AdSense

Wednesday, January 29, 2014

BIARLAH ANWAR, UMNO PUN GILA KUASA JUGAK?



BIARLAH ANWAR, UMNO PUN GILA KUASA JUGAK...?
Blog Suara Lensa di ceroboh? Biarlah... apa masalahnya jika kena ceroboh sekalipun? Ada undang-undang yang akan menangkap si penceroboh? Tiada...

Ni UMNO tak pernah nak berubah, sudah lebih 50 tahun masih tak berubah! Betul, yang gelar gila kuasa ni dikalangan pemimpin pembangkang juga... Timbalan Presiden PKR si Azmin Ali sampai membuat posting atau tweet di laman media sosialnya dengan ayat 'Zaman Kegilaan'


Kita seluruh rakyat Malaysia juga sedia maklum Ketua Pembangkang sememangnya individu yang gila kuasa... cita-cita mahu menjadi Perdana Menteri... Itu tidak dapat disanggah dengan fakta, masakan dulu ada rumours yang katakan ada Ahli Parlimen BN nak lompat parti.... timbul pula khabar angin pasal 16 September... Ini semua rakyat Malaysia sudah tahu propaganda belaka... Hanya kerana mengimpikan jawatan Perdana Menteri...




Ni UMNO sudah terikut dengan budaya jijik Anwar yang sebelum ini kita juga tahu lahir daripada parti UMNO malah pernah memegang jawatan nombor 2 negara iaitu Timbalan Perdana Menteri...

Pasal isu semasa, PRK Dun Kajang.... Apa pasal UMNO BN sibuk nak letak calon??? Walhal sebelum ini ada juga PRK dan BN tidak berhasrat meletakkan calonnya! Gila kuasa??? Apa kuasa lagi yang UMNO BN mahukan? Jika menang pada PRK Kajang ini sekalipun, apakah mampu menukar pemerintahan negeri? Fahamilah bahawa setiap proses pilihanraya itu menggunakan wang rakyat!

Sudah-sudahlah, usah diikut rentak politik pembangkang... Sebelum ini pembangkang sudah minta ISA dimansuh, sedangkan majoriti rakyat menolak, bahkan Ketua Polis Negara juga bersetuju dengan perlaksanaan ISA tetapi disebabkan PATUH dan mengikut rentak pembangkang maka kerajaan persekutuan pun mengiyakan saja... ISA sudah tiada, kenapa perlu melenting jika ada yang mengamalkan politik menipu, politik menghasut, politik fitnah dan politik kebencian?

Apa sudah jadi??? Sampai bila mahu mengikut rentak politik pembangkang yang mana Ketua Umumnya bekas Timbalan Perdana Menteri yang kemaruk jawatan tertinggi negara???

PRK Kajang, berani pula UMNO nak lawan? Kes Tian Chua macam mana??? Kes Mustafa Ali macam mana? IKUT SUKA HATI KAU JE !!! Sedar sikit 78 kerusi UMNO pada PRU13 daripada siapa! Dengar suara rakyat, jangan terlalu percaya kepada PUNAHSIHAT!!!


Hebat politik mereka... Raof, 'senyumanmu' akan tersemat dalam buku sejarah perjuangan parti UMNO buat tatapan cucu cicit !

Suara Lensa Suara Rakyat

Wednesday, January 22, 2014

CINA MANA PULAK MAKI ANWAR NI???


Rakyat Malaysia sudah semakin jelak dengan pertambahan jumlah pak-pak lawak atau badut yang mengisi otak rakyat negara ini dengan pelbagai pembohongan dan cakap besar.

Paling memalukan ialah apabila Anwar Ibrahim gagal sepenuhnya mendedahkan bahawa Kerajaan Jepun tidak membenarkan mana-mana orang yang pernah dihukum penjara sama ada di Jepun atau di negara-negara lain selama setahun atau lebih atau hukuman yang setaraf, daripada memasuki negara tersebut. Kes tersebut telah dipetik oleh media-media antarabangsa dan benar-benar memalukan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Tidak cukup dengan melodrama Anwar Ibrahim, semalam, Pemuda PKR atau AMK telah menganjurkan demonstrasi dan memboikot produk-produk Jepun di luar Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur. Dengan disertai seramai 12 orang peserta demonstrasi.


Mereka yang diketuai oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin telah memijak bendera Jepun di luar pekarangan kedutaan berkenaan. Shamsul Iskandar Mohd Akin sendiri telah menghantar memorandum kepada kedutaan itu untuk mendapatkan penjelasan dan menuntut permohonan maaf daripada Kerajaan Jepun kepada Anwar Ibrahim berhubung kegagalan Anwar Ibrahim dibenarkan masuk ke negara tersebut.


Begitulah kata-kata makian Huan Cheng Guan, Presiden SEMUT (Sensible and Ethical Malaysians United Troopers) yang meminta Anwar Ibrahim tidak terus memalukan diri sendiri.
KENYATAAN PENUH DI SINI

Ehem...Ehem...
Mana suara Melayu? Takde telur ke? Atau masih angkat Anwar sebagai ANUGERAH? Ataupun UMNO dikelilingi 'orang-orang' Anwar? Cina sudah tunjuk langsi balun Anwar... Melayu yang ada ni apapasal takut sangat sama Anwar? Ya kita tahu Anwar banyak duit...

YOU ULANG I SAMAN
 







Tuesday, January 21, 2014

TOYOTA CAMRY MELETUP, 12 PARAH TERMASUK 1 MP


Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi tadi di Persiaran Stonor berdekatan Jalan Tun Razak di ibunegara.

Orang ramai kelihatan terkejut dengan bunyi seakan-akan bom ala-ala kentut manusia yang tiba-tiba meletus tatkala pengguna jalanraya sedang berpusu-pusu ke pejabat dan tempat kerja.

Menurut saksi kejadian, insiden itu berlaku kerana kesalahan pemimpin UMNO. Kerana tiada siapa yang boleh dipersalahkan melainkan UMNO, tambahan ia juga merupakan tradisi harian.

Jelas saksi yang enggan namanya disiar, kebakaran mula berlaku apabila sekeping poster dengan lambang bendera Jepun dibakar dengan sendirinya.



Kebakaran itu bagaimanapun mula merebak ke sebuah kereta Toyota Camry warna putih dimana kelihatan seorang VIP sedang duduk didalamnya sambil kelihatan seperti menghafal dialog, bercakap telefon dengan muka berkerut. Kena marah dengan boss dia agaknya sebab prestasi tidak memberangsangkan.

Dengan apa yang berlaku, dijangka protes besar-besaran akan diadakan di seluruh negara dengan membakar barangan buatan Jepun termasuk jenama Toyota secara beramai-ramai.

Protes ini diadakan bagi mempertahankan ketua parti sebagaimana prinsip lawan tetap lawan digunapai.
*Gambar paling atas sekadar hiasan :)

Jom klik!

Friday, January 17, 2014

TIADA BERSELINDUNG LAGI... "Saya harap Cina perintah negara..." Kuasai ekonomi dan politik...


Kita bina negara cina di Pulau Pinang...
Hanya kaum kita dominasi negeri Pulau Mutiara...
Kita DAP, orang ckp kita rasis apa mau takut, kita punya parti pun semua Cina maa... PAS dan PKR bengap tak berani cakap apa-apa...
Itu Anwar sudah tua.... mana mungkin dia jadi Perdana Menteri...
Kita ada boss baik punya, orang makan kangkung dia beli Merc baru... kita punya redbean army banyak kuat... kangkung punya hal kita sudah berjaya tutup banyak isu... COMANGGO, kalimah Allah... Merc baru... gaji MB sama MP naik 300%...semua kita sudah tutup maa... redbean army kita banyak kuat, bagus... tak serupa umno punya cybertroopers, hidup masa pilihanraya saja... hahaaaa...


Apa lagi cina mahu??? kita mahu ini negara la!!!
Apa Melayu majoriti apa kita peduli...
Melayu bodoh dalam PAS sama PKR mesti sokong kita punya... jangan risau...
kangkung punya hal kita sudah berjaya kasi orang ramai benci sama Najib melayu...
Saya sokong Pulau Pinang keluar dari Malaysia!!! kita boleh gabung sama keluarga Lee...


Selangor pun kalau mau keluar dari Malaysia pun ada baik juga...





ini Malaysia punya orang kita kasi pecah-pecah...
Kita tanam itu Umno hidup-hidup...
Hidup Cina!!! Hidup Cina!!! Hidup Cina!!!




Jangan risau, itu melayu semua tahu jerit-jerit saja tepi jalan, bikin report polis, hantar memo apa macam lagi tapi tadak berani punya melayu.... semua mahu glamour saja masuk tv masuk paper... kita kasi wang dia orang mesti senyap punya... ekonomi kita jaga maa...


Wednesday, January 15, 2014

Filem 'Devils Due' : Mesej Daripada Kristian?


Tiada niat untuk mempolitikkan hiburan. Cuma hanya memikirkan filem kategori 18 tahun ke atas ini mampu mewujudkan persepsi janggal dikalangan kita dalam negara yang bermasyarakat majmuk ini. Tidak dinafikan, filem 'mat saleh' ala-ala filem 'Paranormal' ini begitu menarik jalan ceritanya. Dan sudah pasti menyeramkan penonton dengan adegan-adegan suspens.

Lebih menarik, terdapat dua kali ulangtayang mengenai beberapa potong ayat yang dikatakan di ambil dari kitab agama iaitu 'golongan anti-christ datang', 'jam terakhir'.



Di dalam plot cerita itu golongan tersebut merujuk kepada pengamal-pengamal ilmu hitam yang dikatakan wujud sejak sekian lamanya. Ya, negara kita adalah sebuah negara demokrasi, tiada siapa menghalang mana mana pihak untuk menonton apa yang mereka mahu tonton. begitu juga Perkara 3 dalam Perlembagaan iaitu Islam sebagai agama persekutuan, dan dalam masa sama mana-mana agama bebas mengamalkan agama masing-masing.

Cuma apabila kita berbalik semula kepada kehidupan rutin terutamanya dengan apa yang berlaku hari ini, Pengarang akhbar mingguan gereja The Herald Paderi Lawrence Andrew mengejutkan ramai pihak apabila menggunakan kalimah Allah, malah setelah mahkamah rayuan di Putrajaya membuat keputusan, Lawrence dikatakan masih lagi tetap dengan pendiriannya untuk menggunakan kalimah Allah.


Secara luarannya Lawrence dilihat begitu 'tabah' menghadapi walau beribu kecaman, bantahan dibuat, dilaporkan kepada pihak polis dan lebih mengejutkan ramai pihak ialah apabila beliau dengan angkuh tidak mempedulikan titah Sultan. Begitu hebat Paderi ini, hanya bergerak 'seorang diri' bagi mempertahankan apa yang disifatkan 'hak' beliau.

Sebahagian daripada bantahan : VIDEO

Begitu juga sebagaimana yang berlaku di Tanjung Karang apabila penduduk majoriti Islam membantah pembinaan gereja di kawasan mereka, walhal semua maklum disana penganut Kristian hanya 1-2 % sahaja. 
VIDEO DI SINI

Dan, apabila keluarnya sebuah filem berjudul 'Devils Due' ini, tambahan pula dengan situasi di Malaysia, apakah ini mesej daripada gereja-gereja seluruh dunia? Mana mana pihak yang tidak memihak kepada Kristian maka digelar 'anti-christ'? Dan anti-christ ini pula digelarkan penjahat dan pengamal ilmu jahat? sesiapa yang tidak bersama agama itu dianggap bersalah?

Bayangan penulis mungkin cenderung kepada unsur-unsur negatif, mungkin kerana terlalu mengambil kata-kata orang terdahulu sebagai panduan, 'sediakan payung sebelum hujan', 'elakkan nasi menjadi bubur'. Kalau bukan kata-kata manis daripada orang yang lebih dahulu makan garam.....

Penyokong gereja juga ada mengambil kata-kata daripada golongan mereka yang diangkat menjadi idola, di dalam forum Freedom of Religion in Malaysia; We Live in Peace and Harmony di Petaling Jaya baru-baru ini ada sepotong ayat yang disebut, 'if not 'we', who? if not now, when?

Sedutan video yang seolah-olah perlekehkan orang Islam, KLIK DI SINI

Kesimpulanya, apa salah pihak gereja mahu guna kalimah Allah? bina gereja di kawasan penduduk Islam dan jika berjaya mendapatkan kesemuanya itu, apa bentuk permintaan lagi yang diinginkan?

*Jangan hairan kerana tiada pula kedengaran para pelakon dalam filem seperti tajuk di atas menyebut perkataan Allah dalam lakonan mereka. : ) simbol untuk keamanan

JADI, SIAPA YANG MENENTANG 'MEREKA' DIKATAKAN JAHAT?

Tuesday, January 14, 2014

KENAPA takut untuk #GulingkanKerajaan???


ISA kita sudah berjaya hapuskan...
Tahanan semua sudah dibebaskan...
Apa lagi kita mahu tunggu???
Singapura negara bodoh kerana sudahlah tiada demonstrasi jalanan, undang-undang seperti ISA masih diamalkan di negara itu...

Kita di Malaysia....
ISA sudah mansuh...
Apa lagi mahu takut???
Hasut menghasut budaya kita untuk membenci pihak lain...
Bunyinya kita angkuh kerana tidak mahu menerima keputusan...
Apa maksud sebenar Qada' dan Qadar?

SPR tipu dalam pilihanraya?
40k Bangladesh sudah kita main, sudah berjaya tipu rakyat, apa lagi kita mahu tunggu, ISA sudah tiada!!!

Malaysia punya 28 juta rakyat...
Kita kumpul 1 juta di Kuala Lumpur...
Jerit takbir, bukti kita Islam...

Lagi 27 juta rakyat Malaysia itu kita ketepikan hak mereka...
Mereka kayu.... mereka tidak berani berbuat apa-apa...
ISA sudah tiada.....!!!

*apa macam pak MENTERI, ini macam punya tulisan ada kena tangkap ka? ada berani ka?


Monday, January 13, 2014

BAB SPIN, laju betul diaorang...

Kita bercakap pasal spin atau putar belit cerita...
PM Najib, Rosmah dan keluarga Najib menjadi sasaran utama untuk dijadikan fokus utama...
Media media pro pembangkang macam Meloyakini dan Macibainsider yang kerap kali masuk ke mana-mana event atau majlis yang disertai Najib dan Rosmah, mereka akan masuk dengan berjayanya atas tiket kebebasan media...

Ya, ini cara risikan yang dibuat kebanyakan media pro pembangkang yang dibiayai pemimpin pembangkang, namun busuk busuk mereka, jarang sekali kita lihat RoketKini yang mengarahkan budak budak mereka untuk menyelinap masuk ke majlis yang dihadiri Najib.

Mungkin bagi mereka pemimpin DAP ini isu-isu remeh seperti kangkung tidak penting kerana negara masih ada beberapa tahun untuk mengorak langkah terutamanya dibidang ekonomi, sebelum bermulanya perang pilihanraya ke 14 nanti...



Berbalik kepada agenda spin puak puak ini, mereka sengaja dan tertunggu tunggu ucapan Najib atau Rosmah, untuk djadikan bahan cywar mereka... Sekalipun kata kata ucapan itu berbaur spontan mahupun ayat yang dijadikan sebagai contoh, puak puak pembangkang ini pasti akan mengambilnya untuk dijadikan headline di laman mereka...

Lebih hebat, setiap headline ini akan disambut oleh cybertroopers mereka yang sedikit tetapi berupaya memberi impak kepada keseluruhan pengguna media sosial...



Apa pegawai PMO lakukan bagi menepis dakyah kotor sebegini?
Atau ada dikalangan pegawai PMO yang menjadi boss kepada budak budak pro pembangkang?
Ini hanya sedikit persoalan yang ditimbulkan kerana sejak kebelakangan ini media pro pembangkang dilihat semakin berani mengolah cerita dan Najib sering kali dicucuk kiri dan kanan seolah olah dengan niat menjatuhkan beliau menerusi cara halus atau serangan dari dalam....

Kebebasan media? PKR punya pegawai lagi bijak daripada pegawai di PMO!!!
Isu kangkung...
Mari lihat keseluruhan ucapan Najib...


Tuesday, January 7, 2014

MASIH KUAT LAGI KE JAKIM PERTAHAN ISLAM?

Sejak akhir-akhir ini apa jua soal melibatkan agama persekutuan iaitu Islam seringkali menjadi tajuk utama baik di dada akhbar mahupun media sosial.

Kenapa perkara ini berlaku?

Adakah ini berkaitan dengan soal kepimpinan?

Ya, inilah yang menjadi buah mulut dan perbualan di kebanyakan kedai kopi, dari apa yang didengar Suara Lensa sebagai blogger nyamuk.

Blog kecil seperti ini sudah pasti akan menceritakan perihal yang sebenar kepada pembaca, bukan seperti kebanyakan pegawai di PMO yang hanya cerita bagi menyedapkan cerita.

Berbalik kepada soal kredibiliti JAKIM sebagaimana tajuk diatas, masih berkuasa lagikah badan ini?

Jawapan tepat setakat ini pastilah TIDAK.

Apa yang Jamil Khir Baharom buat selaku menteri yang bertanggungjawab???

Setakat mana isu berkaitan agama Islam dan penganutnya dipertahankan?

Jamir Khir WAJIB menjawab beberapa persoalan bagi menjelaskan kepada rakyat di kedai kopi, antaranya,

1. Berapa bidang tanah wakaf yang diamanahkan untuk kebajikan orang Islam dijual kepada pengusaha minuman keras, pusat hiburan, bangunan komersial?

2. Berapa buah rumah anak-anak yatim, asnaf dan fakir miskin dirobohkan dan berapa buah pula yang menjalankan operasi dengan pembiayaan sendiri?

3. Tahun bilakah pengemis dikalangan Islam akan dibantu?

4. Berapa ramai pegawai dikalangan 

atau Jamil Khir selaku menteri perlu mengambil tindakan bermaruah seperti letak jawatan.

ini adalah saranan positif buat Jamil Khir kerana institusi agama yang penting ini tidak wajar dimasukkan dengan elemen kotor politik dan sifat yang mementingkan diri sendiri.

Belum diceritakan lagi perihal Dr Masitah yang dikatakan 'demand' lebih apabila diminta untuk mengadakan ceramah agama.

Sedang agama lain memberi khidmat ceramah percuma.

Agama Islam bukan untuk dijual beli dan dilacurkan demi kuasa dan wang ringgit!

Friday, January 3, 2014

PADERI LAWRENCE TERJEMAH NAWAITU SEBENAR?

Gambar sekadar hiasan

Apa sebenarnya niat sebenar Paderi Lawrence Andrew dalam isu kalimah Allah?
Apa niat, apa nawaitu sebenar?

Mahkamah telah memutuskan penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain, selain daripada umat Islam pada Oktober lepas.

CABAR MAHKAMAH?

Malah Sultan Selangor Sultan Shafaruddin Idris Shah sebelum ini menitahkan semua rakyat, khasnya di Selangor, tanpa mengira kaum dan latar belakang agar akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam seperti yang tertakluk mengikut peruntukan Seksyen 9, Bahagian 1, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

CABAR SULTAN?


Sejak bila golongan ini menjadi biadap dan kurang ajar?
Sampai bila pula pihak yang berkenaan mahu berlembut?

Ini hanya soalan, penulis dan pembaca tidak perlu menjawabnya, biarkan sesiapapun tidak menjawabnya kerana pihak berkuasa mungkin mahu melihat sifat praktikal sebagaimana kata-kata Melayu klasik, 'SUDAH TERHANTUK BARU TENGADAH', NASI SUDAH MENJADI BUBUR



Thursday, January 2, 2014

Kami tak mampu tambah 20sen untuk gula tapi...


Apa salah paksa anak kecil berpolitik? ada pihak yang berani ambil tindakan undang-undang ke?


Harga gula naik 20 sen? Petrol dikurangkan subsidi? Itu semua kami tak mampu nak bayar, tapi kami mampu untuk bayar SUPERBIKE! 


Rakyat susah, ada betul ka?

" SUSAH JIKA MALAS "