan janji.

Jadikan video dibawah ini sebagai pengajaran bersama di negeri pemerintahan Pakatan Rakyat.
Ingat, JANGAN TERTIPU LAGI!
PRU13 kali ini, TOLAK PAKATAN RAKYAT! PENIPU RAKYAT!


I berjaya DIDIK orang PAS - Anwar


Pemimpin pembangkang seharusnya tidak memperbodohkan diri sendiri.
Walaupun niat sebenar cuba untuk menegakkan benang yang basah, tetapi tindakan seperti itu menperlihatkan kebodohan diri sendiri saja.



Dulu apabila video seks Anwar Ibrahim bersama pelacur China tersebar, dikata nya sebagai video besi, tidak boleh dijadikan bahan bukti sahih. Walaupun pakar Taiwan dan beberapa negara lain mengesahkan ketulenen video tersebut 99.9% tulen.

Apa yang didedahkan semalam mengesahkan pemimpin pembangkang sememangnya mempunyai masalah moral yang teruk! Ingat PAS ingat zina

Budaya tuduh menuduh yang sering menjadi amalan pemimpin pembangkang kini mula memualkan orang ramai.

Setiap benda yang berlaku, UMNO dan BN akan dipersalahkan.
Walhal masalah tersebut mereka pemimpin pembangkang sendiri punya hal.
Pemimpin pembangkang suka buat salah dan suka menuduh orang lain.

Kita sekarang bercakap soal akhlak seorang pemimpin.
Jika pemimpin yang tidak berakhlak, apa perlu kita sanjung mereka?

Jika mereka di aibkan dalam negara, apa pula kemungkinan mereka di aibkan di mata dunia?

Jika  pengikut parti pembangkang terus mempertahankan pemimpin mereka yang jijik ini maka jelaslah mereka sanggup menghalalkan yang haram!

KENAPA HarakahDaily tidak keluarkan cerita Aksi Stopa Ali sedangkan 'Ubat Kuat' menjadi iklan paling banyak?


Sedarlah, PAS perlu kembali ke pangkal jalan.
PAS kini bukan lagi memperjuangkan Islam.
PAS hanya memperjuangkan Anwar Ibrahim, terpengaruh dengan Anwar Ibrahim.

PAS kini tidak lagi relevan!
PAS akan terus hancur bersama PKR, DAP.






i BERJAYA 'DIDIK' ORANG PAS - ANWAR



Thursday, April 11, 2013

KANTOI : SALAH KERAJAAN kerana membenarkan penjualan masuk Video Camera


Heboh diperkatakan tentang sebuah klip video tak senonoh mirip pemimpin pembangkang akan didedahkan tidak lama lagi.

Seperti yang sedia maklum, pemimpin pembangkang begitu TAWADUK dan ALIM dihadapan khalayak namun begitu SYAITAN dibelakang tabir.

Walau apa pun, video yang didakwa berdurasi 11minit ini bakal didedahkan, KLIK disini

Dan laporan terkini, dikatakan dua orang Angkatan Muda Keadilan, AMK telah diberkas polis berhubung perkara sama. KLIK disini

Jelas, budaya cantas mencatas dalam parti pembangkang mula ketara menjelang PRU13.
Apakah ini juga dikatakan konspirasi UMNO/BN, salah kerajaan?